Showing posts with label my life. Show all posts
Showing posts with label my life. Show all posts

January 10, 2013

My 13 mo Boy (Part 1)

Posted by siti.zaimar at 1/10/2013 10:13:00 AM

Hari ni terasa rajin nak mengimbas gambar-gambar putra kesayangan. Anakku Aiman yang dah semakin cerdik dan aktif. Mak dan abah doakan Aiman Mujahid sentiasa sihat, riang dan ceria. We love you everyday, even more day by day.


9 bulan dalam kandungan




Hari pertama

 1 bulan

2 bulan

3 bulan
3 bulan 6 hari - dah boleh meniarap :)
4 bulan
6 bulan :)

January 9, 2013

Tahun Baru vs Hobi Baru

Posted by siti.zaimar at 1/09/2013 12:17:00 PM
Hai welcome '13.

13 tahun yang lalu, umur saya 19 tahun. Comelnya. Haha. Cepat sangat masa berlari macam baru semalam menyambut Y2K (Year 2 Kilo) atau tahun 2000. 19 tahun yang lalu, saya masih belajar di UiTM Arau, menghadapi pelbagai pahit manis suka duka bergelar pelajar. Rindunyaa saat itu. Rindunya kat Arau.

Sempena tahun 2013 ni, aku macam dipanggil-panggil untuk menunaikan (apakah?) hobi terbaru aku yakni menjahit. Hoi cakap macam pandai menjahit. Taklah, aku ada pengalaman menggunakan mesin jahit lama mak aku yang berjenama Singer (penyanyi?). Aku pun pernah menyiapkan 2 pasang baju kurungku sendiri dengan bantuan adek manes yang bekerja sebagai tukang jahit. Taaapi dah laaaama sangat dah, mungkin 13 tahun yang lalu kot. Mihihi.

Entah kenapa mungkin taqdir (tu dia pronounciation) agaknya. Asalnya aku cume tengok mesin jahit mini jenama Global kat Tesco. Aku terfikir bagus gak beli, at least kalau baju Che Art tetas benang or seluar katok koyak bleh la jugak bini dia jadi supa dupa hero. 

                             

Tapi dalam deretan mesin jahit tu, yang mula sekali paling kecik pakai elektrik dan bateri, harga RM99. Ok lah kan. Pastu ada abang dia sikit harga RM150 kot, ada abang lagi harga dekat RM300. Lastly ada jugak abang long dia harga RM400 lebih. Yang last tu memang dah ropa mesin jahit sebenar la...

Pastu aku dok aim..aim kan, yang RM400 lebih tu, aku terfikir ade ke lagi baik kalau aku beli yang branded terus macam Singer ke Brother ke. At least ada service centre and worth for money. Aku survey for both brand , hmm Singer agak aumm la harga dia, aku kan beginner kena cari yang murah-murah je. 

Pastu survey pulak brand Brother, ada satu yang paling basic LS2160. Warna pinky ow ow ya. Harga pasaran RM650. Ok gak so aku pun target la yang tu. 

Pada satu hari, aku dan Che Art (of kos bawak si Bambam) pi la jalan kat pesta. Sekali ada booth Brother kata ko. Aku pun apa lagi, Bookmark la itu kedai. Aku tanya harga LS2160, sekali dia bagi tintong 10% dapat la RM580. Wuah suka. So aku pun balik dan menyimpan impian untuk menggrab mesin itu bila dapat bonos nanti. Wallaweii.                                                                                                                                      

                                   

(Selepas dapat bonos dan selepas balik Langkawi. Hee.)

Setelah menunggu hari yang agak baik(read: tak ramai orang) aku dan Che Art pun pi menyerbu booth Brother lagi sekali. Tapi selepas bincang sikit-sikit buat demo sana sini dia setuju nak jual ABANG sikit kepada LS2160 yakni GS2700 dengan harga RM700 ja. Selepas meneliti, GS2700 ni ada beberapa kelebihan dari LS2160 iaitu boleh buat lubang butang dengan 1 step sahaja, ada 27 pattern jahitan, ada lampu LED (warna putih you, tak sakit mata), pastu ada Needle-Threader yang membantu masukkan benang dalam jarum, dan ada free arms untuk jahit lengan dsb. Menarik kan. Pas bincang dengan bos, aku pun setuju nak amik yang GS2700 tu. Sukenya makk.

Ini mesin jahit baru aiiiii...

                          

Ye setakat hari ni, aku baru mengenalinya dengan mencaing kain. Haha. Abu baru buat beberapa minor operation terhadap baju-baju lama aku. Antaranya jahit lengan ni.



Dan juga mengecikkan beberapa T-Shirt yang agak besar, beli online katakan. Anyhow aku memang suke ngat ada mesin ni, in case like alamak baju aku ni besar la pulak, kain terlalu labuh la pulak tetiba bling!! eh aku ada mesin jahit la, boleh la repair tanpa perlu rimas-rimas perut. Haha. Best.

January 8, 2013

Positif OK, Negatif Pun OK

Posted by siti.zaimar at 1/08/2013 09:58:00 AM


Syukur Alhamdulillah di atas segala nikmatnya.

Semalam segala pertanyaan terjawab sudah. Padahal aku sendiri yang menanyainya. Haha.

Actually I am wondering that for my pregnancy. Selepas complete missabortion  pada 30 Oktober 2012 yang lalu (episod sedih), aku belum datang tetamu bulanan lagi. Bila melihat tanda-tanda yang dialami kebelakangan ni, MACAM hamil tapi MACAM takut nak check sebab ada sikit trauma lagi kan. So aku let it be dengan agak tertanya-tanya. Bila tengok perut yang semacam je, hehehe padahal aku memang dah agak berisi. Gemuks kata ko. Kuat mam kot.

So semalam aku beli pregnancy test (brand Disclosure rege RM5.90 je kat Watsong) dan balik dengan tak sabarnya untuk check. Sejujurnya aku tak kisah untuk hamil lagi tapi takut gak kena marah dengan misi sebab baru gugur. Hahaha.

Bila balik terus check dengan rasa berdebar-debar. And the result is...




NEGATIVE!!



Ok xpa, Aiman pun masih kecik lagi, perlu banyak perhatian lagi. Target aku untuk hamil hujung tahun ni, wishlist Tahun 2014 untuk anak kedua. Hihi.. Bolehla aku melaram perasan kurus lagi.

January 7, 2013

my dear system.

Posted by siti.zaimar at 1/07/2013 04:04:00 PM
Sedang mengexplore komputer tadi, tiba-tiba terbuka file yang memuatkan sistem yang aku buat masa aku praktikal di Kulim Technology Park Corporation satu masa dulu. Tahun 2007.

Sistem ni aku buat start from scratch, dari zero hingga siap. Aku memang berbangga dengan sistem sulung aku ni. Walaupun aku sedar banyak kekurangannya. Tapi, ye, budak praktikal kan masa tu. Hehe. Dan kerananya juga aku mendapat pujian dari CEO Kulim Hi-Tech, Dato' apa ye. Aku pun tak ingat. Dan dapat job offer lagi, agak lumayan tapi aku refuse sebab masa tu target nak sambung master. Tengok-tengok tak jadi sebab Kementerian Pendidikan yang taja biasiswa aku untuk jadi pensyarah poli dah split dengan Kementerian Pengajian Tinggi.

Oh ye, sistem ni menggunakan ASP, yang mana aku baru belajar masa masuk praktikal kat situ. Tapi berkat dok menghadap kod ASP setiap hari menjadikan aku dah terbiasa. Explore tutorial kat internet dah jadi rutin. Dalam tempoh 3 bulan aku siapkan. Ikut profesionalisme agak lama tu, tapi aku kan budak baru belajar masa tu.

Sistem ni aku bagi nama Integrated Archive System (IAS), yang mana dalam sistem ni aku computerizedkan segala archive atau arkib Kulim Hi Tech dari awal penubuhan dia. Dalam tu ada newspaper cutting, pictures lama-lama, documents, videos, brochure dan semuanyalah yang lama-lama. Old skool sekejap. Pandang dunia hitam putih. Haha. Tak da lah. Ok ni screen shot main page.


Tak comei sangat tapi bak kata orang apalah ada pada ropa. Yang penting function dia. Hehe.

Yang ni untuk modul newspaper. Dalam modul ni leh masukkan news baru, leh delete, update dan search berdasarkan keyword, tarikh dan sumber.

Setakat ni je la dulu. Next time sambung lagi ek.



June 4, 2011

argh!! gua pening bila melibatkan benda full-auto

Posted by siti.zaimar at 6/04/2011 08:15:00 PM
Bendanya ialah mesin basuh kat rumah aku.

Dua tiga hari lepas masa dok bersantai-santai menonton tv tetiba ada benda sejuk mencuit kaki aku. Apakah itu? Tengok-tengok air washing machine dah melimpah. Eh? apakes tak de tanda-tanda paip sumbat tetiba umah aku banjir. Adoi sangat stress tertekan teredam remuk rasa hati ni bila tengok umah banjir dan air melimpah ruah bawah tikar. Terpaksalah Mak Labu dan Enche Art jadi buruh kontrak menolak air kuar dari umah. Letih tau tak. Baru balik keja nak kena wat keja-keja kontrak nih.

Pas keja-keja mencari sumber kebanjiran tersebut, paip yang ada skru yang link kat paip umah plak tercabut. Arghh. Satu hal lagi. Paip tu susah gila nak skru tau. Kena tepat angle macam kena belajar Archi ke apatah. Aku dah la jenis kalau kerja-kerja domestik dalam umah aku tergendala macam nak basuh kain ke, nak basuh pinggan ke tapi tak leh buat, stressnya satu macam. Boleh sampai tahap mimpi-mimpian. Nak basuh manual pulak kena slow-slow la, kesian Mak Labu ni kan. Nak suh Enche Art pun, kawan dah la sakit gigi. Tak kalau dah tak boleh tak pasal-pasal gigi dia pulak yang diskrunya. Nak panggil plumber, macam tak logik.

Aduhai mesinku....

June 1, 2011

rase rajin sikit sebab dah hantar laporan dwitahunan 2009/2010.

Posted by siti.zaimar at 6/01/2011 03:41:00 PM
Ni lah yang dikatakan update blog 2 kali setahun. Macam sembahyang raya pun ada gak. Hehe. Bila dah malas tu jangan nak kata apalah. Sebenarnya sekarang agak free, baru lepas hantar draf laporan dwitahunan 2009/2010 Politeknik Balik Pulau untuk disemak oleh Dr. Zahari. Sumthing yang memang memenatkan dan jenuh nak cari masa dalam kesibukan pengajaran dan pembelajaran nak menyelesaikannye pun.

Now, aku mampu tersenyum. Apa sebelum ni tak mampukah? iye, macam dah melepaskan biawak terkepung, tak perlu dibagi makan dah. Haha. tak baiklah kan, tu lah salah satu kerja sampingan aku di samping tugas hakiki. Mka haruslah dilaksanakan dengan sebaik-baiknya.

Ni muka depan dia *angkat muka sikit*...


tak habes2 menunjuk karya di sini kan. Oklah, nak tunjuk perkembangan anak pulak. Minggu ni dah 14 minggu dia kat dalam tau. Only 26 weeks to go. Jom kita tengok perkembangan baby minggu ni.

Masuk minggu ke-14 degupan jantung bayi akan semakin kuat dan kita sudah boleh mendengarnya melalui ujian imbasan. Lajunya adalah 2 kali ganda kelajuan jantung kita. Pada masa ini bayi kelihatan kurus kerana belum terdapat lapisan lemak. Kulitnya juga sangat nipis sehingga kita dapat melihat saluran darahnya. Pada tahap ini juga biasanya ibu hamil akan mengalami masalah sembelit kerana pergerakan usus cenderung diperlahankan semasa hamil. Jadi elakkan daripada memakai pakaian yang ketat atau sendat agar puan-puan berada dalam keadaan yang selesa.

Sembelit? Memang masalah am ibu mengandung. Tapi kena banyakkan minum air dan makan buah masam-masam cicah kuah rojak. Nyam. Bila nak gi scan ye. nak tunggu baby besar sikit baru nampak pergerakan dia.

Okeh time to work. Kena arrange time table pulak.

November 5, 2010

i'm not single anymore!

Posted by siti.zaimar at 11/05/2010 11:34:00 AM
Akhirnya selamat sudah semuanya. Pada satu petang yang bersejarah bertarikh 17 Oktober 2010 kami sudah selamat diijabkabulkan. Syukur alhamdulillah atas kurniaanNya ini.

Kenduri dijadualkan pada 20 November 2010 di rumah aku dan 28 November 2010 di rumah suami. Sekarang memang agak sibuk menguruskan perihal kenduri, bak kata orang, lepas kenduri barulah legaaa semuanya.

Perasaan? Mestilah rasa bahagia, dan paling penting rasa tenang sebab ada seseorang di sisi untuk menempuh segala dugaan hidup yang mencabar ni. Jujurnya, aku bersyukur sangat kerana dijodohkan dengan insan sepertinya. Mungkin kerana ada keserasian dan 'happy together'. Alhamdulillah.

Bila dah berumahtangga ni, kenalah banyak fikirkan tentang kepentingan pasangan kita. Bukan diri sendiri saja kan. Perkara kecil janganlah dibesar-besarkan, hiduplah apa adanya, bersyukur dengan segala pemberian, dan hidup lebih bererti bila dapat memberi tanpa meminta balasan. Apa yang diharapkan semoga Allah merahmati ikatan suci ini, dikurniakan dengan zuriat yang soleh dan solehah, dan berkekalan ke hujung usia.

Amin.

September 29, 2010

segaris kenangan di ipoh.

Posted by siti.zaimar at 9/29/2010 10:15:00 PM
Bunyi tajuknya macam sentimental. Tapi cerita sebenarnya menyakitkan hati. Hari ni tak pasal-pasal gajah kesayangan aku dapat beberapa garis calar akibat dilanggar pemandu yang tak pandai pandang belakang bila reverse. Undang-undang reverse: Pandang belakang! Tak kirala dalam cermin or nak menjengok or what so ever lah.

Memang jalan tu agak sempit. Dia nak jugak reverse sampai keta dia straight. Padahal ruang dah cukup besar untuk dia jalan. Aku pulak tak leh nak reverse dah sebab belakang ada lori lalu. Nak bunyikan hon pun dah tak sempat sebab panik dan kejadian tu berlaku dengan pantasnya.

Nasib baik mamat tu turun dan minta maaf. Menggigil rasa tangan aku ni, dah lama aku tak rasa marah secara tiba-tiba macam tu. Aku rasa nak bambu je tapi hei aku memang tak pandai marahlah. Kesian pulak tengok muka dia yang dah naik biru kehijau-hijauan tu. Lastly aku let go je, sebab dia datang jumpa aku dan cakap dengan baik. Tak pa lah, anggap je takdir kan.

Sebut pasal pemandu, kadang-kadang aku perasan gak sikap sesetengah orang yang suka membezakan gender masa memandu. Ramai yang bias dengan sikap pemandu pempuan dianggap tidak mahir. Bawak slow macam siput. Haha. Ye ke. Tapi ramai gak driver lelaki yang aku jumpa bawak slow. Tapi orang ramai tak cakap apa pun kat diorang. Memang bias kan.

Aku pun belum pakar dalam memandu ni, cuma ikut peraturan jalanraya. Aku berpegang pada kata-kata ayah, jangan langgar peraturan, takut jadi apa-apa nanti kita tak boleh dipersalahkan sebab kita dah ikut peraturan. Contohnya bagi signal masa nak tukar lorong or membelok, dan seumpamanyalah. Walaupun nampak leceh, tapi kesan dia besar. Tak kisahlah, apalah sangat setakat nak ikut peraturan kan.

Bagi aku sendiri, pempuan bawak slow sebab diorang cermat dan berhati-hati. Sikap perempuan secara semulajadi adalah cermat, everything must gonna be perfect. Mesti ikut peraturan, lepas tu kalau kat kawasan jalan kampung yang bengkang bengkok dan berbukit (macam jalan nak masuk kampung aku) kebanyakannya tak berani nak potong lori secara berkeyakinan macam lelaki.

Sikap berhati-hati pemandu pempuan ni dapat dilihat masa di tempat yang merbahaya macam nak masuk simpang atau nak memotong. Walaupun nampak menyebabkan kesesakan jalan raya, tapi dari sudut lain mereka menjadikan keadaan disitu lebih selamat. Buktinya, kebanyakan berita di surat kabar melaporkan kebanyakan kemalangan disebabkan pemandu lelaki dan bukannya pemandu wanita. Sebilangan pemandu lelaki memang memandu laju, kurang sabar dan tak mengikut peraturan. Heh bias pulak aku.

Satu lagi masalah pemandu pempuan adalah kurangnya keyakinan diri. Haha. Betul nih. Selalu pemandu pempuan ni rasa macam akan dilanggar atau melanggar kenderaan lain, cepat panik, gelabah dan risau akan perkara yang belum pasti terjadi pun. Aku pulak selalu risau masa nak side parking atau parking di jalan sempit. Pada aku, baik 'srett' tiang dari 'srett' keta orang. Takut woo. Harap-harap pengalaman akan semakin mematangkan aku dalam driving, kan cikgu Art kan?

Apa-apapun, pada aku setiap gender ada kelebihan masing-masing. Tak dinafikan lelaki lebih cekap, kerana keyakinan dan fokus yang tinggi masa memandu. Lain dengan wanita yang lebih emosi dan kerap memikirkan macam-macam perkara masa driving. Banyak sangat benda yang perlu mereka selesaikan dengan bertambahnya cabaran kehidupan hari ni.

Harap-harap segaris kenangan dari Ipoh tu stay macam tu saja. Jangan di tambah calar lagi. Sian si gajah. :P

August 18, 2010

31 Julai aku mula mengenalinya.

Posted by siti.zaimar at 8/18/2010 01:37:00 PM

Haip! Jangan buat spekulasi terburu-buru. Itu adalah tarikh di mana aku mula mengenali keretaku. Owh cantiknya dia. Bersinar bak bulan purnama. Dan Encik Tunang yang datang hantar kereta tersenyum manis. Haha. Keretaku. Akhirnya! Impian jadi kenyataan. Alangkah indahnya bila dah ada 'kaki' sendiri. Boleh ke mana-mana tanpa masalah.

Buat survey dan penyelidikan yang begitu jitu melalui forum internet dan komen-komen orang ramai, ternyata Myvi lah jugak pilihanku. Affordable for its price. Harga mampu lah untuk pensyarah cabuk macam aku ni. Auto yang sesuai untuk lady driver yang malas nak fikir technical part. Tapi nasib baik jugak berpengalaman memandu kereta manual Encik Tunang secara konsisten selama 2 bulan. Jadi kalau ada emergency aku boleh diharapkan. Haha.

Napa ayat aku ni macam tunggang terbalik. Mesti jalan-jalan dalam otak bersimpang siur ni.

Yang pastinya aku sonok sangat ada 'gajah' sendiri. Terima kasih Encik Tunang yang bersusah payah 'berbincang secara hardcore' nya dengan Dealer Service supaya aku cepat dapat keta ni. Hehe.

Pon pon pon pon
Kereta kecilku berbunyi
Marilah adik mari naik
Bolehku bawa jumpa nenek.

Weeeehoo. Kereta raya tu.

August 14, 2010

rahmat ramadhan.

Posted by siti.zaimar at 8/14/2010 09:29:00 AM
Ramadhan datang lagi.

Bila dah semakin dewasa, semakin berkobar-kobar nak sambut Ramadhan. Kemeriahan beraya dah tak berapa dipentingkan sangat. Begitulah adatnya kan seorang manusia. Sebab tu lah ramai yang kita tengok masa mudanya ligat mengalahkan menda+yang+kena+ikat+di+bulan+puasa, tapi bila dah tua sejuk hati menengoknye. Tapi aku baik je dari dulu sampai sekarang. Tak caya tanya aku. Haha.

Tahun ni menyambut puasa di Gelugor. Tahun lepas di Bukit Jambul. Eleh macam jauh sangatlah bukan. Saja je buat bunyi ironi sikit. Dari bulan Jun hari tu aku dah stay dengan adik aku kat sini. Jadinya solat tarawih pun kat area sinilah. Kat sini ada surau berhampiran dengan Kuarters Marin. Dekat je sepelaung ja dari rumah adik aku. Ada masjid Gelugor jugak, tapi setakat ni belum pernah pergi sebab takut nak lalu kat kuborrr. Haha. Bukan begitu. Kecik-kecik pun sudah biasa lalu kawasan kubur bila balik mengaji. Cuma masjid tu jauh sikit, nak jalan amik masa jugak. Plus kawasan agak sunyi dan gelap. Kalau drive, malas pulak nak pakai proper suit, takkan nak drive dengan telekung bagai. Nanti tak pasal-pasal orang toleh dua kali.

Sebut pasal terawih, saban tahun aku cuba nak meningkatkan kualiti terawih aku, maksud aku dari segi kekhusyukkan nya lah.

Dalam solat sememangnya kita disarankan untuk memahami maksud setiap bacaan kita bagi mendapatkan khusyuk. InsyaAllah dalam solat fardhu kurang masalah sebab bacaan dan ayat lazim pendek yang kita baca tahu akan maknanya. Tapi dalam tarawih bila Imam mula baca ayat-ayat quran yang panjang, dok tak berapa lama fikiran melayang. Tanpa sedar rupanya dah terfikir perkara-perkara lain yang tak berkenaan, Susahnya nak khusyuk. Sungguh. Syaitan yang membisik di kanan dan kiri tak henti-henti. Cuma kekuatan hati je yang dapat menepisnya.

Mak bagi petua, dalam kes macam tu, ulang balik baca apa yang diperdengarkan oleh Imam. Aku dah cuba tapi selalunya terpelecok jugak ke lain. Memang sungguh besar fitnah seekor syaitan itu oh..

Nak buat tarawih sendirian di rumah? Memang bagus terutama untuk wanita tapi aku ni kurang bermotivasi kalau tak dipaksa. Lagipun bila ingat perkara yang sunat, tak buat pun tak apa. Nanti bila mengantuk, asyik skip ke malam esok, malam esok, malam esok. Last-last Ramadan berlalu macam tu saja. Rugi sangat kan. Tapi untuk orang yang semangatnya kuat tak jadi masalah. Baca ja mana-mana surah yang mampu. Demikianlah Allah mempermudahkan urusan ibadat untuk kita.

Sekarang ni pun masa sekejap saja. Pejam celik pejam celik tetiba dah sampai raya.

Muhasabahlah diri adakah kita masih mampu bersua Ramadhan sekali lagi?




June 23, 2010

memoir seorang doktor azlan.

Posted by siti.zaimar at 6/23/2010 07:48:00 PM
Ini adalah kisah 10 tahun yang lalu

Ketika itu aku masih remaja. Haha. Geli telingalah dengar. Masa tu aku memegang status mahasiswi UiTM yang mengikuti kursus Diploma Sains di cawangan Arau.

Satu ketika dulu aku tak berapa suka membicarakan kisah ini. Aku rasa macam seorang worst. Loser. Moron. Whatever. Gagal dalam kursus yang diambil dan mengulang pula sekelas dengan junior dalam semester yang berikutnya, serius bukanlah satu benda yang best. Plus tebal muka sepuluh inci dengan junior. "Eii.. akak tu repeat lah". Ha tahan rasa je lah kau.

Ye, aku pernah menjadi seorang repeaters.

Untuk paper Kimia.

Untuk mengubati rasa loser aku satu ketika dulu, kat sini aku nak ceritakan sebab aku gagal dalam paper tu dan dapat pencakar sampah. Apa tu. Dapat 'E' lah. Huhu. Ok sebenarnya aku mengambil aliran sastera ketika di sekolah menengah. Aku ambil Geografi, Kesusasteraan Melayu, Ekonomi Asas dan ERT sebagai subjek elektif. Takdir Allah, aku dapat A2 untuk Sains. C3 untuk Matematik. Keputusan keseluruhan Pangkat 1 dengan 11 Agregat. Agak cemerlang untuk ukuran kecemerlangan masa tu.

Jadi aku pun memohon ke IPT. Macam rakan-rakan lain. Ada 5 pilihan. 4 daripadanya aku memohon direct course ke degree level di UTM Skudai. Dan satu ke Diploma UiTM. Diploma Sains okek. Manalah aku tahu yang kat sana akan belajar sains tulen. Belajar Biology, Physics, Chemistry.

Diploma ni levelnya macam STPM aliran sains. Aku rasa berat tanggungjawab ni tapi, sebagai seorang yang suka belajar aku meyakinkan diri untuk meneroka sesuatu yang baru dengan menjadikan dunia ni sebagai sekolah aku.

Bila dapat tawaran ke UiTM aku pun pergi walaupun agak ragu-ragu dengan keupayaan aku untuk 'bawak' program Diploma in Science ni.

Realitinya, sangat susah. Setiap kali masuk kelas, aku jadi blank. Tak tahu apa yang aku belajar. Memang rakan-rakan cuba membantu tapi setakat mana yang mampu. Aku tak ada sebarang basic dalam sains tulen. Aku cuba belajar sendiri tapi susah sangat nak belajar basic dan on the same time belajar advance.

Jadi, apa kena mengena dengan Dr. Azlan?

Ok, Dr. Azlan adalah pensyarah yang mengajar aku Kimia semasa semester 1. Aku gagal paper dia. Huhu. Seramai tiga orang gagal sama macam aku. Jadi kami pun menjadi repeaters yang bermaksud kami kena masuk belajar semula dengan junior sem 1. Untuk semester seterusnya Dr. Azlan jugak yang mengajar. Tebalnya muka aku nak mengadap dia setiap kali kelas. Yang lagi teruk waktu teori plak clash dengan paper lain. Jadi, kami bertiga terpaksa gi belajar kat bilik dia in person. Memang dia akan ingat la muka budak-budak ni.

Sebenarnya, kalau diikutkan aku tak ingat dah semua kisah ni. Tapi sebab baru-baru ni aku telah menghadiri PTSS Colloquium 2010 di Politeknik Tunku Syed Sirajuddin Perlis, aku telah berjumpa semula dengan Dr. Azlan. Dia pun agak terkejut bila melihat aku. Selepas 10 tahun, dia masih seperti dulu, masih kachak dan bersih raut wajahnya. Cuma rambutnya sedikit beruban. Serta merta aku teringat siapa aku 10 tahun lalu. Pelajar yang ulang paper dia. Yang selalu duduk di belakang kelas bersama dua orang repeaters lain kerana malu pada junior.

Tapi hari ni, selepas 10 tahun, aku mampu berbangga kerana aku mampu duduk sebaris dengannya di kerusi VIP sebagai seorang pensyarah. Walaupun bukan dalam bidang yang dia ajar dulu. Tapi dalam bidang Teknologi Maklumat. Alhamdulillah.

Sesungguhnya, Allah itu Maha Adil. Kegagalan bukanlah satu titik noktah dalam hidup. Tapi satu permulaan kearah hidup yang lebih baik sekiranya kita menjadikan kegagalan itu sebagai sesuatu yang positif. Seterusnya mendalami potensi diri dan jangan putus asa untuk mencuba lagi. Menuntut ilmu memanglah penat dan melelahkan. Perjalanannya panjang. Tapi.. buahnya sangat manis. Justeru, janganlah takut pada kegagalan tapi genggamlah segala kisah yang buruk sebagai sempadan.

Bye. Macam biasa aku tak pandai nak buat kesimpulan.

June 7, 2010

pindah.

Posted by siti.zaimar at 6/07/2010 07:47:00 AM
5 Jun 2010, dengan rasminya aku telah berpindah ke kediaman baru. Bukan calang-calang, tapi ada swimming pool dan gymnasium. Haha. Tipu saja. Setelah sekian lama aku tinggal di TBJ, tak salah dalam setahun tiga bulan, aku kini menetap di habitat baru di Gelugor dengan puan adik dan suami. Kerana housemet sudah mahu goncang tangan Tok Kadi pada tarikh yang sama aku pindah. Bukan dia tapi suaminyalah. Suami dia tak tinggal di Penang bila sometimes datang aku mesti rasa tak selesa kan. Takkanlah nak terkurung dalam rumah sendiri.

Jadi aku ambil keputusan untuk memulakan cara hidup baru. Hijrah.

Lagi satu sebab adalah kerana aku rasa tak berbaloi menghabiskan RM3++ untuk bayar sewa sebulan sebab aku jarang dok rumah sewa tu. Tu belum termasuk api air. Weekend biasanya aku balik kampung. Kalau tak pun biasanya aku ada kerja kat ofis. Tak pun aku gi kursus. Tak pun ada plan dengan Encik Tunang. Malam-malam pun aku selalu dok bilik je. Rumah besar tapi just guna bilik je. No pointlah kan. Lagipun aku dah menempah 'gajah' berwarna Medallion Grey untuk kemudahan nak bergerak ke sana sini nanti. InsyaAllah tak lama lagi akan terpacullah 'gajah' aku tu. Isk tak sabarnye nak berkenderaan sendiri.

Tapi sementara tu Encik Tunang membenarkan aku guna keta dia dulu untuk kemudahan berulang alik ke tempat keja. Terima kacih banyak-banyak Encik Tunang kerana telah memberi kepercayaan dan dorongan dan mengajar aku jalan-jalan di Penang yang wooooshh mendesup-desup keretanya. Daripada aku takut nak drive sampai rasa dah rilek dan tenang sekarang. Haha. Seronotnya bila dah dapat mengkonfidenkan diri. Bak kata orang alah bisa tegal biasa. Tapi aku tetap berhati-hati. Sebab apa? Sebab ingat orang-orang tersayang. Hehe.

Bila dah boleh berdikari rasa lega sangat. Berdikari memang sikap aku. Tapi dulu rasanya macam kurang sikit sebab nak gi mana-mana kena orang hantar. Nak balik kampung pun ayah kena amik kat Kulim. Aku sedaya mungkin memang nak mengelak menyusahkan orang lain. Walaupun ayah aku tak pernah kisah pun. Tapi kalau kerna terpaksa nak buat macammana kan. Huu. Sekarang ni rasanya macam lega sebab dah kurang menyusahkan. Tapi dapat pulak menyenangkan orang lain. Yeay.

Bunyik plak perut ni. Nak gi selongkar dapo jap. Daa.
 

~mind and thoughts~ Copyright © 2011 Designed by Ipietoon Blogger Template Sponsored by web hosting