Kalau itu yang berlaku hari ni, kau sayang sangat kau dia sampai sanggup nak menghambakan diri pada dia, atas nama cinta. Kau kata dialah yang paling sempurna. Kau telan semua kepahitan yang kau dapat dari dia. Kau tak nampak apa yang dia buat kat kau adalah keterlaluan. Kau terima segala kekurangan dia dengan redha. Kalau hari ini itulah yang berlaku atas nama cinta.
Kalau itulah yang berlaku.
Satu hari nanti, bila dah hilang rasa cinta itu dari dalam diri kau. Bila dah nampak diri dia yang sebenar sebab sudah tak ditutupi topeng 'atas nama cinta', Baru kau akan tertanya-tanya.
"Macam mana la aku boleh kapel dengan orang macam tu"
"Bodohnya aku percaya kat dia dulu"
"Macam tu ke aku dulu, nape la aku tergamak terima je pe dia buat kat aku"
dan yang paling utama sekali.
Betapa sayang pun kau kat dia, bila fikiran kau dah waras dari dadah cinta, baru kau akan nampak segala keburukan dia. Janganlah kau bagi 100% perasaan. Selagi belum sah. Selagi belum akad. Cukuplah 25% sahaja.
"Nasib baik aku tak jadi kawin dengan dia. Kalau tidak.."