Showing posts with label best. Show all posts
Showing posts with label best. Show all posts

August 18, 2010

31 Julai aku mula mengenalinya.

Posted by siti.zaimar at 8/18/2010 01:37:00 PM

Haip! Jangan buat spekulasi terburu-buru. Itu adalah tarikh di mana aku mula mengenali keretaku. Owh cantiknya dia. Bersinar bak bulan purnama. Dan Encik Tunang yang datang hantar kereta tersenyum manis. Haha. Keretaku. Akhirnya! Impian jadi kenyataan. Alangkah indahnya bila dah ada 'kaki' sendiri. Boleh ke mana-mana tanpa masalah.

Buat survey dan penyelidikan yang begitu jitu melalui forum internet dan komen-komen orang ramai, ternyata Myvi lah jugak pilihanku. Affordable for its price. Harga mampu lah untuk pensyarah cabuk macam aku ni. Auto yang sesuai untuk lady driver yang malas nak fikir technical part. Tapi nasib baik jugak berpengalaman memandu kereta manual Encik Tunang secara konsisten selama 2 bulan. Jadi kalau ada emergency aku boleh diharapkan. Haha.

Napa ayat aku ni macam tunggang terbalik. Mesti jalan-jalan dalam otak bersimpang siur ni.

Yang pastinya aku sonok sangat ada 'gajah' sendiri. Terima kasih Encik Tunang yang bersusah payah 'berbincang secara hardcore' nya dengan Dealer Service supaya aku cepat dapat keta ni. Hehe.

Pon pon pon pon
Kereta kecilku berbunyi
Marilah adik mari naik
Bolehku bawa jumpa nenek.

Weeeehoo. Kereta raya tu.

July 3, 2010

budak doblas tahun yang sangat cool.

Posted by siti.zaimar at 7/03/2010 07:40:00 PM
Terhibur giler tengok movie ni. Rasa macam setiap detik adalah detik-detik keemasan. Haha. Begitukah. Melampau betul. Apa yang dapat aku rumuskan ialah filem ini padat dan bergaya. Kemas sekali jalinan jalan ceritanya.

Aku rasa macam pernah tengak movie yang menjadi basis kepada movie ni, Karate Kid yang pernah ditayangkan pada tahun 1984. Tak ingat sangatlah sebab tak berapa minat filem keluaran masa tu. You know dari aspek lightning, film style masa tu tak berapa 'menangkap' sangat.

Filem Karate Kid 2010 ni mengisahkan tentang seorang budak kulit hitam (Jaden Smith) yang memegang watak Dre Parker, 12, perlu berpindah ke Beijing sebab mak dia dapat kerja di sana. Alahai, anak Will Smith ni tersangatlah kiut miut dan stylo. Comel gile.


Di Beijing, Dre berkenalan dengan sorang anak dara China yang bermata sepet(of kos'lah..) dan pemain biola yang bernama Mei Ying. Masalahnya, Mei Ying jugak diminati sorang ketua geng terkenal di sekolah baru Dre. Mamat yang ganas sangat tu bernama Cheng. Teror kung-fu, bak kata orang 'Show No Mercy'. Jadinya, setiap hari Dre asyik kena buli je kat sekolah. Nasib baik si Mei Ying masih sudi nak kawan dengan dia.


Satu hari masa Dre jalan-jalan dengan mak dia, dia ternampak sebuah sekolah tempat budak-budak China berlatih kung-fu. Dengan semangatnya dia nak join bagi mengelakkan pembulian lagi, tapi terpaksa batalkan lepas tengok Cheng pun belajar kung-fu kat situ. Dan Cheng adi murid yang paling terel sekali. Bak kata orang, ayam tertambat ha.

Dalam satu kejadian nakal Dre untuk mengenakan Cheng and the geng, dia telah diselamatkan oleh Mr. Han (Jackie Chan). Dre begitu teruja dengan kung-fu Mr. Han dan nak belajar. Puas dia pujuk-pujuk lastly Mr. Han setuju nak ajar. Ye la, kalau tak setuju, tak adalah jalan cerita kan. Hehe. Mr. Han pun ajar dengan kaedah yang begitu unik sekali sampai satu hari Dre terlibat dengan sebuah tournament kung-fu tanpa sengaja.

Macam biasa kalau review filem mana leh kasi tau sampai abis kan. Haha. Apakah yang menanti Dre dalam perlawanan kung-fu yang rata-ratanya disertai orang China. Adakah dia akan pulang dengan membawa piala atau patah riuk, dan hilang gigi tinggal gusi. Dapatkan jawapannya di pawagam berhampiran anda.

Out~

June 24, 2010

de palma ampang.

Posted by siti.zaimar at 6/24/2010 06:32:00 PM
Dalam banyak-banyak hotel yang aku stay, aku rasa nak bagi pujian kat hotel yang aku stay sekarang. De Palma Hotel yang terletak di Ampang Selangor. Selain dari Ampang ada jugak cawangan di Kuala Selangor dan Shah Alam.

Apa yang menarik tentang hotel ni ialah kerana diorang menerapkan nilai islamik dalam pengurusan hotel. Memang sempoi ah. Siap dengan surau taraf 4 bintang. Besar suraunya sampai boleh menunaikan Solat Jumaat kat situ. Masa aku mula-mula check-in, masuk ke bilik tengok diorang dah siapkan selembar jadual waktu solat, hadis dan amaran untuk mereka yang meninggalkan solat. Sejuk perut aku melihatnya. Kat hotel lain jangan haraplah sebab diorang lebih demand pada pelancong barat. Semua nak style barat je. Sebut pasal style barat ni, teringat kat satu hotel yang pernah aku pergi, tak menyediakan paip dalam tandas diorang. Peh barat siyol. Padahal nama bukan main gah lagi.

Nak cerita bab makanan, hotel ni memang best. Ada letak lauk ala-ala kampung, ikan masin, kerabu, sambal belacan. Susah tu nak cari kat hotel lain. Western pun ada jugak. Haha. Tapi bab makan tak leh cakap banyak sebab ikut rate hotel kan. Yang aku kagum pasal islamic management dia tu.

Setiap hari lepas diorang kemas bilik, selembar hadis akan diletakkan diatas katil sebagai renungan dan tazkirah harian. Bagus tu, sambil-sambil sibuk dengan mesyuarat dan seminar, sempat jugak kita mengambil sedikit ilmu akhirat kan. Aku suke. Ada banyak pakej mesyuarat yang ditawarkan kat sini, Baraqah, Raudah, Marhabah, Zamrud (untuk badan korporat) dan Fairuz (badan kerajaan) yang menepati kehendak syariah.

Baru sebentar tadi pulak ada flyers yang diletakkan di bawah pintu mengajak muslimin dan muslimat untuk bersama qiamullail pukul 4 pagi nanti. InsyaAllah kalau larat bleh la join. Dah lama tak berqiyamullail kan.

Ok daa. Nak out sekarang.

March 13, 2010

my browser dress.

Posted by siti.zaimar at 3/13/2010 01:36:00 PM
Browser aku dah ada baju baru tau. Tadi baru saja upgrade Mozilla Firefox kepada Mozilla 3.6. Baru aku perasan rupanya main page dia tengah promote 1 lagi add-ons yang memang cun, membuatkan pelayaran kita ke alam maya lebih anggun, tersendiri dan berpersonaliti.

Add-ons yang diberi nama Personas ni sebenarnya dah dilancarkan pada bulan March 2009 yang lalu, dah setahun kan. Tapi penggunaan mungkin belum cukup meluas. Dan pada bulan March 2010 pulak, depa dah lancarkan version terkini iaitu Personas 2.0. Ayat mudahnya Personas ni ibarat skin pada Mozilla kita la. Tengok aku guna theme Japanese Tattoo.. cantik kan.

Japanese Tattoo


Yakuza Paintings (kot!)

Twilight Saga Eclipse

Dan jugak ada lebih 60,000 design yang sedang dan akan dilancarkan melalui komuniti Mozilla. Tukar hari-hari pun takpa. Kalau anda, kawan anda, sedara-mara anda yang berminat boleh dapatkan di kedai akuarium yang berdekatan okeh , di alamat personas.com. Tapi ingat, untuk kita-kita Mozilla's aje.




March 11, 2010

google page rank.

Posted by siti.zaimar at 3/11/2010 12:17:00 PM
Yezzaa.. google page rank sudah naik 1 anak tangga untuk http://photoshopterritory.blogspot.com.

Walaupun jarang update. Bukan saja tak mau update tapi PBU dah blocked access ke 4shared. Ntah hape-hape la. Tak pasal-pasal aktiviti P&P online aku tersekat. Tak suka tak suka.

December 11, 2009

pesta muda-mudi

Posted by siti.zaimar at 12/11/2009 12:47:00 PM
Cuaca sangat baik pada malam 07 Disember 2009 itu. Dan angin sepoi-sepoi bahasa. Perfect untuk perjalanan jauh. Jauhlah sangat. Haha. Dah lama tak menjejakkan kaki ke Pesta Pulau Pinang ini. Last sekali datang ialah semasa berumur 15 tahun. Dan masih ingat outfit yang dipakai ialah seluar baggy hitam dan t-shirt Adidas warna merah. Zaman 1996 memang glamourlah t-shirt Adidas tu. Cheh macam trendylah bukan. Setelah sekian lama pesta berlangsung, malam ini barulah berkesempatan datang ke pesta bersama dengan Art yang budiman.

Masa parking seolah-olah orang sangat ramai. Tapi syukurlah bila dah masuk ke pesta taklah sesak macam sardin dalam tin. Semua orang berwajah tenang sahaja seakan-akan di syurga dunia. Aik. Rupanya dah banyak sangat perubahan semenjak 13 tahun aku tak menjejakkan kaki ke sini. Stalls yang dulu cuma menggunakan bumbung kanopi macam pasar malam sekarang dah ada premis yang menarik. Kawasan terancang dan kemas. Pendek kata, senang la nak ronda dalam tu. Keadaan agak bersih dan indah.

Berjalan-jalanlah sahaja dulu. Menjadi peninjau tak bertauliah. Masuk ke aqua pet shop dan melihat anak kura yang banyak dalam balang.Besar duit syiling lima kupang saja. Haha. Kenapa dalam banyak-banyak benda yang ada aku teringat anak kura. Sebab ia sangat comel terutama bila dia terbalik nampak perut. Ada yang terjengok-jengok dari cengkerang tapi bila dah banyak-banyak macam geli lah pulak. Teringat adik ipar aku selamatkan kura-kura dari lebuhraya.Bawa balik ke rumah untuk dilepaskan ke habitat asal dia. Tak semena-mena adik Remy aku namakan dia sebagai 'Pantas'. Aik. Luculah nama itu. Rupanya masa adik Remy aku nak pegang dia, kura-kura tu lari dengan pantas. Heheh lawak keluarga namanya.

Jom balik ke pesta.

Haaa.. Dasat kan. Inilah benda yang kitorang tak naik.

Cuma naik yang ni je.

Yang paling best sekali ialah dapat pergi bermain pusing keliling. Main apakah itu. Dengan penuh semangat waja dan keberanian, kami telah mencuba semua extreme game kat situ termasuk Top Gun, Adrenaline Rush, Kudaku Lari Gagah Berani, Labah-Labah Ganas dan seumpamanya. HAHAHAKENATIPU. Sebenarnya cuma naik Euro Wheel sahaja. Eh agak peliklah sebab aku tak berasa gayat pun berada di tempat yang tinggi. Apakah kerana aku dah terbiasa dengan ketinggian sebab duduk dirumah yang tinggi bertingkat-tingkat atau sebab adanya Art jadi tak takut dah. Mungkin jugak sebab kedua-duanya. Jadi dapatlah melihat keseluruh kawasan pesta termasuklah kat parking bas Rapid Penang. Bas dia bersusun-susun parking macam kat kilang roti. Cantek sekali. Apa ntah bas pun kau kata cantek. Takda seni panoramic langsung.

Pas puas menjelajah kawasan yang sepatutnya, dalam kul 12 kami pun bergerak pulang meninggalkan kawasan yang semakin lengang sambil makan aiskrim. Sungguh best sekali release tension begini. Nanti tahun depan kita gi lagi ye.. :)

November 22, 2009

bowling.

Posted by siti.zaimar at 11/22/2009 06:49:00 PM
Pagi Ahad (22 November 2009) ini telah selesailah lagi satu tugas sebagai penganjur. Dan kami semua (pelajar, staf dan pensyarah) berseronok-seronok membaling benda bulat atas lantai untuk menghentam pin. Kadang-kadang longkang pun menjadi sasaran.

Oh sungguh seronok bermain bowling beramai-ramai. Walaupun sudah 8 tahun aku tak memegang bola bowling secara konsisten, tapi masih mampu mengekalkan teknik mencuci longkang. Kadang-kadang kiri, kadang-kadang kanan. Haha. Don't expect me too bad ok. Ada jugak laa aku dapat strike dan spare. Okek takpa, pas ni aku akan mantapkan lagi eceh.

Seawal 8.30 kami telah berkumpul di Politeknik untuk memulakan hari yang penuh cabaran. Tapi disebabkan jalan yang agak jammed kerana Majlis Marathon, dalam pukul 10 pagi barulah majlis dapat dimulakan. Disertai 16 pasukan (4 orang/team) yang terdiri dari campuran pelajar, pensyarah dan staf.

Pukul 12.30 barulah semua team selesai mengerjakan kewajipan. Haha. Keputusan pun diumumkan untuk juara, tempat kedua dan tempat ketiga berpasukan dan individu, lelaki dan wanita. Berpasukan lelaki dimenangi pelajar dari kelas DIP1A dan berpasukan perempuan dari DIP2A. Terror diorang neh. Nanti kalau ada tournament antara poli blehla diorang jadi wakil PBU.

Keseluruhannya sangat enjoy, student pun enjoy dan dapat release tensen selepas habis PB dan sebelum final exam. Tahun depan Unit Sukan anjurkan lagi yeah!


September 21, 2009

salam eid.

Posted by siti.zaimar at 9/21/2009 01:44:00 AM
Macam tak lengkaplah pulak kalau tak mengucapkan salam aidilfitri kepada blog sendiri. Aik? Pelik bunyinya. Maklumlah ini kan blog peribadi dan tidak dipromosikan (Lelong lelong, 2 singgit). Sekadar satu medium meluahkan apa yang nak ditulis, disamping memastikan otak kanan mendapat vitamin yang cukup. jadi kepada sesiapa yang terserempak dan terbaca dipersilakan. No problem at all.

Hari ini Hari Raya Pertama bersamaan 20092009 Masihi. Tarikh yang cun, cantek, jelita, boleh buat menantu. Woi stop jangan mula mengarut boleh. Nak cari gaduh ke. Haha. Kalaulah hari ni bukan hari raya dah pasti ramai yang cop wat tarikh kawin. Orang-orang kita ni bukan boleh, ada tarikh cantek sikit asyik nak amik kesempatan je. Macamlah tarikh yang cantek tu akan menjadi jaminan hidup yang bahagia. Aku lah sekali yang terbabit secara langsung dalam ini kumpulan. Haha.

Wokeh, sikit briefing pasal raya tahun ni.
  • Tahun ni tema warna purple. Motif?(Gambar 1).
  • Kueh raya banyak jenis. Ada 2 tupperware lebih (saya tak tau nama tepat dia). Tupperware kuihkah. Tupperware sekat-sekatkah. Heheh. Yang dikata lebih sebab ada yang tak dapat masuk dalam tupperware tapi tetap bersemadi dalam balang. Haha. tunggu giliran okek. (Gambar 2).
  • Tahun ni saya dapat menghulur duit raya tanpa rasa bersalah. Modal cukup. Alhamdulillah. (Gambar 3).
  • Saket pinggang banyak membasuh pinggan. Eceh. Tak da gambar. Em mungkin ade nanti.


































Syukurku atas hari kemenangan ini Ya Allah. Alhamdulillah.

September 17, 2009

pejabatku yang sifar di musim raya.

Posted by siti.zaimar at 9/17/2009 08:14:00 PM
Hari Khamis. Datang kerja dan tengok pejabat agak sifar. Semangat merudum sedikit. Haha. Cerita macam bab ekonomi lah bukan. Sebenarnya pejabat pensyarah di PBU ni sedang dalam proses renovation. Jadi semalam, Rabu kami dah di arah mensifarkan meja dan bahan-bahan kitar semula yang ada di bawah meja, di atas dan di ceruk-ceruk tersembunyi yang orang tak tahu tapi Allah tahu. Heheh. Tapi barang saya sikit saja, sekejap saja berkemas, masukkan dalam kotak dan simpan kemas-kemas tepi almari.

Dekat nak balik semalam, berlakulah adegan beraya bersama rakan sejawat. Memohon maaf jika ada terkasar bahasa, tersilap kata, tercurik biskut atau nestum(aikk?) dan seangkatan dengannya sepanjang 6 bulan bekerjasama riang gembira.

Heh diam tak diam dah 6 bulan saya mencari nafkah di sini. Sangat best saya tak suke mc. Dan saya BELUM ADE MC SEPANJANG KEJE KAT PBU NIH. Ya aw aw. Erkk. Silap pulak patut ucap Alhamdulillah atas pemberian kesihatan yang baik, kerja yang menyeronokkan dan memenuhi minat saya dalam bidang pendidikan dan IT. Subhanallah. Maha Suci Allah yang mengabulkan doa hambaNya. Dan sangat seronok tatkala melihat wajah para pelajar saya yang sentiasa dahagakan ilmu. Ilmu dalam bidang yang amat kucintai ini. Demi para pelajar, saya akan sentiasa berusaha bersungguh-sungguh untuk menambahkan lagi ilmu terkini dalam bidang IT untuk dikongsi bersama. Tak tido malam pun tak pe. Cuma saya harapkan para pelajar saya akan berjaya dalam hidup dan mencapai cita-cita mereka. Amin.

Pejabatku akan berubah wajah sikit selepas raya ni. Tapi semoga keceriaan dan kegembiraan akan berterusan. Terasa macam ayat poyo lah bukan. Haha. Betul ni.

September 5, 2009

yezza. broadband di bilikku di kampung.

Posted by siti.zaimar at 9/05/2009 11:18:00 PM
Fuh. Dengan berhati-hati saya mencucuk broadband itu. Saya dalam bilik di kampung. Yang agak pedalaman itu. Yang dah lama saya berangan-angan nak berinternet secara gaya bebas dalam bilik sendiri.

Lampu ijau keluar. Maknanya cuma GPRS. Agak lama dia mampan kat situ.

Pas 2 minit baru keluar setting. macam biasa la. Owh. Setting ni diset sendiri oleh saya tanpa mengikut lunas-lunas pensettingan yang sepatutnya pas laptop ni ngaku kat saya yang dia ada masalah eject. Aik? Laptop zaman millineum ni memang aneh-aneh lah bukan perangai dia. Manja tak bertempat. Haha. Jangan kutuk banyak-banyak karang merajuk dia.

Dan. Dang. Connected!!

Wuah.

TERUJA.

Dengan hanya guna EDGE (GPRS) saja dia dapat bergerak laju. Kadang-kadang lebih laju dari semasa saya di Penang yang guna UMTS (3G). Kadang-kadanglah. Maklumlah rumah saya di Penang itu adalah Pigeon Hole yang didiami ramai manusia berorientasikan hidup broadband. Line sesak. Teringat cerita orang putih Disney Channel dimana seorang budak pempuan comel terperangkap dalam data traffic. Haha. Macam luculah bukan. Bila semua URL, HTTP protocol, video dan website bergentayangan atas kepala dia. Sapa la yang cipta perkataan gentayangan tu tapi macam sesuailah jugak. Maksud I, dengan dengar ja kita dah dapat tangkap maksud dia. Kalau orang putih memanglah tak tahu. Apa la kau ni.

Ok. Ok. Kembali ke alam nyata.

Kadang-kadang Receive Rate dapat mencapai 100KB. Itu sudah bagus. Memanglah tak berapa bagus tapi oklah berbanding sebelum ni memang tak layak dapat tajaan broadband langsung.

Kenapa saya beria-ia cerita. Sebenarnya, seblom ni pernahlah jugak try broadband my sister di umah ini. Tapi takde harapan langsung. Haha. pas ni leh la aku eksen ngan dia. Wuah. Internet dengan gaya bebas. Memang heaven. Sambil mendengar lagu, berselimut pink dan memeluk spongebob.

Macam lambat jer nak tido nih. Haha.
 

~mind and thoughts~ Copyright © 2011 Designed by Ipietoon Blogger Template Sponsored by web hosting