Gembira sekali. Dengan bantuan Facebook aku dapat menjejaki beberapa orang kawan lama, seorang kawan sekolah rendah, 8 orang sekolah menengah, 4 orang kawan UiTM dan seorang kawan UPM. Owh, terima kasih Facebook kerana menggalakkan pengguna menggunakan identiti sebenar, yang memudahkan lagi cyclus kawan-kawan lama ini.
Dasat jugak ingatan aku ni, dapat ingat nama kawan-kawan lama, walaupun ada antaranya tak rapat tapi aku dapat ingat dengan bin atau bintinya sekali. Haha.
Yang paling memberi kesan pada aku adalah penemuan kawan-kawan UiTM, mana taknya di situlah aku mula mengenal erti berjauhan dengan keluarga. Sebelum itu pun aku tinggal di asrama tapi.. setiap dua minggu aku balik kampung. Sementelah jarak pun dekat saja, tak sampai sepenanak nasik. Huhu.Dasat jugak ingatan aku ni, dapat ingat nama kawan-kawan lama, walaupun ada antaranya tak rapat tapi aku dapat ingat dengan bin atau bintinya sekali. Haha.
Tapi bila dapat tawaran belajar di UiTM Arau dalam kursus Diploma Sains, aku banyak sekali berdikari. Masa tu belum wujud lagi telefon bimbit, satu-satunya perhubungan yang ada adalah dengan menggunakan public phone. Tapi masaelahnya, umah aku pulak tak ada telefon. Jadi kalau 2 bulan tak cuti, dua bulan lah tak dapat mendengar suara emak dan ayah. Rindu. Nasib baik aku dah belajar untuk hidup di asrama, ada kawan-kawan yang belum pernah berjauhan, setiap malam menangis nak balik kampung. Cara aku nak menghantar khabar kat umah aku? Guna surat la heh. Berkajang-kajang aku cerita kat mak, apa yang aku belajar, menu kat sana, kawan-kawan. Kadang-kadang mak balas dan bagi kata-kata nasihat untuk teruskan perjuangan. Menitik air mata ini.
Kat mana surat-surat tu sekarang ye.
Sebab tu aku masih ingat kat depa semua yang serumah dengan aku di Beringin 8. Kami semua baru nak mengenal dunia IPTA, datang dengan satu hasrat yang suci, berkongsi susah senang bersama. Malam-malam selalu lepak kat sidewalk depan rumah sambil tengok bulan, sambil cerita hal peribadi masing-masing. Kadang-kadang menangis bila ada kawan yang ditimpa masalah. Kadang-kadang menyanyi ikut radio kecik. Bestnya.
Aku harap, kawan-kawan yang dapat aku trace tadi, Sya, Faziha, Nik dan As, keep in touch ok.
Oh, aku rindu sekali angin malam di Arau.