March 24, 2010

induksi.

Posted by siti.zaimar at 3/24/2010 04:02:00 PM
Hari kesembilan. Hari-hari aku menghitung hari nak habiskan kursus induksi ni. Bosan yang teramat sangat bila asyik disajikan dengan ceramah. Tapi dalam bosan-bosan pun aku ambil perhatian jugaklah. Maklumlah benda ni amat penting untuk perjawatan aku. Hari kesembilan adalah hari untuk study sebab hari kesepuluh akan menghadapi ujian akhir.

Okay. Nota yang sangat banyak. Ada la setengah kilo. Aku rasa boleh buat nota untuk satu sem. Bila tengok nota banyak-banyak ni teringatlah kembali zaman-zaman belajar dulu. Jujurnya aku ni bukanlah dikategorikan sebagai pelajar yang rajin. Tapi lebih banyak main-main masa belajar.
Kalau orang nampak aku belajar, tapi sebenarnya aku tengah buat kerja lain. Aku anggapkan kerja lain aku sebagai 'iklan' yang memberi semangat untuk belajar, tapi last-last iklan yang terlebih banyak. Haha. Tapi time pressure nak jawab exam aku bleh ingat pe yang lecturer ajar
walaupun tak baca. Dapat gak skor. Memang hormon adrenalin aku ni banyak berjasalah.

Orang kata study awal. Buat nota ringkas. Tapi aku tak amalkan semua tu (pelajar-pelajar sila jangan ikut yeh). Aku amalkan study last minute yang betul-betul last minute. Exam pukul sembilan pagi esok, pukul 10 malam ni baru aku buka buku. Aku pernah amalkan study awal tapi hampeh. Lupa jugak masa nak exam tu. So aku memang tak percaya konsep study awal. Pada kes akulah.

Orang kata jangan belajar untuk lulus exam saja. Tapi aku memang belajar untuk lulus exam. Memang kalau kita study awal atau lambat, untuk exam atau pengetahuan sendiri, kita akan lupa KECUALI bila kita praktikkan benda tu. Macam programminglah. Masa aku kerja, baru aku praktikkan apa yang aku belajar. Baru aku buka buku balik. Dulu? memang study untuk exam je. Hehe. Aku ni memang pendidik yang tak boleh dicontohi la kan. Pendek kata, tak boleh jadi ahli motivasi untuk budak yang nak periksa. Hancus habis nanti.

Dah tak pasal-pasal masuk bab study. Okay. Ni iklan aku untuk study hari ni. Tulis blog. Warghh. Orang tulis blog time free. Tapi aku pulak time banyak kerja.

Kursus Induksi

Tarikh : 15-25 Mac 2010
Tempat: Hotel Grand Continental, Penang
Sesi: Kumpulan 1 Bil 3/2010

Ada kawan aku bagitau hotel ni best. Oklah, tapi yang tak best bab makanan dia. 10 hari asyik menu yang sama je. Sampai dah hujung-hujung kursus ni aku rasa tak berapa nak makan dah. Bosannyelah makanan dia. Nasib baik malam ni ada barbeque. Mesti chef ni spesis M jugak ni. Dan hotel yang dekat bandar ni kurang sikit fresh air berbanding kawan-kawan aku (Rozita dan Za) di Hotel Hydro Majestic. Dekat Pantai Batu Feringghi. Senam depa tepi pantai. Di perairan yang indah. Tapi kami di tepi kolam. Di tingkat 23. Dan sempit. Haih.

Aku dapat bilik sorang je. Mula-mula tak best tapi last-last ok je. Bolehlah aku basuh dan sidai baju tanpa was-was. Hehe. Boleh tengok channel tv mana yang aku suka. Boleh tidur dalam sebarang posisi. Boleh bangun dan mandi lambat-lambat. Ok stop. Bersyukurlah pe yang kita dapat kan.

Kenapa kena hadir kursus induksi. Untuk adik-adik yang belum tau, kursus ni wajib bagi kakitangan awam yang telah sah dilantik bagi tujuan pengesahan jawatan. Dah sah jawatan, bolehlah beli rumah. Haha. Okay itu objektif jangka panjang. Kat dalam kursus ini akan diajar tentang:

  • Arahan Perkhidmatan dan Keselamatan - merangkumi sistem fail, sistem rekod, Penilaian Prestasi Tahunan, dan Arahan Keselamatan yang memastikan penjawat awam mematuhi kawalan rahsia kerajaan. Dalam kes aku, soalan-soalan exam, markah pelajar, gred semua termasuk dalam rahsia tau.
  • Pekeliling Kemajuan Pentadbiran Awam - TQM, Manual Prosedur Kerja, Fail Meja, Pengurusan Mesyuarat, Peningkatan Kualiti, Piagam Pelanggan, Kumpulan Meningkat Mutu Kerja(KMK) dan ISO 9000.
  • Dasar Kerajaan - Wawasan 2020, Pelan Induk Perindustrian, Dasar Pembangunan Negara, Dasar Pertanian, Dasar Pendidikan, Dasar Penswastaan, Dasar Persyarikatan Malaysia, Dasar Kebudayaan, Dasar Sains Teknologi dan Alam Sekitar (topik ni boring).
  • Pengurusan Kewangan - Akauntabiliti, Pekeliling Perbendaharaan, Belanjawan Negara, Belanja Mengurus, Pengurusan Harta Awam, Tatacara Pembelian, Sistem Perakaunan
  • Pengurusan Am - Pengurusan, Motivasi, Komunikasi, Kepimpinan, Kaunseling.
  • Perintah-Perintah Am - Peraturan Am Pegawai Awam (Perlantikan, Kenaikan Pangkat dan Penamatan Perkhidmatan), Cuti, Elaun, Perumahan dan Perubatan, Peraturan Am Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib).
Ok. Itu yang belajar. Yang dinilai pulak adalah terbahagi kepada 2.

  1. Penilaian Sepanjang Kursus yang kena buat satu pengucapan awam, 3 assignment individu dan 3 assignment kumpulan.
  2. Ujian Akhir Kursus yang terdiri dari Soalan Objektif dan Subjektif.

Begitulah adanya. Dan hari ini dengan bangganya kami semua telah mengsubmit semua assignment yang berkenaan, setelah beberapa malam berdiskusi sehingga mata pun dah tak larat bukak. Dan pengucapan awam aku pun telah dilaksanakan dengan jayanya pada hari Isnin yang lalu.Tajuk Implementasi IT dalam Pengajaran dan Pembelajaran. Sejuk jugak kaki tangan aku nak berucap depan pegawai-pegawai lain. Fuh.

Jadi hari ini hari kesembilan. Hari untuk berstudy. Tunggu last minute bleh? Haha. Oh tak sabar nak balik dan berjumpa orang-orang tersayang.
 

~mind and thoughts~ Copyright © 2011 Designed by Ipietoon Blogger Template Sponsored by web hosting