Hari Khamis. Datang kerja dan tengok pejabat agak sifar. Semangat merudum sedikit. Haha. Cerita macam bab ekonomi lah bukan. Sebenarnya pejabat pensyarah di PBU ni sedang dalam proses renovation. Jadi semalam, Rabu kami dah di arah mensifarkan meja dan bahan-bahan kitar semula yang ada di bawah meja, di atas dan di ceruk-ceruk tersembunyi yang orang tak tahu tapi Allah tahu. Heheh. Tapi barang saya sikit saja, sekejap saja berkemas, masukkan dalam kotak dan simpan kemas-kemas tepi almari.
Dekat nak balik semalam, berlakulah adegan beraya bersama rakan sejawat. Memohon maaf jika ada terkasar bahasa, tersilap kata, tercurik biskut atau nestum(aikk?) dan seangkatan dengannya sepanjang 6 bulan bekerjasama riang gembira.
Heh diam tak diam dah 6 bulan saya mencari nafkah di sini. Sangat best saya tak suke mc. Dan saya BELUM ADE MC SEPANJANG KEJE KAT PBU NIH. Ya aw aw. Erkk. Silap pulak patut ucap Alhamdulillah atas pemberian kesihatan yang baik, kerja yang menyeronokkan dan memenuhi minat saya dalam bidang pendidikan dan IT. Subhanallah. Maha Suci Allah yang mengabulkan doa hambaNya. Dan sangat seronok tatkala melihat wajah para pelajar saya yang sentiasa dahagakan ilmu. Ilmu dalam bidang yang amat kucintai ini. Demi para pelajar, saya akan sentiasa berusaha bersungguh-sungguh untuk menambahkan lagi ilmu terkini dalam bidang IT untuk dikongsi bersama. Tak tido malam pun tak pe. Cuma saya harapkan para pelajar saya akan berjaya dalam hidup dan mencapai cita-cita mereka. Amin.
Pejabatku akan berubah wajah sikit selepas raya ni. Tapi semoga keceriaan dan kegembiraan akan berterusan. Terasa macam ayat poyo lah bukan. Haha. Betul ni.