September 29, 2010

segaris kenangan di ipoh.

Posted by siti.zaimar at 9/29/2010 10:15:00 PM
Bunyi tajuknya macam sentimental. Tapi cerita sebenarnya menyakitkan hati. Hari ni tak pasal-pasal gajah kesayangan aku dapat beberapa garis calar akibat dilanggar pemandu yang tak pandai pandang belakang bila reverse. Undang-undang reverse: Pandang belakang! Tak kirala dalam cermin or nak menjengok or what so ever lah.

Memang jalan tu agak sempit. Dia nak jugak reverse sampai keta dia straight. Padahal ruang dah cukup besar untuk dia jalan. Aku pulak tak leh nak reverse dah sebab belakang ada lori lalu. Nak bunyikan hon pun dah tak sempat sebab panik dan kejadian tu berlaku dengan pantasnya.

Nasib baik mamat tu turun dan minta maaf. Menggigil rasa tangan aku ni, dah lama aku tak rasa marah secara tiba-tiba macam tu. Aku rasa nak bambu je tapi hei aku memang tak pandai marahlah. Kesian pulak tengok muka dia yang dah naik biru kehijau-hijauan tu. Lastly aku let go je, sebab dia datang jumpa aku dan cakap dengan baik. Tak pa lah, anggap je takdir kan.

Sebut pasal pemandu, kadang-kadang aku perasan gak sikap sesetengah orang yang suka membezakan gender masa memandu. Ramai yang bias dengan sikap pemandu pempuan dianggap tidak mahir. Bawak slow macam siput. Haha. Ye ke. Tapi ramai gak driver lelaki yang aku jumpa bawak slow. Tapi orang ramai tak cakap apa pun kat diorang. Memang bias kan.

Aku pun belum pakar dalam memandu ni, cuma ikut peraturan jalanraya. Aku berpegang pada kata-kata ayah, jangan langgar peraturan, takut jadi apa-apa nanti kita tak boleh dipersalahkan sebab kita dah ikut peraturan. Contohnya bagi signal masa nak tukar lorong or membelok, dan seumpamanyalah. Walaupun nampak leceh, tapi kesan dia besar. Tak kisahlah, apalah sangat setakat nak ikut peraturan kan.

Bagi aku sendiri, pempuan bawak slow sebab diorang cermat dan berhati-hati. Sikap perempuan secara semulajadi adalah cermat, everything must gonna be perfect. Mesti ikut peraturan, lepas tu kalau kat kawasan jalan kampung yang bengkang bengkok dan berbukit (macam jalan nak masuk kampung aku) kebanyakannya tak berani nak potong lori secara berkeyakinan macam lelaki.

Sikap berhati-hati pemandu pempuan ni dapat dilihat masa di tempat yang merbahaya macam nak masuk simpang atau nak memotong. Walaupun nampak menyebabkan kesesakan jalan raya, tapi dari sudut lain mereka menjadikan keadaan disitu lebih selamat. Buktinya, kebanyakan berita di surat kabar melaporkan kebanyakan kemalangan disebabkan pemandu lelaki dan bukannya pemandu wanita. Sebilangan pemandu lelaki memang memandu laju, kurang sabar dan tak mengikut peraturan. Heh bias pulak aku.

Satu lagi masalah pemandu pempuan adalah kurangnya keyakinan diri. Haha. Betul nih. Selalu pemandu pempuan ni rasa macam akan dilanggar atau melanggar kenderaan lain, cepat panik, gelabah dan risau akan perkara yang belum pasti terjadi pun. Aku pulak selalu risau masa nak side parking atau parking di jalan sempit. Pada aku, baik 'srett' tiang dari 'srett' keta orang. Takut woo. Harap-harap pengalaman akan semakin mematangkan aku dalam driving, kan cikgu Art kan?

Apa-apapun, pada aku setiap gender ada kelebihan masing-masing. Tak dinafikan lelaki lebih cekap, kerana keyakinan dan fokus yang tinggi masa memandu. Lain dengan wanita yang lebih emosi dan kerap memikirkan macam-macam perkara masa driving. Banyak sangat benda yang perlu mereka selesaikan dengan bertambahnya cabaran kehidupan hari ni.

Harap-harap segaris kenangan dari Ipoh tu stay macam tu saja. Jangan di tambah calar lagi. Sian si gajah. :P

September 12, 2010

wahidians.

Posted by siti.zaimar at 9/12/2010 07:25:00 AM
*Tarikh: 10 September 2010 equal to 1 Syawal 1431H.*

Syukur semua dapat beraya bersama tahun ni. Bukan senang semua nak berkumpul macam ni.

September 3, 2010

done! + cuti panjang.

Posted by siti.zaimar at 9/03/2010 01:11:00 AM
Pukul 1.11 pagi. Akhirnya siap jugak kerja berat aku minggu ni. Buat soalan Test 1 untuk semua kursus yang aku ajar sebanyak 5 kursus. B'ilmaqna 5 paper Test. This all is expected. Masa aku takda minggu lepas sebab pegi Bengkel Penyelarasan Labsheet kat KL, aku dah boleh agak minggu ni akan bizi gila-gila. Mana tak nya, untuk semua kelas aku buat test. Student merungut banyak test, nak buat macammana sayang oi, dah silibus anda ditentukan macam tu. Ada sebab musababnya. Jangan merungut. Berakit-rakit ke hulu, berenang-renang ke tepian. Hah dah lama tak dengar tu. Belajar memanglah penat. Cuba add-on fun-fun sikit. Haha.

Okey masuk bab gembira sikit. Bab cuti panjang. Tapi tak berapa gembira sangat sebenarnya. Sudah ada schedule senarai kerja yang perlu dibuat semasa cuti:

1. EXTREMELY URGENT! Revise labsheet yang meeting hari tu, buat baru termasuk soalan exercise, rubric, Specific Outcome dan General Outcome. Aku dah buat 40%. Tiap kali pi bengkel kena revise. Owh, bila banyak otak yang buat kerja memang begitu. Jadi sebagai penyelaras akan sakit kepala sedikitlah lah ye, baiklah. Due date ialah 6 September untuk dua kursus, Digital Logic dan Programming Fundamentals With C++. Aku akan revise. Baiklah. Baiklah.

2. URGENT! Ini adalah kerja lama yang masih belum sempat disentuh. GUBAL SOALAN FINAL. Thank God mereka berlembut hati menyelaraskan soalan Semester 1 untuk semua politeknik. Lega sikit. Tinggal satu subjek lagi. B'ilmaqna; kena buat 2 set soalan yang terdiri dari 100 soalan objektif dan 8 subjektif. 100?? 100?? Oh alangkah indahnya bila bangun esok pagi dan benda tu dah siap. Ilham dalam mimpi? Haha harap harap.

3. URGENT JUGAK! FRP (Fail Rancangan Mengajar) banyak yang belum dikemaskini especially kat PB pelajar. Sangat tak sempat marking. Marking satu pentaksiran dah very TIME CONSUMING. Bila dah dua, dekat setengah hari. Masuk tiga dah sakit kepala. Jadi aku bercadang nak bawak balik segala pentaksiran and marking kat kampung. Workaholik? Baik aku minum horlick. Dan dalam FRP jugak kena letak segala pentaksiran yang dah diberi pada pelajar. BERSERTA SKEMA OKEK. Kalau setakat lab aku sempat buat, tapi bila assignment.. eh aku ni student ke lecturer? Konfius sikit di situ okek. Buat skema. Masuk dalam agenda cuti tak nih.

4. EXTREMELY REALLY REALLY URGENT NEED SPECIAL ATTENTION HUHU! Pi semayang raya, mintak hampon maap kat mak ayah, abang kakak adik, tok tokwan, tunang, sedara mara, kawan-kawan dan student, makan almond london dan tat nenas, hulor duit raya seikhlasnye, tido pas zohor di hari raya. Yippu!! Hari Raya, bawak-bawak berdamai. Haha.

Ok bai.

August 18, 2010

31 Julai aku mula mengenalinya.

Posted by siti.zaimar at 8/18/2010 01:37:00 PM

Haip! Jangan buat spekulasi terburu-buru. Itu adalah tarikh di mana aku mula mengenali keretaku. Owh cantiknya dia. Bersinar bak bulan purnama. Dan Encik Tunang yang datang hantar kereta tersenyum manis. Haha. Keretaku. Akhirnya! Impian jadi kenyataan. Alangkah indahnya bila dah ada 'kaki' sendiri. Boleh ke mana-mana tanpa masalah.

Buat survey dan penyelidikan yang begitu jitu melalui forum internet dan komen-komen orang ramai, ternyata Myvi lah jugak pilihanku. Affordable for its price. Harga mampu lah untuk pensyarah cabuk macam aku ni. Auto yang sesuai untuk lady driver yang malas nak fikir technical part. Tapi nasib baik jugak berpengalaman memandu kereta manual Encik Tunang secara konsisten selama 2 bulan. Jadi kalau ada emergency aku boleh diharapkan. Haha.

Napa ayat aku ni macam tunggang terbalik. Mesti jalan-jalan dalam otak bersimpang siur ni.

Yang pastinya aku sonok sangat ada 'gajah' sendiri. Terima kasih Encik Tunang yang bersusah payah 'berbincang secara hardcore' nya dengan Dealer Service supaya aku cepat dapat keta ni. Hehe.

Pon pon pon pon
Kereta kecilku berbunyi
Marilah adik mari naik
Bolehku bawa jumpa nenek.

Weeeehoo. Kereta raya tu.

penat weh penat.

Posted by siti.zaimar at 8/18/2010 01:24:00 PM
Ades!
Kenapa aku begitu mandom di bulan puasa kali ni.
Nak berceramah di kelas pun tak larat.
Tiap-tiap hari.
4 jam kena pot-pet-pot-pet.
Agaknya nak kena cari vitamin tambahan kot.

Hari-hari hujan.
Lagilah mandom.
Huhu.

Kerana gambate kundasai lebih ni.

August 14, 2010

rahmat ramadhan.

Posted by siti.zaimar at 8/14/2010 09:29:00 AM
Ramadhan datang lagi.

Bila dah semakin dewasa, semakin berkobar-kobar nak sambut Ramadhan. Kemeriahan beraya dah tak berapa dipentingkan sangat. Begitulah adatnya kan seorang manusia. Sebab tu lah ramai yang kita tengok masa mudanya ligat mengalahkan menda+yang+kena+ikat+di+bulan+puasa, tapi bila dah tua sejuk hati menengoknye. Tapi aku baik je dari dulu sampai sekarang. Tak caya tanya aku. Haha.

Tahun ni menyambut puasa di Gelugor. Tahun lepas di Bukit Jambul. Eleh macam jauh sangatlah bukan. Saja je buat bunyi ironi sikit. Dari bulan Jun hari tu aku dah stay dengan adik aku kat sini. Jadinya solat tarawih pun kat area sinilah. Kat sini ada surau berhampiran dengan Kuarters Marin. Dekat je sepelaung ja dari rumah adik aku. Ada masjid Gelugor jugak, tapi setakat ni belum pernah pergi sebab takut nak lalu kat kuborrr. Haha. Bukan begitu. Kecik-kecik pun sudah biasa lalu kawasan kubur bila balik mengaji. Cuma masjid tu jauh sikit, nak jalan amik masa jugak. Plus kawasan agak sunyi dan gelap. Kalau drive, malas pulak nak pakai proper suit, takkan nak drive dengan telekung bagai. Nanti tak pasal-pasal orang toleh dua kali.

Sebut pasal terawih, saban tahun aku cuba nak meningkatkan kualiti terawih aku, maksud aku dari segi kekhusyukkan nya lah.

Dalam solat sememangnya kita disarankan untuk memahami maksud setiap bacaan kita bagi mendapatkan khusyuk. InsyaAllah dalam solat fardhu kurang masalah sebab bacaan dan ayat lazim pendek yang kita baca tahu akan maknanya. Tapi dalam tarawih bila Imam mula baca ayat-ayat quran yang panjang, dok tak berapa lama fikiran melayang. Tanpa sedar rupanya dah terfikir perkara-perkara lain yang tak berkenaan, Susahnya nak khusyuk. Sungguh. Syaitan yang membisik di kanan dan kiri tak henti-henti. Cuma kekuatan hati je yang dapat menepisnya.

Mak bagi petua, dalam kes macam tu, ulang balik baca apa yang diperdengarkan oleh Imam. Aku dah cuba tapi selalunya terpelecok jugak ke lain. Memang sungguh besar fitnah seekor syaitan itu oh..

Nak buat tarawih sendirian di rumah? Memang bagus terutama untuk wanita tapi aku ni kurang bermotivasi kalau tak dipaksa. Lagipun bila ingat perkara yang sunat, tak buat pun tak apa. Nanti bila mengantuk, asyik skip ke malam esok, malam esok, malam esok. Last-last Ramadan berlalu macam tu saja. Rugi sangat kan. Tapi untuk orang yang semangatnya kuat tak jadi masalah. Baca ja mana-mana surah yang mampu. Demikianlah Allah mempermudahkan urusan ibadat untuk kita.

Sekarang ni pun masa sekejap saja. Pejam celik pejam celik tetiba dah sampai raya.

Muhasabahlah diri adakah kita masih mampu bersua Ramadhan sekali lagi?




July 16, 2010

apa adanya.

Posted by siti.zaimar at 7/16/2010 01:18:00 PM
Bila celik mata je risau,
risau lewat ke tempat kerja,
risau traffic jam,
risau nak pilih baju mana (takut orang kata),
risau tak sempat hantar anak pergi sekolah,
risau sana,
risau sini,
kalau asyik risau,
bila nak rasa seronok bangun pagi.

Bila sampai tempat kerja pulak risau,
kerja bertimbun tak siap lagi,
risau takut tak sempat deadline,
risau paperwork kena reject,
risau proposal tak diterima,
risau sana,
risau sini,
kalau asyik risau,
bila masa nak enjoy dengan kerja.

bila dapat gaji risau lagi,
risau tak cukup bajet,
risau nak bayar bil elektrik,
risau nak bayar bil kad kredit,
risau sana,
risau sini,
kalau asyik risau,
bila masa nak seronok dapat gaji.

Bila tengok anak-anak pulak,
risau takut tak perform kat sekolah,
risau cikgu kata anak nakal,
risau tengok report card anak,
risau dengan masa depan anak,
kalau asyik risau,
bila masa nak seronok dengar cerita anak-anak.

Dari celik mata sampai tutup mata,
asyik risau saja,
kan bagus kalau hadapi hidup apa adanya.

Anyway, worried is good, but not too much.





P.S: Saja nak cuba menulis dalam gaya lain, tapi susah jugak yek buat seloka moden ni. Very time consuming.
P.S.S: Yes, be happy and enjoy our moments in life. Then we will feel living of life.

Out~
 

~mind and thoughts~ Copyright © 2011 Designed by Ipietoon Blogger Template Sponsored by web hosting