September 6, 2009

bicara mak meluluh hati.

Posted by siti.zaimar at 9/06/2009 11:18:00 AM
Pelakon : Mak dan blog owner
Medium : Phone
Hari : Jumaat pagi

"Kak, tak balik kampung ka.." Macam biasa mesti mak saya tanya tiap-tiap hari Jumaat untuk reconfirm pembalikan saya ke kampung. Bila guna pembalikan tu macam nak menceritakan hukum fizik la pulak bukan. Haha. Balik kampung pun satu hukum fizik jugak kan. Mungkin boleh bincang dengan Einstein Junior di Nickelodeon. Haha.

"Balik la. Nanti petang KakJa balik dengan depa.."

"Really?(eh eh aku tambah sendiri). Ha tak pa lah. Mak nak habaq kata ayaq takdak. Dah 2 hari dah tak dak. Kalau hangpa nak balik mandi la siap-siap kat sana."

"Ya ka.. Na dengan Mirul balik malam ni jugak kot"

"Hang tak balik sana sekali ka malam ni.. Toksah la. Mak tak seronok la takda sapa kat umah.."

"Dak eh. KakJa balik Isnin.."

"Ooo.. Takpalah.."

Sedihlah jugak bila mak nak anak-anak berada di sisi. Tapi normal la bukan. Anak-anak perlu bekerja mencari rezeki untuk diri sendiri dan keluarga masing-masing. Mak-mak pun fahamlah juga. Tapi bila ada masa bersama ibu bapa, gunakanlah sepenuhnya. Yeh yeh balik kampung.
 

~mind and thoughts~ Copyright © 2011 Designed by Ipietoon Blogger Template Sponsored by web hosting