September 27, 2009

anak emak pulang ke pulau.

Posted by siti.zaimar at 9/27/2009 02:13:00 AM
Selamatlah sudah. Beraya selama 7 hari 7 malam di kampung yang permai sungguh mengasyikkan. Di tanah besar pulak tu. Bukan di pulau. Haha. 7 hari 7 malam bersuka ria memenuhkan kapasiti perut yang bulan puasa dulu asyik kosong ajelah bukan (rasa dah gemuk banyak). Baju kurung moden biru saya dah macam bagi amaran jangan pakai aku. Karang bertas benang. Haha. Betul ke perkataan bertas tu. Macam mana BM SPM leh dapat A1(aikk?). Dalam SPM tak de tanya bahasa daerah kan. Tu lah pasal. Bahasa rasmi saya terror. Eceh.

Selepas 7 hari pulanglah sirih ke gagang, pulanglah cipan ke sarang. Kerja yang ditarget nak buat masa awal-awal cuti dulu dapat siap separuh je. Okaylah tu. Kau ingat senang nak mengadap laptop masa orang lain mengadap muvi raya, biskut raya, tetamu raya. Tapi saya mengadap jugak la. Yang penting kerja yang perlu di dahulukan dah siap. Tinggal yang kemudian akan dikemudiankan oleh Tok Mudim. Aik cerita apa neh. Haha. Ala. Ni kan blog I. Izinkanlah I merapu kat sini.

Wohoh syoknya cuti panjang ini.

Harap dapat bercuti panjang lagi tahun hadapan.

Pulang dengan penuh semangat. Yak yak yey.

 

~mind and thoughts~ Copyright © 2011 Designed by Ipietoon Blogger Template Sponsored by web hosting