September 24, 2009

anak nesti yang tak notti.

Posted by siti.zaimar at 9/24/2009 12:56:00 PM
Jin bertanduk. Ngerilah dengar bunyinya bukan. Mungkin anda terbayang dia tengah mengendap dari belakang. Haha. Jangan buat memain pasal jin aku tak tahu. Dia kan suka makan asap. Sedap ke kenyang ke terserah pada empunya badan. Haha. Ironinya jin yang tak bertanduk pun banyak sekarang. Tanduknya cuma keluar masa-masa tertentu je. Jin jenis ni pun makan asap jugak. Cuma bulan Remdan aktiviti makan asap dia agak berkuranganlah sikit.

Raya ketiga telah pergi menonton cerita jin bersama Kak Chick. Budak Kak Chick itulah yang beria-ia nak pergi sampai sanggup membelanjaku walaupun umum mengetahui yang dia belum ada pendapatan cuma bersandarkan paras rupa dan duit raya. Haha. Ayat baling bom untuk Kak Chick. Ampon mahap Kak Chick. Terima kasey kerana telah mengorbankan sedikit duwet raya Kak Chick (serius).





















Buah tangan terbaru KRU ni pada pandangan saya tak adalah sebest CicakMan 1 dan 2. Macam dibuat terburu-buru pun ada jugak. Ada unsur-unsur lawak slapstic yang tak sepatutnya. Macam biasalah mesti ada perbandingan selari dengan perubahan masa. Kalau dulu lawak pandai, sekarang kena lagi pandai. Betol tak betol tak. Lakonan Mawi agak kaku dan macam bajet kontrol sket. Fara Fauzana yang memegang 5 watak agak bestla jugak walaupun masa jadi jin sora baik dia tu macam buat-buat jek. Tapi keseluruhan Fara punya lakonan okaylah sebab pertama kali jadi heroin kan.

Paling saya tak suka lakonan Cat Farish dengan baju pendek yang nampak pusatnya tuh. Annoying tau tak. Dan beberapa adegan stinky yang dijadikan bahan lawak. Tak suke tak suke. Menyebabkan kurang lalu bila nak makan keesokkan harinya. Meloya-loyakan. Tolonglah jangan buat adegan macam tu lagi lain kali. Buatlah lawak yang geniuzzzz sket.

Blehlah saya bagi 3 setengah bintang.

Bleh bersurai sekarang.
 

~mind and thoughts~ Copyright © 2011 Designed by Ipietoon Blogger Template Sponsored by web hosting