
January 9, 2013
Tahun Baru vs Hobi Baru

March 19, 2011
sesi photoshoot bulan
Ye lah memang dah lama sangat aku tak upload blog ni. Sometimes need time for ourself kan. Lagipun nak reshuffle life style dan adapt dengan cara kehidupan yang baru. Ayat lain: Syukur, aku memang bahagia sekarang :).
Usia perkahwinan pun dah menjangkau 6 bulan. Alhamdulillah he was being a good husband to me. Belum ada rezeki untuk menambah ahli kelab tapi aku yakin dengan janjiNya "Berdoalah kepadaKu, nescaya akan Aku kabulkan permintaan kamu". Keyakinan yang banyak membantu aku dalam mengharungi kehidupan ni. Even ketika susah, dalam tangan zero, tapi bila tawakkal memang besar sungguh apa yang kita akan dapat. Walau bukan dalam bentuk yang kita nak, tapi dalam bentuk lain yang mana Dia lebih mengetahui itulah yang terbaik untuk kita.
Semalam kul tiga pagi kami keluar untuk sesi menembak bulan di Pantai QB. Dah lama mengidamkan buat hobi photoshoot ni, tapi masa tu lum ade rezeki untuk DSLR. Sekarang dah ade.. ape lagi. Ye lah sebab hobi ni boleh di share berbanding hobi memancing atau badminton(minat jugak tak tak terel..hahaha). Sangatlah best bila berdating dan dah ada lesen besar..dapat pahala lagi menyukakan hati suami atau isteri kita. Acheewah..
Walaupun belum terel, tapi encik Art rajin study pasal DSLR ni. Aku? aku belajar dari dia je lah. Sep time lagipun kalau ulang balik apa yang kita study lagi cepat pandai kan cik Art kan..
ngueh3.
November 5, 2010
i'm not single anymore!
Akhirnya selamat sudah semuanya. Pada satu petang yang bersejarah bertarikh 17 Oktober 2010 kami sudah selamat diijabkabulkan. Syukur alhamdulillah atas kurniaanNya ini.Perasaan? Mestilah rasa bahagia, dan paling penting rasa tenang sebab ada seseorang di sisi untuk menempuh segala dugaan hidup yang mencabar ni. Jujurnya, aku bersyukur sangat kerana dijodohkan dengan insan sepertinya. Mungkin kerana ada keserasian dan 'happy together'. Alhamdulillah.
Bila dah berumahtangga ni, kenalah banyak fikirkan tentang kepentingan pasangan kita. Bukan diri sendiri saja kan. Perkara kecil janganlah dibesar-besarkan, hiduplah apa adanya, bersyukur dengan segala pemberian, dan hidup lebih bererti bila dapat memberi tanpa meminta balasan. Apa yang diharapkan semoga Allah merahmati ikatan suci ini, dikurniakan dengan zuriat yang soleh dan solehah, dan berkekalan ke hujung usia.
Amin.
June 4, 2010
skincare.
Aku ni bukanlah orang yang suka bertukar-tukar produk kecantikan. Leceh la nak tukar. Sebelum ni aku setia dengan Olay. Tapi bila terbaca dalam satu artikel tentang pentingnya kita yakin tentang kehalalan produk sebelum menggunakannya, buat aku tertanya-tanya, halal ke Olay ni. Aku yakin ke. Aku tak pernah dengar atau tengok dari mana-mana sumber bahawa dia ada campur benda yang tak sepatutnya. Tapi.. tak da cop halal pulak. Takut menghampiri benda yang syubhah.Jadi aku bertekad nak cari produk yang diyakini halal kerana mencari yang halal itu fardhu bagi umat Islam. Dalam masa yang sama, kebelakangan ni iklan seorang pempuan yang saja buat suara serak basah tu dah menarik perhatian aku untuk mencuba Safi Rania Gold. Lagipun aku tertarik dengan packaging dia yang mewah, macam mahal lah bukan, padahal harga orang pertengahan je. Pada mulanya aku agak ragu-ragu dengan produk yang diformulasikan dengan Nano Emas 24K ni. Boleh ke ada unsur emas dalam produk walaupun dalam kuantiti yang sebesar hama. So aku google pasal benda ni dan jumpa la solution yang diberikan oleh Ustazah Siti Nurbahyah pasal kemusykilan ni.
Antara kata-kata beliau:
Selain itu, Ustazah turut menegaskan bahawa:Mengapa saya katakan ianya dibenarkan? Pertama, pemakaian susuk, ia ada menggunakan jampi serapah atau mentera, ada orang perantara (bomoh susuk) untuk memasukkan susuk ke mana-mana bahagian yang dikehendaki dan sebelum si pemakai menghembuskan nafas terakhir, dia perlu mengeluarkan susuk tersebut terlebih dahulu.
Berbeza dengan rangkaian produk kecantikan Safi Rania Gold di mana ia tidak menggunakan bahan jampi serapah.
Malah produk ini apabila dipakai di wajah ia akan meresap ke dalam wajah dan lama kelamaan ia akan hilang dengan sendirinya. Berbeza dengan mereka yang memakai susuk di mana apabila melalui sinar x, bahan susuk (emas atau berlian) tersebut masih kelihatan di bawah lapisan kulit.*
Ok, aku puas hati. Dan selang beberapa hari aku pun mendapatkan produk ni. Agak best jugak menggunakannya, terutama Facial Cream Cleanser yang begitu lembut pada kulit. Yang penting sekali aku nak mendapatkan Eye Contour Cream untuk masalah mata yang sembab. Tapi aku tak lah beli satu set, try dulu. Lagipun aku ni kurang berdisiplin bab-bab macam ni. Setakat seminggu aku pakai ni agak puas hati jugak la.Mengikut apa yang difahamkan kepada saya oleh Pengurus Produk Safi, Mahsuri Sulaiman: “Laporan ujian menunjukkan bahawa nano-gold (Au) hanya dikesan pada lapisan epidermis dan dermis.
Ini menunjukkan bahawa nano-gold tidak berupaya untuk menyerap sehingga ke pembuluh darah dan kerana itu ia tidak menganggu sistemik kulit.
Malah juga tidak berlaku pertambahan pada jumlah habuk emas pada lapisan dermis, sama ada bagi sapuan sekali atau berturutan. Apatah lagi, menganggu sistem kawalan kulit tersebut.
Oleh itu, dapat disimpulkan bahawa habuk-habuk nano-gold yang digunakan dalam produk kecantikan Safi Rania Gold tidak tersimpan atau tertinggal di kulit malah ia hilang atau dibawa keluar daripada kulit semasa proses semula jadi pembaharuan kulit.*
K, nak out daa~
*Sumber: Utusan Malaysia Online - Bicara Agama (17-11-2009)
November 26, 2009
dengan nafas Mu.
Saat ku ucap kata taubat
Sebelum Kau memanggilku
Kembali padaMu
Menutup waktuku
Jika ku serukan namaMu
Sebelum nyawa dalam tubuhku
Kau ambil
Kembali padaMu
Karena ku tahu
Hanyalah pada diriMu
Tempatku mengadu
Tempatku mengeluh
Dan demi nafas
Yang telah kau hembuskan
Dalam kehidupanku
Ku berjanji
Ku akan menjadi yang terbaik
Jalankan segala perintahMu
Menjauh di segala laranganMu
Adalah sebaris doa ku untukMu
Saat ku ucap kata taubat
Sebelum kau memanggilku..
Tuhan, terima kasih kerana dakapan kasih sayangMu...
November 17, 2009
designer pedalaman.
Akhernya siap jugak kerja aku malam ni. Membuat banner untuk pertandingan Bowling Terbuka anjuran Unit Sukan dan Ko-Kurikulum Politeknik pada hari Ahad ni. Dengan resource yang terhad sebab bekalan internet yang slow macam kura-kura, aku belasah je apa yang ada. Haha. Macam memasak lah pulak. Campak apa yang ada.2,3 kali tengok macam design budak-budak pun ada. Especially untuk caps PBU tu. Tapi susah gak sebab nak kena rasterize type baru leh stylize. So, aku pun dah tak larat nak ulang banyak kali. Amik je apa-apa font yang senang nampak. Tapi nampak kurang profesional sebab kerning antara font caps PBU agak jauh.
Tambah-tambah baru lepas trace pin dengan bola bowling menggunakan Adobe Illustrator yang sangat memerlukan ketelitian. Huh. Guna mouse kau. Giler ah.
Sebenarnya cuma nak lari dari konsep banner biasa yang centralize je. Oklah tu. Janji orang tengok dah tahu.
Huhuhu.
ESOKNYA:
Kena edit gak ah sket. Rasa tak sedap hati nak display banner yang 'semacam' tu. Heheh.
Hasil terbaru.

Dah dah. Malas nak tengok dah.
September 21, 2009
jiwa sastera.
Perahu buruk dari seberang
Terikat tak bertali
Rupa buruk budi pun kurang
Manakan kata lekat di hati
Roger and signed out.



