September 29, 2009

better in time.

Posted by siti.zaimar at 9/29/2009 11:28:00 PM
People said that time is the best cure. Yes definitely. In case you put yourself in changing phase. You drown once and struggled crawling from the water, tears or whatsoever. You are champion then. But, sometimes it can be the silence killer too.

Tap to another peoples heart is not an easy thing. It will took time to adapted. Hence, the dangerous part is you are only ready to take and not willing to give. Nobody will found it a win-win situation. Simply put yourself in his or her situation. What do you feel when others do you the same?

Do not repeat the same mistakes. If you found that he or she is the best for your entire life, grab him or her. You will never regret because your heart, like your self is never lied. Hold him or her before time takes them away. Don't wait. Don't let your love one not realized about your feeling. Just. Sit and listen to your heart.

mc pertama.

Posted by siti.zaimar at 9/29/2009 08:43:00 PM
Akhernya saya juga telah menjadi sebagaimana rakan sekerja yang lain. Mempunyai mc. Itulah dianya. Hari itu dengan riak, takbur, tak makan hati, tak boleh blah aku cerita yang aku ni tak pernah ada mc sepanjang kerja ini. Tapi Tuhan itu Maha Kaya (Insap sekejap sambil menaup tangan.)

Tapi tak apalah bukan. Normal lah itu manusia mana yang tak saket jangan kau nak berlagak macam kau tak pernah saket. Ok accepted. Tapi yang tak bestnya tuh time nak amik ubat kat klinik berdekatan ngan apartment saya ni (Apartment lew sangat). Hah marah ar jugak. Setakat amik ubat selsema, batuk, demam, saket tekak lozenge mahal nak muntah dia punya cas.

Patut time saya pergi tadi cuma ada 2 orang pesakit. Tu pun sebab klinik tu jadi klinik panel kompeni diorang. Apo nak buat, terpakse jugak menerima nasib dimadukan (aik??). Haha. Cuma teringat ade duda nak berkenalan pulak. Ok off topic.

Pas kira semua jumlah ialah RM60. WTH?? Selama ni amik ubat kat klinik area KL pun RM30 ja setakat sakit alahan macam tu. Tapi memandangkan masa tu, dalam wallet cuma ada RM50 ja, dengan muka tak boleh blahnya saya cakap je depan semua yang ada.

"I only have fifty. But I can go and withdrawal first."

Tapi takde rasa malu sikit pun saya ni kan. Belasah je. Tengok muka nurse farmasi tu cuak je. Pastu dia kata.

"Ok,ok. I'll talk to doc first".

Haha. Saya tau dah. Mesti ade kes sebelum ni patient yang lari pasal tak nak bayar mahal sangat. Dem la diorang neh.

Lama gak saya tercatuk tunggu kat kerusi. Pastu bangun nak blah. Dia pun panggil.

"Adik, siap dah ne."

Ha tau takot. Saya pun cakap nak gi bank dulu. Pastu dia kata lima puluh pun bolehla. Boleh pulak macam tu. Geram ar jugak. Tobat dah saya tak nak pi klinik tu lagi.

Dah la sign bod dia pun ejaan salah. Huh.

25% sahaja.

Posted by siti.zaimar at 9/29/2009 03:35:00 AM
Kalau hari ni kau kata kau terlalu sayang kat somebody sampai langsung tak boleh berpisah atau duduk jauh dari dia, kau kata kau sunyi tanpa dia, bila bergaduh pulak tiap-tiap malam kau menangis sebab rindukan dia tapi on the same time kau ego tak bertempat, nak dia yang mintak maaf dulu.

Kalau itu yang berlaku hari ni, kau sayang sangat kau dia sampai sanggup nak menghambakan diri pada dia, atas nama cinta. Kau kata dialah yang paling sempurna. Kau telan semua kepahitan yang kau dapat dari dia. Kau tak nampak apa yang dia buat kat kau adalah keterlaluan. Kau terima segala kekurangan dia dengan redha. Kalau hari ini itulah yang berlaku atas nama cinta.

Kalau itulah yang berlaku.

Satu hari nanti, bila dah hilang rasa cinta itu dari dalam diri kau. Bila dah nampak diri dia yang sebenar sebab sudah tak ditutupi topeng 'atas nama cinta', Baru kau akan tertanya-tanya.

"Macam mana la aku boleh kapel dengan orang macam tu"

"Bodohnya aku percaya kat dia dulu"

"Macam tu ke aku dulu, nape la aku tergamak terima je pe dia buat kat aku"


dan yang paling utama sekali.

"Nasib baik aku tak jadi kawin dengan dia. Kalau tidak.."

Betapa sayang pun kau kat dia, bila fikiran kau dah waras dari dadah cinta, baru kau akan nampak segala keburukan dia. Janganlah kau bagi 100% perasaan. Selagi belum sah. Selagi belum akad. Cukuplah 25% sahaja.

September 28, 2009

kombokesen.

Posted by siti.zaimar at 9/28/2009 12:36:00 AM
Kurang sebulan dari sekarang Poli saya akan mengadakan konvokesyen yang pertama. Perasaan? Biasa saja, tak seteruk perasaan bila lapar nasik atau mengidam cendol mamak "pulut yillek". Haha. Sebab apa biasa saja. Sebab ini konvokesyen pertama. Oh. Ok. Manipulasi otak di tengah malam. Perasaan biasa saja sebab jumlah batch pertama dulu seramai 27 orang saja. Sekarang jumlah pelajar hampir seratus orang untuk 3 batch. Masih sedikit. Tak apa memang kuotanya begitu sebab masih di kampus transit. Nanti bila pergi kampus tetap dianggarkan seramai 3 ribu orang akan menjadi pelajar. Oh oh mesti 27 orang yang akan bergraduat akan merasa bangga kembang hidung tak kempis kan. Maklumlah kau orang lah yang menjadi perintis untuk ribuan junior yang sekarang ni mungkin masih di darjah lima. Aik? Kenapa darjah lima yang naik kat sini. Haha. Suke suke. Boleh menulis budak darjah berapa pun yang aku nak.

Kenapa tetiba menulis pasal Kombokesen.

Sebenarnya baru sudah mengedit surat perutusan berkenaan jubah Konvo. Saya selaku AJK Jubah Graduan dan VVIP. Tapi surat tu sepatutnya hantar sebelum cuti raya. Ini dah terlajak sumpah tak boleh undur dah. Andai dapat ku undur masa. Ceh. Tu lah padahnya suka menunggu saat-saat genting untuk mendapatkan ilham. So, last day sebelum cuti tu, ofis pun dah renovate, orang-orang penting pun dah pulang bercuti. Padan muka kau diri sendiri. Hahaha. Harap-harap tak kena marah dengan Tok Ketua. Esok akan kupastikan surat itu selamat sampai dalam perjalanan mesin fax. Hoh. Semangat membuang beban.

Saya kadang kadang tak faham dengan diri sendiri. Kerja nak perfect tapi suka tunggu last minit. Ironinya. I need extra power from the last minute. Macam mana nak ubah sikap ni ye, Beban jugak perangai ni. Tak pasal-pasal kena berjaga malam nak siapkan kerja esoknye. BAD BAD.

Lepas seminggu di rumah, dah terbiasa berjaga hingga 4 pagi. Malam ni pun susah nak tido. Macam pindah ke tempat baru pulak. Adoiyai. Mata tolonglah lelap. Esok nak kerja.


September 27, 2009

selinap.

Posted by siti.zaimar at 9/27/2009 02:45:00 AM
My tears drop when i saw your name.
Just a drop.
It doesn't mean nothing.
Nothing.


anak emak pulang ke pulau.

Posted by siti.zaimar at 9/27/2009 02:13:00 AM
Selamatlah sudah. Beraya selama 7 hari 7 malam di kampung yang permai sungguh mengasyikkan. Di tanah besar pulak tu. Bukan di pulau. Haha. 7 hari 7 malam bersuka ria memenuhkan kapasiti perut yang bulan puasa dulu asyik kosong ajelah bukan (rasa dah gemuk banyak). Baju kurung moden biru saya dah macam bagi amaran jangan pakai aku. Karang bertas benang. Haha. Betul ke perkataan bertas tu. Macam mana BM SPM leh dapat A1(aikk?). Dalam SPM tak de tanya bahasa daerah kan. Tu lah pasal. Bahasa rasmi saya terror. Eceh.

Selepas 7 hari pulanglah sirih ke gagang, pulanglah cipan ke sarang. Kerja yang ditarget nak buat masa awal-awal cuti dulu dapat siap separuh je. Okaylah tu. Kau ingat senang nak mengadap laptop masa orang lain mengadap muvi raya, biskut raya, tetamu raya. Tapi saya mengadap jugak la. Yang penting kerja yang perlu di dahulukan dah siap. Tinggal yang kemudian akan dikemudiankan oleh Tok Mudim. Aik cerita apa neh. Haha. Ala. Ni kan blog I. Izinkanlah I merapu kat sini.

Wohoh syoknya cuti panjang ini.

Harap dapat bercuti panjang lagi tahun hadapan.

Pulang dengan penuh semangat. Yak yak yey.

September 24, 2009

sidai gambar 1.

Posted by siti.zaimar at 9/24/2009 11:13:00 PM
Terasa nak buat photoshop satu ah.


P/S: Good or evil - we are free to choose. Tapi ingat kita akan menerima balasan atas segala perbuatan baik dan buruk yang kita lakukan. Wallahualam.

anak nesti yang tak notti.

Posted by siti.zaimar at 9/24/2009 12:56:00 PM
Jin bertanduk. Ngerilah dengar bunyinya bukan. Mungkin anda terbayang dia tengah mengendap dari belakang. Haha. Jangan buat memain pasal jin aku tak tahu. Dia kan suka makan asap. Sedap ke kenyang ke terserah pada empunya badan. Haha. Ironinya jin yang tak bertanduk pun banyak sekarang. Tanduknya cuma keluar masa-masa tertentu je. Jin jenis ni pun makan asap jugak. Cuma bulan Remdan aktiviti makan asap dia agak berkuranganlah sikit.

Raya ketiga telah pergi menonton cerita jin bersama Kak Chick. Budak Kak Chick itulah yang beria-ia nak pergi sampai sanggup membelanjaku walaupun umum mengetahui yang dia belum ada pendapatan cuma bersandarkan paras rupa dan duit raya. Haha. Ayat baling bom untuk Kak Chick. Ampon mahap Kak Chick. Terima kasey kerana telah mengorbankan sedikit duwet raya Kak Chick (serius).





















Buah tangan terbaru KRU ni pada pandangan saya tak adalah sebest CicakMan 1 dan 2. Macam dibuat terburu-buru pun ada jugak. Ada unsur-unsur lawak slapstic yang tak sepatutnya. Macam biasalah mesti ada perbandingan selari dengan perubahan masa. Kalau dulu lawak pandai, sekarang kena lagi pandai. Betol tak betol tak. Lakonan Mawi agak kaku dan macam bajet kontrol sket. Fara Fauzana yang memegang 5 watak agak bestla jugak walaupun masa jadi jin sora baik dia tu macam buat-buat jek. Tapi keseluruhan Fara punya lakonan okaylah sebab pertama kali jadi heroin kan.

Paling saya tak suka lakonan Cat Farish dengan baju pendek yang nampak pusatnya tuh. Annoying tau tak. Dan beberapa adegan stinky yang dijadikan bahan lawak. Tak suke tak suke. Menyebabkan kurang lalu bila nak makan keesokkan harinya. Meloya-loyakan. Tolonglah jangan buat adegan macam tu lagi lain kali. Buatlah lawak yang geniuzzzz sket.

Blehlah saya bagi 3 setengah bintang.

Bleh bersurai sekarang.

September 21, 2009

jiwa sastera.

Posted by siti.zaimar at 9/21/2009 01:44:00 PM
Heh. Dah lama saya tak apply kemahiran sasterawanis saya nih. Sebenarnya, saya adalah seorang pencinta bahasa. Walaupun mungkin ada yang membaca blog ini mendapati ayat saya tunggang terbalik corner brake, bercampur gaul tanpa sempadan antara BM dan BI tapi percayalah itu semua hanya sekadar menceriakan suasana. Tak ada kena mengena dengan yang hidup atau mati. Saya akan pastikan saya gunakan Bahasa Melayu yang jitu sewaktu dalam kerja-kerja formal dan pada saya Bahasa Melayu sangat indah. Sebab tu, saya sangat suka lagu Irama Malaysia.

Perahu buruk dari seberang
Terikat tak bertali
Rupa buruk budi pun kurang
Manakan kata lekat di hati

Dan sejak terjerumus dalam bidang IT saya sangat kurang berkarya. Semasa di UPM dulu, saya pernah mendapat juara dalam pertandingan sajak kemerdekaan peringkat Universiti. Sangat indah kenangan tu. Sajak saya dideklamasikan di Malam Penutup Kemerdekaan dengan iringan petikan gitar akustik. Tak sangka percubaan membuahkan hasil.

Sebenarnya, untuk berkarya dan menulis sajak, cerpen, syair, gurindam atau pantun, kita memerlukan masa yang tepat. Masa yang boleh kita tumpukan sepenuh perhatian pada karya kita itu. Pejamkan mata dan bayangkan apa yang kita nak meresap dalam jiwa pembaca. Gunakan emosi sepenuhnya kerana tautan emosi adalah ibarat satu ikatan maya yang amat kuat untuk menyentuh hati orang lain. Mulakan dengan perkataan atau frasa yang dapat merantai hati pembaca untuk membaca hingga ke akhirnya. Bayangkan jika kita berada di tempat pembaca. Apakah yang kita rasa jika membaca karya itu..

Mungkin juga saya perlu aktif menulis kembali. Tapi di medium yang sepatutnya. Bukan di sini kerana blog adalah blog. Saya nak tulis apa sahaja tanpa batasan peraturan bahasa di sini. Okek.

Roger and signed out.

salam eid.

Posted by siti.zaimar at 9/21/2009 01:44:00 AM
Macam tak lengkaplah pulak kalau tak mengucapkan salam aidilfitri kepada blog sendiri. Aik? Pelik bunyinya. Maklumlah ini kan blog peribadi dan tidak dipromosikan (Lelong lelong, 2 singgit). Sekadar satu medium meluahkan apa yang nak ditulis, disamping memastikan otak kanan mendapat vitamin yang cukup. jadi kepada sesiapa yang terserempak dan terbaca dipersilakan. No problem at all.

Hari ini Hari Raya Pertama bersamaan 20092009 Masihi. Tarikh yang cun, cantek, jelita, boleh buat menantu. Woi stop jangan mula mengarut boleh. Nak cari gaduh ke. Haha. Kalaulah hari ni bukan hari raya dah pasti ramai yang cop wat tarikh kawin. Orang-orang kita ni bukan boleh, ada tarikh cantek sikit asyik nak amik kesempatan je. Macamlah tarikh yang cantek tu akan menjadi jaminan hidup yang bahagia. Aku lah sekali yang terbabit secara langsung dalam ini kumpulan. Haha.

Wokeh, sikit briefing pasal raya tahun ni.
  • Tahun ni tema warna purple. Motif?(Gambar 1).
  • Kueh raya banyak jenis. Ada 2 tupperware lebih (saya tak tau nama tepat dia). Tupperware kuihkah. Tupperware sekat-sekatkah. Heheh. Yang dikata lebih sebab ada yang tak dapat masuk dalam tupperware tapi tetap bersemadi dalam balang. Haha. tunggu giliran okek. (Gambar 2).
  • Tahun ni saya dapat menghulur duit raya tanpa rasa bersalah. Modal cukup. Alhamdulillah. (Gambar 3).
  • Saket pinggang banyak membasuh pinggan. Eceh. Tak da gambar. Em mungkin ade nanti.


































Syukurku atas hari kemenangan ini Ya Allah. Alhamdulillah.

September 18, 2009

go back with no empty hand.

Posted by siti.zaimar at 9/18/2009 11:42:00 AM
Bukan kuih raya yang dimaksudkan dalam tajuk di atas. Tapi kuih raya pun ada lah jugak untuk menyokong gabungan kuih raya bersama adik beradik. Heh. Sorang bawak balik beberapa jenis, akhirnya cukuplah untuk jamuan tetamu untuk hari raya dan jamuan perut ahli keluarga selama sebulan selepas raya. Makan sambil menonton movie di setiap petang dan malam raya agak menariklah bukan.

Masa kecik-kecik dulu selalu tak percayakan diri bila dah nak raya. Rasa lama betul puasa main sepanjang petang pun tak azan lagik. Nak tunggu tamat 30 hari. Adoiyai. Masa raya eve pulak mencuba goda baju dan kasut raya berkali-kali. Walaupun cuma kasut raya jenama Rocky (pelik apa ntah nama dia) saiz 34 dan bentuk macam capal lelaki gua tak peduli. Janji kasut baru kuek kuek kuek. Haha. Baju pun kain chek aje. Warna merah bunga-bunga kecik dan share corak seramai 3 beradik. Tapi do I care?? Heheh.

Melalut dah. Maksud saya no empty hand ialah membawa bersama kerja akademik untuk pelajar tersayang jugak lah. Nak senaraikan lah jugak. Kata orang, membuat senarai membawa bahagia. Hah sudah sudah engkau ni kalau mengarut nanti hilang tema blog yang simple ni.

  1. Menyiapkan kertas soalan final untuk Programming Principles. Hari tu kan saya tulis tengah buat soalan kan. Yang itu dah siap untuk subjektif sekali dengan skema dalam dwibahasa tapi masa nak submit tu dengar pulak berita baru yang kena buat soalan dalam format objektif pulak sebanyak 50 soalan. What the fun %&*^*&$^. Menangis lah sekejap sebab tension i____i. Fuh. Kuat semangat kuat semangat. Buat je lah tapi tak tahu yang mana diorang nak guna untuk final nanti.
  2. Membuat soalan Test 1 Programming Principles. Haih anak-anak saya mesti tengah syok beraya. Jangan lupe study nanti Test 1 hari Isnin pas naik cuti. Jangan wat-wat lupa heh.
  3. Buat notes Powerpoint untuk subjek Web Authoring. Saya paling suke subjek nih. Untuk tajuk Frames HTML dan masuk jugak pasal Javascript. Dan kena buat jugak booklet Lab 5 untuk Web pada hari Rabu lepas cuti.
  4. Buat notes Powerpoint untuk subject Desktop Publishing. Memandangkan ini subjek baru so semua kena buat baru. Buat notes akan mengambil masa 1 hari kerana perlu banyak sumber rujukan dari internet dan reference book. Dan juga kena buat booklet Lab 7 untuk hari Khamis nanti.
  5. Prepare soalan Mini Project untuk Web Authoring, Desktop Publishing dan Programming Principles. Heh berat nih.

Demikianlah adanya. Kalau sempat leh la jugak membuat soalan kuiz dan assignment tapi rasanya yang ada ni pun dah 'tak de perkataan yang sesuai untuk diletakkan' dah.

Hehe. Tapi tak pe. Berkhidmat Untuk Negara.

p/s: Besau lah pulak gambar kat atas tu. Haha. Gua malas nak shrink dah.

September 17, 2009

pejabatku yang sifar di musim raya.

Posted by siti.zaimar at 9/17/2009 08:14:00 PM
Hari Khamis. Datang kerja dan tengok pejabat agak sifar. Semangat merudum sedikit. Haha. Cerita macam bab ekonomi lah bukan. Sebenarnya pejabat pensyarah di PBU ni sedang dalam proses renovation. Jadi semalam, Rabu kami dah di arah mensifarkan meja dan bahan-bahan kitar semula yang ada di bawah meja, di atas dan di ceruk-ceruk tersembunyi yang orang tak tahu tapi Allah tahu. Heheh. Tapi barang saya sikit saja, sekejap saja berkemas, masukkan dalam kotak dan simpan kemas-kemas tepi almari.

Dekat nak balik semalam, berlakulah adegan beraya bersama rakan sejawat. Memohon maaf jika ada terkasar bahasa, tersilap kata, tercurik biskut atau nestum(aikk?) dan seangkatan dengannya sepanjang 6 bulan bekerjasama riang gembira.

Heh diam tak diam dah 6 bulan saya mencari nafkah di sini. Sangat best saya tak suke mc. Dan saya BELUM ADE MC SEPANJANG KEJE KAT PBU NIH. Ya aw aw. Erkk. Silap pulak patut ucap Alhamdulillah atas pemberian kesihatan yang baik, kerja yang menyeronokkan dan memenuhi minat saya dalam bidang pendidikan dan IT. Subhanallah. Maha Suci Allah yang mengabulkan doa hambaNya. Dan sangat seronok tatkala melihat wajah para pelajar saya yang sentiasa dahagakan ilmu. Ilmu dalam bidang yang amat kucintai ini. Demi para pelajar, saya akan sentiasa berusaha bersungguh-sungguh untuk menambahkan lagi ilmu terkini dalam bidang IT untuk dikongsi bersama. Tak tido malam pun tak pe. Cuma saya harapkan para pelajar saya akan berjaya dalam hidup dan mencapai cita-cita mereka. Amin.

Pejabatku akan berubah wajah sikit selepas raya ni. Tapi semoga keceriaan dan kegembiraan akan berterusan. Terasa macam ayat poyo lah bukan. Haha. Betul ni.

September 13, 2009

terasa macam wrong time at the wrong place.

Posted by siti.zaimar at 9/13/2009 02:35:00 AM
Bulan puase ni makcik makcik, kite kena steady je ibarat muka peguam di mahkamah. Motif? Haha. Cerita pasal peguam pulak malam-malam nak merangkak ke pagi ni agak membosankanlah bukan. Peguam adalah bosan. Erk peguam janganlah marah, anda masih boleh bergurau walaupun kerja anda penuh dengan fakta. Motive again? Haha.

Hari sabtu yang permai minggu ini tidak balik ke kampung kerana sengaja bertujuan menerbitkan rasa rindu pada orang kampung. Ada ke orang kampung rindu aku. Haha. Saja je walaupun rumah dekat dan berpeluang balik tapi masih lagi perasan orang jauh yang nak balik di malam raya. Yang sampai je mak ayah famili peluk cium sebab lama tak jumpa. Padahal balik tiap-tiap minggu pun kena peluk cium gak macam anak manja tapi sebenarnya tak. Eceh maklumlah kakak yang mandiri. Lagipun tadi pergi membawa student buka puasa kat D'Piazza Mall. Owh, itu adalah satu episod cap ayam yang mengharukan dalam hidup gua.

Cam ni ceritenye.

Hari Rabu lepas, ada sorang mamat dari satu kompeni ni datang bagitau nak jemput student buka puasa and sebelum tu ader taklimat keusahawanan untuk pelajar ICT. Nak suruh ramai-ramai datang sebab nak ramaikan majlis sebab nak nampak mampan di mata VVIP yang dijemputnye yakni Timbalan KM Pulau Pinang. Saya pun bersungguh-sungguh la mintak lecturer lain carikan student, jumpa Doc, pi tempah kenderaan dan seumpamanya. Harapkan dapat bagi input yang baik untuk pelajar.

Tadi pergilah beramai-ramai dengan pelajar, mostly anak-anak saya lah pelajar DIP1A dan seorang lagi DIP1B. Dah sampai sane, eh eh dibaginya taklimat tentang laman web ape ntah untuk online study budak-budak UPSR dan PMR. Dan ramai pulak ibu-ibu tunggal dengan anak-anak kecik berlarian riang di situ. Erk. Terasa lain macam je. Ape yang usahawannya? Last-last dia cerita cara nak join study portal tu dan buat bisnes MLM. Hhmm. Lengkaplah frasa tak ada yang percuma di dunia ini. Nasib baik dia takde paksa sape-sape join.

Tu satu hal.

Sampai time makan lagi libanglibu. Dengan orang ramai kena beratur amik makan secara buffet. Budak-budak yang ramai menyebabkan habis air bertempiaran (aik?). Kesian students saya. Diorang pun lambat makan dan tak dapat makanan yang sepatutnya. Kesianlah. Takut diorang lapar. Anyway, I was saying sorry for them. Lain kali kena lebih berhati-hatilah bukan. Nasib baik mamat yang datang jemput kitorang kat Poli tu call and say sorry sebab tak dapat bagi perhatian pada kitorang. Sejuk sket tekak aku pas minum air oren. Haha.

Sedapnya air oren. Nyam nyam.



September 11, 2009

setiap hari adalah tembaga.

Posted by siti.zaimar at 9/11/2009 09:45:00 PM
Teka-teki. Sapa yang ingat dialog yang jadi tajuk di atas tu. Dialog yang menyebabkan Spongebob asyik laughing like you are the funniest thing in the asia sampai rosak peti suara dan tak boleh gelak lagi. Tu pun Squidward yang tipu pasal tak tahan asyik kene gelak je. Setiap hari adalah tembaga. Hahahahahaha. Kelakar betul la Spongebob bukan. Karakter span kuning yang sayangkan kawan-kawan tu sangatla comel. Eh eh apo plak ni cerita pasal Spongebob. Pecah ah rahsia seorang lecturer ni. Haha. Lecturer cuma ditempat kerja je. Ekceli, saya ni sayangkan kawan-kawan, suka ketawa dan agak 'gile keje' sket. Tak ske cuti lama-lama. Macam spanbob gak ah sket-sket.

Tugas hari ni adalah membuat semprit err.. ape pulak bke cerita kuih raya ni. Sapa pulak buka kuih raya malam-malam hari sambil mengadap laptop. Haha. Hari ni full day saya mengarang dan melipat maut untuk membuat soalan finale untuk subjek Programming Principles. Fuh agak mencabar untuk siapkan soalan yang memenuhi piawaian Jadual Spesifikasi Ujian. Tapi takpa, demi pelajar tersayang saya rela berketiduran berbantalkan laptop. Fuh semalam buat kali pertama saya dapat melihat bintang-bintang di sekeliling kepala. Rupanya memang betol keluar bintang di keliling kepala bila kita sangat pening. Saya ingatkan cuma rekaan tok dalang dalam cerita Tom And Jerry ja. Haha.

Dah ah sket. Gua nak sambung makan biskut ah.


September 10, 2009

gue bhenci.

Posted by siti.zaimar at 9/10/2009 11:24:00 PM
Tadi.

Walaupun mata gue dah terpisat-pisat mengantuk tapi gue teruskan jugak perjuangan suci untuk mentorrent game. Game yang dah lama gue dengar tentang kepopulerannya tapi tak berkesempatan explore tentangnya. Game apa? Pondok-pondokkah. Main jerang air dalam tin susu kah. Haha. Biarlah rehsie.

Ngapa in gue cakap bahasa jiran ini sih. Ya pastinya pikirin gue sudah jauh di mana-mana. Gue ngantuk banget tapi ga suka tinggalin kerje sekerat-sekerat gitu. Ya pokoknya internet sudah dalam tangan. Gunakan aja asal ga nerobos 5GB, kalau tidak linenya bisa jadi slow kayaknya siput mencari makan. Haha.

Ya sudah selamat donlod. Dengan semangat Sungai Tengas Bersatu gue memulakan proses itu. Yak yak yak. Selamat akhirnya menginstall dan dengan muka tulus suci gue mula in nekan PLAY.

Mula dengan prelude game, pastu dia asik ngulangin benda yang sama. Waduh2. Terus hang laptop hitamku yang bergaya ini. Dah setengah jam dok ulang, Button lain tak function, tak animate pun bila cursor merayau-rayau di atasnya. Haih. Penat lah.

I pun explore lah dalam Crack, replace file Crack dalam Program Files games tu, pun tak jalan juga. Crack yang memang Crackers ah.

Geram jugak. Mata pun dah macam ikan tongsanlah bukan. Haha. (Masih boleh Haha lagi).

Takpa ini tak menyerikkan aku. Sok torrent bende len pulak. Dasar wanita? IT. KEH KEH KEH.

September 6, 2009

bicara mak meluluh hati.

Posted by siti.zaimar at 9/06/2009 11:18:00 AM
Pelakon : Mak dan blog owner
Medium : Phone
Hari : Jumaat pagi

"Kak, tak balik kampung ka.." Macam biasa mesti mak saya tanya tiap-tiap hari Jumaat untuk reconfirm pembalikan saya ke kampung. Bila guna pembalikan tu macam nak menceritakan hukum fizik la pulak bukan. Haha. Balik kampung pun satu hukum fizik jugak kan. Mungkin boleh bincang dengan Einstein Junior di Nickelodeon. Haha.

"Balik la. Nanti petang KakJa balik dengan depa.."

"Really?(eh eh aku tambah sendiri). Ha tak pa lah. Mak nak habaq kata ayaq takdak. Dah 2 hari dah tak dak. Kalau hangpa nak balik mandi la siap-siap kat sana."

"Ya ka.. Na dengan Mirul balik malam ni jugak kot"

"Hang tak balik sana sekali ka malam ni.. Toksah la. Mak tak seronok la takda sapa kat umah.."

"Dak eh. KakJa balik Isnin.."

"Ooo.. Takpalah.."

Sedihlah jugak bila mak nak anak-anak berada di sisi. Tapi normal la bukan. Anak-anak perlu bekerja mencari rezeki untuk diri sendiri dan keluarga masing-masing. Mak-mak pun fahamlah juga. Tapi bila ada masa bersama ibu bapa, gunakanlah sepenuhnya. Yeh yeh balik kampung.

ade tak keja sambilan sebagai perayau laman web.

Posted by siti.zaimar at 9/06/2009 12:31:00 AM

Bak kata nenek saya, kalau hang ngadap internet malam-malam ni nanti susah nak alih tumpuan pada keja-keja yang hakiki. Ceh pemilihan word agak berat dan tak menepati konsep la pulak. Haha. Keja-keja hakiki tu bolehla dikategorikan sebagai tugas rasmi.

Tapi bila saya dah ade semangat nak BERKHIDMAT UNTUK NEGARA dan menyelesaikan tugas hakiki yang dah last minute, tak disangka-sangka saya boleh berjaga sepanjang malam sampai kerja tu siap. Sampai bengkok tulang ketingku HA HA HA. Dan target hasilnya mestilah perfect dan menepati piawaian. Bukan kerja cincai ba lam alif sin ha ja. Sebab tu lah housemate aku tengok macam aku banyak keje padahal sama je cam orang lain. Sebenarnya gua cover balik beb time gua browsing internet tu. Kira adil lah bukan. On due date keja siap gak. Yang penting tak makan BLIND SALARY(aik?). Haha.

Seimbang otak kiri dan kanan. Macam malam ni. Tadi saya nak cari material untuk additional notes je, tapi dah terguna gear reverse masuk blog plak. Eh eh. Takpe-takpe nak beransur dah.

Gua series. Gua series.

September 5, 2009

yezza. broadband di bilikku di kampung.

Posted by siti.zaimar at 9/05/2009 11:18:00 PM
Fuh. Dengan berhati-hati saya mencucuk broadband itu. Saya dalam bilik di kampung. Yang agak pedalaman itu. Yang dah lama saya berangan-angan nak berinternet secara gaya bebas dalam bilik sendiri.

Lampu ijau keluar. Maknanya cuma GPRS. Agak lama dia mampan kat situ.

Pas 2 minit baru keluar setting. macam biasa la. Owh. Setting ni diset sendiri oleh saya tanpa mengikut lunas-lunas pensettingan yang sepatutnya pas laptop ni ngaku kat saya yang dia ada masalah eject. Aik? Laptop zaman millineum ni memang aneh-aneh lah bukan perangai dia. Manja tak bertempat. Haha. Jangan kutuk banyak-banyak karang merajuk dia.

Dan. Dang. Connected!!

Wuah.

TERUJA.

Dengan hanya guna EDGE (GPRS) saja dia dapat bergerak laju. Kadang-kadang lebih laju dari semasa saya di Penang yang guna UMTS (3G). Kadang-kadanglah. Maklumlah rumah saya di Penang itu adalah Pigeon Hole yang didiami ramai manusia berorientasikan hidup broadband. Line sesak. Teringat cerita orang putih Disney Channel dimana seorang budak pempuan comel terperangkap dalam data traffic. Haha. Macam luculah bukan. Bila semua URL, HTTP protocol, video dan website bergentayangan atas kepala dia. Sapa la yang cipta perkataan gentayangan tu tapi macam sesuailah jugak. Maksud I, dengan dengar ja kita dah dapat tangkap maksud dia. Kalau orang putih memanglah tak tahu. Apa la kau ni.

Ok. Ok. Kembali ke alam nyata.

Kadang-kadang Receive Rate dapat mencapai 100KB. Itu sudah bagus. Memanglah tak berapa bagus tapi oklah berbanding sebelum ni memang tak layak dapat tajaan broadband langsung.

Kenapa saya beria-ia cerita. Sebenarnya, seblom ni pernahlah jugak try broadband my sister di umah ini. Tapi takde harapan langsung. Haha. pas ni leh la aku eksen ngan dia. Wuah. Internet dengan gaya bebas. Memang heaven. Sambil mendengar lagu, berselimut pink dan memeluk spongebob.

Macam lambat jer nak tido nih. Haha.

hari jadi blog lama pastu buat blog baru.

Posted by siti.zaimar at 9/05/2009 02:38:00 AM
Masa tengah mengedit HTML tadi tetiba je saya teringat masa first time wat blog dulu. Explore habis-habisan macam budak kecik yang selongkar dapor time bulan puasa. Haha. Hayokk sapa buat tak tahu.

Alignment lari sikit.

Owh. What a coincidence. Tarikh pertama entry saya pada blog yang pertama juga jatuh pada tanggal 5 September. Ape ni 5 September. Asal sampai tanggal kau je aku wat blog baru. Adakah tarikh ini adakah tarikh membuat blog sedunia. Haha. Genap setahun. Blog saya yang pertama dulu berlatarbelakangkan kucing. 2 ekor kucing malas yang sedang memungut kelkatu di bawah lampu. Sekor gemuk macam kucing jantan (bukan bias) malas nampaknya. Asyik nak tido je. Seko lagi kucing hitam bermata cantik termenung menongkat lengan. Er. Kucing ada lengan ke. Soalan misteri pada bangsa kucing.



Tak lengkap kalau tak upload gambar dia. Templat blog yang pertama ni membawa kenangan jadi rinduan(aikk?) sebab jadi templat yang pertama mencurah rasa cinta pada website. Semacam peliklah pulak ayat ni bukan. Ramai reader yang memuji templat tu cantek dan menjadi pengikut di belakang. Seronok la jugak macam kanak-kanak bermain merry go round. Tapi pada satu hari yang tak dapat dikategorikan, templat itu telah dipadam. Sedih pulak hiba jantung ni. Sejak tu saya dah hilang ghairah(aik lagi) pada blog jadinya saya cuma buat blog untuk tutorial photoshop ja.

Boleh lak berenti terkejut-kejut macam ni. Haha. Belasah je lah.

Dalam kelas kita belajar, dalam blog kita bermesra. Eceh.

ungu yang misteri. dengan nafasMu aku hidup.

Posted by siti.zaimar at 9/05/2009 12:43:00 AM
Lagu yang menjadi ulang tayangku kebelakangan ini.

 

~mind and thoughts~ Copyright © 2011 Designed by Ipietoon Blogger Template Sponsored by web hosting