Showing posts with label tak best. Show all posts
Showing posts with label tak best. Show all posts

July 11, 2010

when somebody being a liar.

Posted by siti.zaimar at 7/11/2010 12:03:00 AM
Pendapat aku.

Ape pun alasannya, seorang penipu menduduki tangga pertama dalam ranking human habit yang yang paling worse. Walaupun orang menipu atas pelbagai tujuan, untuk kepentingan diri sendiri, untuk menyelamatkan keadaan, untuk menjaga perasaan rakan, keluarga atau orang tersayang, this is such a bad habit. Kenapa harus menipu kalau bila perkara tu terbongkar, ia akan menjadi hakikat yang menyedihkan kepada orang yang ditipu. Pada aku sendiri, sekali aku ditipu, and this thing are revealed, that's it. Hal yang kecil-kecil masih boleh dimaafkan lagi. Tapi hal yang besar, yang melibatkan maruah atau keluarga mungkin sukar. Okay aku masih boleh maafkan, tapi hakikatnya telah wujud dinding yang berkonkrit antara aku dan si penipu. Aku TAK dapat lagi nak melayan mereka sama seperti 'tak ada apa-apa, semuanya baik-baik saja'.

Kalau ye pun this thing can be cure, tetap tak sama okek.

Aku tahu bukan aku seorang saja yang meletakkan si penipu di tempat pertama, jutaan manusia lagi pon sama. Sapa yang sanggup diperbodohkan oleh manusia lain demi kepentingan orang itu sendiri. Kalau ye pun kau kena tipu, pas tu kau masih boleh senyum dan bertepuk tampar dengan si penipu, mungkin kau kena check balik, normalkah otak kau.

P/S: Entry ini tak ada kena mengena antara yang masih hidup atau yang telah kembali ke rahmatullah. Sekadar satu persepsi umum terhadap tabiat manusia secara keseluruhannya. Haha, ayat tak boleh blah. Ni semua sebab baca research la ni.

June 3, 2010

konvoi demam.

Posted by siti.zaimar at 6/03/2010 11:03:00 PM
Hari ni suasana di pejabat sunyi sangat. Ramai yang bercuti. Biasalah waktu cuti semester ni, senang sikit nak minta cuti. Tak perlu pening nak fikir ganti kelas atau serahan tugas kat pensyarah kedua. Sunyi sangat sampai aku pun jadi malas nak buat apa-apa. Huu. Betul ketiadaan orang menyebabkan mood kita pun menurun. Aku pun tak tau. Tapi teori tu nampak agak benar jugak.

Seorang dari rakan pensyarah demam yang agak teruk sehingga terpaksa dimasukkan ke wad di Pantai Medical Centre. Aku lum berlesempatan pergi melawat, tak ada orang yang nak di ajak. Tengahari tadi, seorang yang tengah cuti tapi mai ke ofis untuk ambil barang pun bagitahu dia demam. Dia dah cuba nak pergi melawat kawan tadi, tapi tak dibenarkan masuk. Antibodi rendah la kan, maklumlah tengah demam.

Pas tu petang tadi, seorang rakan lain yang baru balik dari urusan rasmi di PUO pun mengadu demam jugak. Semakin ramai nampaknya. Masalahnya malam ni, aku pun dah rasa lain macam. Badan seram sejuk dan tak larat sampai kena berselimut. Tadi cuba tidur sat. Ni baru bangun. Aku nak kena demam jugak ke. Uwaa. Aku jarang demam biasa ni, selalu demam selsema aku faham la tanda dia. Sakit tekak yang agak menyeksakan disertai batuk dan bersin sampai sakit hidung.

Em, harap-harap jangan la demam.

December 19, 2009

endorfin.

Posted by siti.zaimar at 12/19/2009 01:32:00 AM
Sah. Aku memang dalam keadaan pressure. Dah lama tak alami keadaan macam ni. Susah nak tidur, suka makan, tiap-tiap kali bangun tidur dalam keadaan resah tak menentu. Pemikiran seperti tersangkut selagi tugas yang diamanahkan ini belum aku selesaikan.

Setiap pagi, dalam hati hanya mampu berdoa "Ya Allah permudahkanlah urusanku...."

Serius. Aku sangat tak suka dragging tugas aku lama-lama. Tersekat tugas aku yang lain seperti air yang ditahan batu diempangan. Seperti ada beban besar di atas bahu. Herrgghh. Benda-benda macam ni lah yang nak mencepatkan naik wrinkles kat muka aku nih. Ngee. I hate pressure. Dan aku sangat tak suka menjadi orang yang murung, tak ceria, mengasingkan diri. I want to be like me before.

Masalahnya, bukan semua orang di sekeliling kita bersikap seperti apa yang kita mahukan. Ada ramai dikalangan mereka, merasakan kuasa cukup besar untuk memperlakukan orang lain sesuka hati mereka. Kerana mereka ada kelebihan dari segi material atau pengalaman. Tak tahu apa yang mereka fikirkan. Seronokkah dapat menganiayai orang lain seperti itu. Gembirakah hati bila tengok orang dalam kesusahan sedangkan mereka dapat membantu. Ceriakah bila dapat memberi kesukaran kepada orang lain.

Hakikatnya, naluri manusia akan tenang, gembira dan bahagia bila dapat berbuat baik kepada orang lain. Kita memberi yang terbaik, dengan harapan orang lain turut memberi yang sama. Tapi kita manusia, rambut ja sama hitam. Hati lain-lain.

Sesungguhnya aku telah berusaha melakukan yang terbaik. Semoga kebenaran akan kelihatan juga. Bukan prinsip aku untuk mensia-siakan tanggungjawab. Aku komited. Tapi siapalah aku untuk mengubah sikap orang lain.

Semoga tahun yang baru mendatang ni akan membawa kebaikan pada semua.

P/S: Nasib baik ada cita best kat TV3 malam ni. Cita pasal coklat. Ajaib sebab aku memang terbayangkan untuk makan coklat hari ni. Update: Dah selamat makan dah. Haha. (I got my endorfin).


November 26, 2009

down.

Posted by siti.zaimar at 11/26/2009 08:29:00 AM
Memang geram kalau kita merancang nak siapkan kerja dengan cepat tetiba ada saja halangan yang melambatkan kerja tu. Halangan yang remeh-temeh pulak tu. Aku memang geram betul dengan binatang manja yang dipanggil virus ni. Yang suka menyesak dalam pendrive aku dan makan abis semua fail aku what the heels.


Geram! Geram!

Habis satu PC jadi slow macam kura-kura. Macam pagi ni, tak pasal-pasal habis masa aku tunggu nak siap format pendrive. Maklumlah pendrive ni cucuk saja di mana-mana, di pc orang, lab, laptop orang, berjangkitlah sudah. Nasib baik anak Pak Wahid ni membuat back-up seminggu sekali. So tak semua hilanglah. Alhamdulillah..

Petang semalam membuat set kedua Soalan Desktop Publishing. Aku tak tahu kena buat dua set. So bulan lepas buat satu ajelah. Ni baru nak buat yang kedua. Baru siap dua soalan dari enam, tu pun dah rasa nak muntah. Save dalam pendrive dan nasib baik terasa nak back-up dalam laptop semalam walaupun belum sampai masa rutin untuk back-up. Syukur kerana digerakkan hati olehNYA..

Emosilah pulak.

Fuh. Hidup ini penuh cabaran. Kecik atau besar. So hadapi dengan senyuman :)

October 19, 2009

oops! this link appears to be broken.

Posted by siti.zaimar at 10/19/2009 10:10:00 PM
Kau tahu tak. Aku macam bengkek ja guna c****m berokband kat cini. Huh. Kerana tinggal dalam Pigeon Hole yang ramai sangat manusia berorientasikan hidup berokband. Kemain lagi iklannye 384kbps le bagai, padahal bila bagi-bagi dengan serata penduduk kat sini serata negara, last-last tinggal 1.35kbps ja seorang. Untungnya bercambah kan, tapi fikir-fikirlah sikit kami customer di tempat yang ramai neh. Upgradeler sikit kualitinya. Damn la.

Huh. Macam pelik pulak aku nak marah-marah dalam ini belog. Kau tahu, bila nak laju kan, dia datang macam angin. Swoooshhh.. Laju ja macam nak ribut. Amik la kesempatan masa tu nak browsing. Kalau tak pun tunggu la pukul 12 ke atas nanti. Nasib baik taim aku guna kat kampung laju je, sebab aku sorang ja guna itu berokband dalam itu kampung. Haha.

Kesimpulan. Hidup mesti riang walau apa pun dugaan.

*Aku benci tengok perkataan loading... ada tak cara untuk hapus perkataan tu dari muka bumi ni.

*Macam mengidam cream puff la pulak.

September 29, 2009

mc pertama.

Posted by siti.zaimar at 9/29/2009 08:43:00 PM
Akhernya saya juga telah menjadi sebagaimana rakan sekerja yang lain. Mempunyai mc. Itulah dianya. Hari itu dengan riak, takbur, tak makan hati, tak boleh blah aku cerita yang aku ni tak pernah ada mc sepanjang kerja ini. Tapi Tuhan itu Maha Kaya (Insap sekejap sambil menaup tangan.)

Tapi tak apalah bukan. Normal lah itu manusia mana yang tak saket jangan kau nak berlagak macam kau tak pernah saket. Ok accepted. Tapi yang tak bestnya tuh time nak amik ubat kat klinik berdekatan ngan apartment saya ni (Apartment lew sangat). Hah marah ar jugak. Setakat amik ubat selsema, batuk, demam, saket tekak lozenge mahal nak muntah dia punya cas.

Patut time saya pergi tadi cuma ada 2 orang pesakit. Tu pun sebab klinik tu jadi klinik panel kompeni diorang. Apo nak buat, terpakse jugak menerima nasib dimadukan (aik??). Haha. Cuma teringat ade duda nak berkenalan pulak. Ok off topic.

Pas kira semua jumlah ialah RM60. WTH?? Selama ni amik ubat kat klinik area KL pun RM30 ja setakat sakit alahan macam tu. Tapi memandangkan masa tu, dalam wallet cuma ada RM50 ja, dengan muka tak boleh blahnya saya cakap je depan semua yang ada.

"I only have fifty. But I can go and withdrawal first."

Tapi takde rasa malu sikit pun saya ni kan. Belasah je. Tengok muka nurse farmasi tu cuak je. Pastu dia kata.

"Ok,ok. I'll talk to doc first".

Haha. Saya tau dah. Mesti ade kes sebelum ni patient yang lari pasal tak nak bayar mahal sangat. Dem la diorang neh.

Lama gak saya tercatuk tunggu kat kerusi. Pastu bangun nak blah. Dia pun panggil.

"Adik, siap dah ne."

Ha tau takot. Saya pun cakap nak gi bank dulu. Pastu dia kata lima puluh pun bolehla. Boleh pulak macam tu. Geram ar jugak. Tobat dah saya tak nak pi klinik tu lagi.

Dah la sign bod dia pun ejaan salah. Huh.

September 13, 2009

terasa macam wrong time at the wrong place.

Posted by siti.zaimar at 9/13/2009 02:35:00 AM
Bulan puase ni makcik makcik, kite kena steady je ibarat muka peguam di mahkamah. Motif? Haha. Cerita pasal peguam pulak malam-malam nak merangkak ke pagi ni agak membosankanlah bukan. Peguam adalah bosan. Erk peguam janganlah marah, anda masih boleh bergurau walaupun kerja anda penuh dengan fakta. Motive again? Haha.

Hari sabtu yang permai minggu ini tidak balik ke kampung kerana sengaja bertujuan menerbitkan rasa rindu pada orang kampung. Ada ke orang kampung rindu aku. Haha. Saja je walaupun rumah dekat dan berpeluang balik tapi masih lagi perasan orang jauh yang nak balik di malam raya. Yang sampai je mak ayah famili peluk cium sebab lama tak jumpa. Padahal balik tiap-tiap minggu pun kena peluk cium gak macam anak manja tapi sebenarnya tak. Eceh maklumlah kakak yang mandiri. Lagipun tadi pergi membawa student buka puasa kat D'Piazza Mall. Owh, itu adalah satu episod cap ayam yang mengharukan dalam hidup gua.

Cam ni ceritenye.

Hari Rabu lepas, ada sorang mamat dari satu kompeni ni datang bagitau nak jemput student buka puasa and sebelum tu ader taklimat keusahawanan untuk pelajar ICT. Nak suruh ramai-ramai datang sebab nak ramaikan majlis sebab nak nampak mampan di mata VVIP yang dijemputnye yakni Timbalan KM Pulau Pinang. Saya pun bersungguh-sungguh la mintak lecturer lain carikan student, jumpa Doc, pi tempah kenderaan dan seumpamanya. Harapkan dapat bagi input yang baik untuk pelajar.

Tadi pergilah beramai-ramai dengan pelajar, mostly anak-anak saya lah pelajar DIP1A dan seorang lagi DIP1B. Dah sampai sane, eh eh dibaginya taklimat tentang laman web ape ntah untuk online study budak-budak UPSR dan PMR. Dan ramai pulak ibu-ibu tunggal dengan anak-anak kecik berlarian riang di situ. Erk. Terasa lain macam je. Ape yang usahawannya? Last-last dia cerita cara nak join study portal tu dan buat bisnes MLM. Hhmm. Lengkaplah frasa tak ada yang percuma di dunia ini. Nasib baik dia takde paksa sape-sape join.

Tu satu hal.

Sampai time makan lagi libanglibu. Dengan orang ramai kena beratur amik makan secara buffet. Budak-budak yang ramai menyebabkan habis air bertempiaran (aik?). Kesian students saya. Diorang pun lambat makan dan tak dapat makanan yang sepatutnya. Kesianlah. Takut diorang lapar. Anyway, I was saying sorry for them. Lain kali kena lebih berhati-hatilah bukan. Nasib baik mamat yang datang jemput kitorang kat Poli tu call and say sorry sebab tak dapat bagi perhatian pada kitorang. Sejuk sket tekak aku pas minum air oren. Haha.

Sedapnya air oren. Nyam nyam.



September 10, 2009

gue bhenci.

Posted by siti.zaimar at 9/10/2009 11:24:00 PM
Tadi.

Walaupun mata gue dah terpisat-pisat mengantuk tapi gue teruskan jugak perjuangan suci untuk mentorrent game. Game yang dah lama gue dengar tentang kepopulerannya tapi tak berkesempatan explore tentangnya. Game apa? Pondok-pondokkah. Main jerang air dalam tin susu kah. Haha. Biarlah rehsie.

Ngapa in gue cakap bahasa jiran ini sih. Ya pastinya pikirin gue sudah jauh di mana-mana. Gue ngantuk banget tapi ga suka tinggalin kerje sekerat-sekerat gitu. Ya pokoknya internet sudah dalam tangan. Gunakan aja asal ga nerobos 5GB, kalau tidak linenya bisa jadi slow kayaknya siput mencari makan. Haha.

Ya sudah selamat donlod. Dengan semangat Sungai Tengas Bersatu gue memulakan proses itu. Yak yak yak. Selamat akhirnya menginstall dan dengan muka tulus suci gue mula in nekan PLAY.

Mula dengan prelude game, pastu dia asik ngulangin benda yang sama. Waduh2. Terus hang laptop hitamku yang bergaya ini. Dah setengah jam dok ulang, Button lain tak function, tak animate pun bila cursor merayau-rayau di atasnya. Haih. Penat lah.

I pun explore lah dalam Crack, replace file Crack dalam Program Files games tu, pun tak jalan juga. Crack yang memang Crackers ah.

Geram jugak. Mata pun dah macam ikan tongsanlah bukan. Haha. (Masih boleh Haha lagi).

Takpa ini tak menyerikkan aku. Sok torrent bende len pulak. Dasar wanita? IT. KEH KEH KEH.
 

~mind and thoughts~ Copyright © 2011 Designed by Ipietoon Blogger Template Sponsored by web hosting