September 13, 2009

terasa macam wrong time at the wrong place.

Posted by siti.zaimar at 9/13/2009 02:35:00 AM
Bulan puase ni makcik makcik, kite kena steady je ibarat muka peguam di mahkamah. Motif? Haha. Cerita pasal peguam pulak malam-malam nak merangkak ke pagi ni agak membosankanlah bukan. Peguam adalah bosan. Erk peguam janganlah marah, anda masih boleh bergurau walaupun kerja anda penuh dengan fakta. Motive again? Haha.

Hari sabtu yang permai minggu ini tidak balik ke kampung kerana sengaja bertujuan menerbitkan rasa rindu pada orang kampung. Ada ke orang kampung rindu aku. Haha. Saja je walaupun rumah dekat dan berpeluang balik tapi masih lagi perasan orang jauh yang nak balik di malam raya. Yang sampai je mak ayah famili peluk cium sebab lama tak jumpa. Padahal balik tiap-tiap minggu pun kena peluk cium gak macam anak manja tapi sebenarnya tak. Eceh maklumlah kakak yang mandiri. Lagipun tadi pergi membawa student buka puasa kat D'Piazza Mall. Owh, itu adalah satu episod cap ayam yang mengharukan dalam hidup gua.

Cam ni ceritenye.

Hari Rabu lepas, ada sorang mamat dari satu kompeni ni datang bagitau nak jemput student buka puasa and sebelum tu ader taklimat keusahawanan untuk pelajar ICT. Nak suruh ramai-ramai datang sebab nak ramaikan majlis sebab nak nampak mampan di mata VVIP yang dijemputnye yakni Timbalan KM Pulau Pinang. Saya pun bersungguh-sungguh la mintak lecturer lain carikan student, jumpa Doc, pi tempah kenderaan dan seumpamanya. Harapkan dapat bagi input yang baik untuk pelajar.

Tadi pergilah beramai-ramai dengan pelajar, mostly anak-anak saya lah pelajar DIP1A dan seorang lagi DIP1B. Dah sampai sane, eh eh dibaginya taklimat tentang laman web ape ntah untuk online study budak-budak UPSR dan PMR. Dan ramai pulak ibu-ibu tunggal dengan anak-anak kecik berlarian riang di situ. Erk. Terasa lain macam je. Ape yang usahawannya? Last-last dia cerita cara nak join study portal tu dan buat bisnes MLM. Hhmm. Lengkaplah frasa tak ada yang percuma di dunia ini. Nasib baik dia takde paksa sape-sape join.

Tu satu hal.

Sampai time makan lagi libanglibu. Dengan orang ramai kena beratur amik makan secara buffet. Budak-budak yang ramai menyebabkan habis air bertempiaran (aik?). Kesian students saya. Diorang pun lambat makan dan tak dapat makanan yang sepatutnya. Kesianlah. Takut diorang lapar. Anyway, I was saying sorry for them. Lain kali kena lebih berhati-hatilah bukan. Nasib baik mamat yang datang jemput kitorang kat Poli tu call and say sorry sebab tak dapat bagi perhatian pada kitorang. Sejuk sket tekak aku pas minum air oren. Haha.

Sedapnya air oren. Nyam nyam.



 

~mind and thoughts~ Copyright © 2011 Designed by Ipietoon Blogger Template Sponsored by web hosting