Showing posts with label fren. Show all posts
Showing posts with label fren. Show all posts

March 1, 2010

jejak kasih.

Posted by siti.zaimar at 3/01/2010 09:20:00 PM
Gembira sekali. Dengan bantuan Facebook aku dapat menjejaki beberapa orang kawan lama, seorang kawan sekolah rendah, 8 orang sekolah menengah, 4 orang kawan UiTM dan seorang kawan UPM. Owh, terima kasih Facebook kerana menggalakkan pengguna menggunakan identiti sebenar, yang memudahkan lagi cyclus kawan-kawan lama ini.

Dasat jugak ingatan aku ni, dapat ingat nama kawan-kawan lama, walaupun ada antaranya tak rapat tapi aku dapat ingat dengan bin atau bintinya sekali. Haha.

Yang paling memberi kesan pada aku adalah penemuan kawan-kawan UiTM, mana taknya di situlah aku mula mengenal erti berjauhan dengan keluarga. Sebelum itu pun aku tinggal di asrama tapi.. setiap dua minggu aku balik kampung. Sementelah jarak pun dekat saja, tak sampai sepenanak nasik. Huhu.

Tapi bila dapat tawaran belajar di UiTM Arau dalam kursus Diploma Sains, aku banyak sekali berdikari. Masa tu belum wujud lagi telefon bimbit, satu-satunya perhubungan yang ada adalah dengan menggunakan public phone. Tapi masaelahnya, umah aku pulak tak ada telefon. Jadi kalau 2 bulan tak cuti, dua bulan lah tak dapat mendengar suara emak dan ayah. Rindu. Nasib baik aku dah belajar untuk hidup di asrama, ada kawan-kawan yang belum pernah berjauhan, setiap malam menangis nak balik kampung. Cara aku nak menghantar khabar kat umah aku? Guna surat la heh. Berkajang-kajang aku cerita kat mak, apa yang aku belajar, menu kat sana, kawan-kawan. Kadang-kadang mak balas dan bagi kata-kata nasihat untuk teruskan perjuangan. Menitik air mata ini.

Kat mana surat-surat tu sekarang ye.

Tapi takdir menentukan jodoh aku tak panjang dengan UiTM. Masuk semester tiga, aku berhenti sebab tak dapat nak catch-up lagi dengan sains tulen. Ngeri siyol, aku yang aliran sastera masuk dalam bidang sains. Tak da basic langsung. Memang susah. Masa tu dengan kawan-kawan DIS ni la aku mengadu dan they give their shoulder to cry on. Aku menjadi satu-satunya budak aliran sastera yang paling lama bertahan, kawan yang sealiran semua kecundang dari semester satu lagi.

Sebab tu aku masih ingat kat depa semua yang serumah dengan aku di Beringin 8. Kami semua baru nak mengenal dunia IPTA, datang dengan satu hasrat yang suci, berkongsi susah senang bersama. Malam-malam selalu lepak kat sidewalk depan rumah sambil tengok bulan, sambil cerita hal peribadi masing-masing. Kadang-kadang menangis bila ada kawan yang ditimpa masalah. Kadang-kadang menyanyi ikut radio kecik. Bestnya.

Aku harap, kawan-kawan yang dapat aku trace tadi, Sya, Faziha, Nik dan As, keep in touch ok.

Oh, aku rindu sekali angin malam di Arau.


February 13, 2010

my early year in editing.

Posted by siti.zaimar at 2/13/2010 07:57:00 AM
Tadi, mengemas-ngemas folder dalam laptop.

Tetiba aku terasa nak tengok balik gambar-gambar yang zaman nakal dahulu. Zaman belajar di UUM. Umur dah 20-an pun masih nakal lah bukan. Bolehlah dikira nakal kalau hari jadi kawan pun kami masih tunggu disebalik pintu bilik pada malam birthday dia untuk simbah talcum powder sambil jerit "SERANGGGGG!!!". Haha. Kesian member.

Pastu bermulalah adegan pukul memukul dan berlari sepanjang koridor. Pastu baik semula. Duduk-duduk sambil makan kek. Pastu perang aising kek pulak. Haih. Tapi tak penat nak rotate setiap kali besday member. Time besday aku.. aku tido awal. Haha. Kek tak kek.

Gambar ni diedit pada 25 Mac 2005. Masa ni aku sangat minat picture editing tapi mana lah aku tahu pakai photoshop. Guna cikai je, Microsoft Paint untuk menampal muka kengkawan aku ni. Time ni diorang tengah hard core pressure tengah study untuk exam, tengah-tengah dok sembang tu aku wat gambar ni. Tapi diorang tak perasan, bila aku tunjuk, habis-habisan aku kena belasah manja. Kui kui kui.


Sekarang semuanya dah membawa haluan masing-masing. Sesekali ada jugak berhubung, maklumlah semua dah tercampak ke negeri yang berbeza. However, memory are ours, still remains and never come end :)
 

~mind and thoughts~ Copyright © 2011 Designed by Ipietoon Blogger Template Sponsored by web hosting