September 21, 2009

jiwa sastera.

Posted by siti.zaimar at 9/21/2009 01:44:00 PM
Heh. Dah lama saya tak apply kemahiran sasterawanis saya nih. Sebenarnya, saya adalah seorang pencinta bahasa. Walaupun mungkin ada yang membaca blog ini mendapati ayat saya tunggang terbalik corner brake, bercampur gaul tanpa sempadan antara BM dan BI tapi percayalah itu semua hanya sekadar menceriakan suasana. Tak ada kena mengena dengan yang hidup atau mati. Saya akan pastikan saya gunakan Bahasa Melayu yang jitu sewaktu dalam kerja-kerja formal dan pada saya Bahasa Melayu sangat indah. Sebab tu, saya sangat suka lagu Irama Malaysia.

Perahu buruk dari seberang
Terikat tak bertali
Rupa buruk budi pun kurang
Manakan kata lekat di hati

Dan sejak terjerumus dalam bidang IT saya sangat kurang berkarya. Semasa di UPM dulu, saya pernah mendapat juara dalam pertandingan sajak kemerdekaan peringkat Universiti. Sangat indah kenangan tu. Sajak saya dideklamasikan di Malam Penutup Kemerdekaan dengan iringan petikan gitar akustik. Tak sangka percubaan membuahkan hasil.

Sebenarnya, untuk berkarya dan menulis sajak, cerpen, syair, gurindam atau pantun, kita memerlukan masa yang tepat. Masa yang boleh kita tumpukan sepenuh perhatian pada karya kita itu. Pejamkan mata dan bayangkan apa yang kita nak meresap dalam jiwa pembaca. Gunakan emosi sepenuhnya kerana tautan emosi adalah ibarat satu ikatan maya yang amat kuat untuk menyentuh hati orang lain. Mulakan dengan perkataan atau frasa yang dapat merantai hati pembaca untuk membaca hingga ke akhirnya. Bayangkan jika kita berada di tempat pembaca. Apakah yang kita rasa jika membaca karya itu..

Mungkin juga saya perlu aktif menulis kembali. Tapi di medium yang sepatutnya. Bukan di sini kerana blog adalah blog. Saya nak tulis apa sahaja tanpa batasan peraturan bahasa di sini. Okek.

Roger and signed out.
 

~mind and thoughts~ Copyright © 2011 Designed by Ipietoon Blogger Template Sponsored by web hosting