July 4, 2011

semester jun 2011.

Posted by siti.zaimar at 7/04/2011 10:56:00 AM
Hari ni bermulanya minggu terakhir sebelum sesi Jun 2011. Pelajar-pelajar baru mula mendaftar hari ni di Kamsis USM. Sunyi sepi opis. Diam tak diam dah dua tahun 3 bulan aku bekerja di sini. Sekejapnye. Pejam celik setahun berlalu. Memang tak sempat nak rasainye.

Untuk semester depan aku ditugaskan mengajar 7 kelas, 3 kelas Java Programming, 3 kelas Algorithm and Data Structure dan 1 kelas Digital Media. Mengah gak tu. Sebelum ni maksimum pun aku ajar 5 kelas je.

weekly updates: minggu ke-19

Posted by siti.zaimar at 7/04/2011 09:44:00 AM
Yeay!! a week before his/her half way in a long journey. Dari segi kehamilan, setakat ni tak da masalah, cuma sakit belakang yang membuatkan aku tak selesa kalau tidur dalam posisi yang sama kalau lebih 5 minit. Biasalah kan, berat di bahagian depan jadi weights tu kena ditanggung di bahagian belakang.

Cuma yang aku perasan, lately aku kerap sangat emosional dan menangis kerana hal-hal yang kecik. Tambah-tambah bila melibatkan orang-orang tersayang. Yang sebelum pregnant aku tak peduli pun kalau hal tu berlaku. tapi sebab pregnant ni, huu susah nak kata.. Aku ingatkan dulu aku tak akan terkena sindrom emosi ni. Kadang-kadang rasa bahagia jugak tanpa sebab yang jelas. Sebab membawak, ye lah kan.

Dah dah la, be a strong mommy okeh. Bukan ada masalah apa pun cuma aku yang cepat terasa. Ingat senyuman si kecik dalam masa 4 bulan lagi.. InsyaAllah.

Ya Allah.. peliharakanlah anakku selama dalam kandungan dan sembuhkanlah ia. Engkau Maha Penyembuh, tiada sembuhan melainkan penawarMu, sembuh yang tidak meninggalkan kesan buruk. Ya Allah, lahirkanlah ia dari kandunganku dengan kelahiran yang mudah dan selamat. Jadikanlah ia sihat dan sempurna, cerdik berakal dan berilmu serta beramal soleh. Ya Allah, elokkanlah akhlaknya, fasihkanlah lidahnya dan perelokkan suaranya untuk membaca hadis dan Al-Quran dengan berkat Nabi Muhammad S.A.W. Amin.

Okey, update time..

Bayi akan mula mengeluarkan bahan berwarna putih yang tebal dan berkrim untuk menyelaputi keseluruh tubuhnya. Ia dikenali sebagai verniks dan berfungsi untuk melindungi kulitnya daripada cecair amniotik yang mengelilinginya. Jadi apabila bayi kita lahir kelak bayi kita tidak akan kelihatan seperti tidak mandi selama sembilan bulan. Sesetengah ibu akan berlaku kesan stretchmarks atau tanda calar pada bahagian perut. Hampir 90% wanita akan mengalaminya.
Aku belum ada tanda-tanda stretchmarks lagi. Ada ke orang yang memang tak ada.. haha. Harap-harapnya kulitku mulus-mulus saja sampai bersalin. Ceh.

July 1, 2011

1 Julai

Posted by siti.zaimar at 7/01/2011 10:36:00 AM


[1]

Katakanlah (wahai Muhammad): “Aku berlindung kepada (Allah) Pemulihara sekalian manusia.
[2]
“Yang Menguasai sekalian manusia,
[3]
“Tuhan yang berhak disembah oleh sekalian manusia,
[4]
“Dari kejahatan pembisik penghasut yang timbul tenggelam, -
[5]
“Yang melemparkan bisikan dan hasutannya ke dalam hati manusia, -
[6]
“(Iaitu pembisik dan penghasut) dari kalangan jin dan manusia”.


Ya Allah, ku mohon berikanlah ketenangan dalam hati ini. Bebaskanlah aku dari bisikan syaitan yang dilaknat. Hanya pada taliMu aku berpaut, hanya pada lembayungMu ku berteduh. Kurniakanlah kami ketenangan, keberkatan dan kebahagiaan hidup di dunia dan akhirat.

Amin Ya Rabb..

*kenapa la jadi sangat sensitif.. pressure.. serabut jiwa sekarang............................... lemahnya aku Ya Rabb..

June 26, 2011

weekly updates: minggu ke-18

Posted by siti.zaimar at 6/26/2011 10:03:00 PM
Minggu ni dah masuk minggu ke-18 pun. Perut pun dah nampak agak nyata tumbesarannya. Yang paling buat aku tak sabar nak tunggu bulan 11 adalah kerana sakit belakang, lenguh-lenguh dan mengah. Fuh.. bila time nak tidur sabar je lah, kadang-kadang bantal bawah kepala, kadang-kadang kat belakang, kadang-kadang-kadang bawah lutut. Sekarang ni sekali-sekala boleh meniarap lagi, tapi kena letak bantal la supaya ada ruang untuk perut. Nanti dah besar lagi tak dapat dah, kena guna kreativiti la untuk hilangkan lenguh-lenguh tu. Aku nak guna minyak panas tak berapa berani, tambah-tambah area tapak kaki dan perut. Orang kata tak da masalah, tapi ntah aku ni terlebih caring kot. Tapi tak pa, demi baby sanggup hadapi apa saja masalah. Huhu. Kerana apa yang akan diperolehi nanti adalah anugerah tak ternilai :)

Perkembangan Minggu ke-18


Pada minggu ke-18, walaupun matanya masih lagi tertutup, bayi dalam kandungan kita sudah dapat mengenalpasti cahaya terang menerusi dinding rahim. Bayi kita dapat mendengar degupan jantung kita pada masa ini. Bayi dalam kandungan juga telah mula berbaring pada lelemak yang boleh memanaskan badannya.

Pengaliran estrogen dan progesterone semakin meningkat dalam badan semasa kehamilan puan masuk minggu ke-18 ini. Ia bertujuan untuk melembutkan serta membesarkan serviks untuk proses bersalin. Kesan yang sama pada selaput mukus dihidung juga berlaku yang boleh menyebabkan berdarah.
Aku selalu mengalami gusi berdarah. Mungkin tak cukup kalsium. Selalu neglect nak minum susu. Oh lupa, rabu ni gi check gigi tau. Dah berapa minggu asyik bertangguh sebab bizi.
Ok bye.

weekly updates: minggu ke-17

Posted by siti.zaimar at 6/26/2011 09:19:00 PM
Sangat sibuk minggu lepas mengalahkan Jack The Builder, Who Can Fix It? *tetiba teringat animasi Jack The Builder*. 2 minggu lepas aku ke Langkawi untuk Bengkel Penulisan Penyelidikan Politeknik Zon Utara dari 15 hingga 17 Jun 2011. Nasib baik tak mabuk laut. Pas dah balik hari Jumaat, hari Ahad 19 Jun bertolak pulak ke KL untuk Mesyuarat Penyelarasan Lembaran Kerja di Heritage Office Tower Seri Kembangan. Bosan dok atas bas. Dah lame tak naik bas so kurang serasi la. Cewah..

21 dan 22 pulak amik cuti. Bila balik 23hb poli ape lagi, start Jadual Waktu pulak. Harap-harap dipermudahkan untuk menyiapkan Jadual Waktu kali ni. Dengan pengambilan yang akan bertambah 3 kelas lagi sem depan, pelajar repeat, kelas yang cukup-cukup dan subjek yang bertambah, semuanya memberi perisa masing-masing. Adodo verthu tillai. haha, aku pun tak tahu apekebende yang ditulis ni.

Sebelum tu, updates untuk perkembangan baby minggu 17;

Minggu 17..

Minggu ke-17, rambut, kening, bulu mata bayi kita mulai tumbuh sementara garis kulit pada hujung jari juga mula terbentuk. Antara keajaiban Allah s.w.t pada saat ini ialah bayi kita telah mempunyai cap carinya yang tersendiri. Walaupun pada masa ini panjang bayi hanya kira-kira 16 cm sahaja iaitu seperti sebatang pen. Puan mungkin akan alami sembelit akibat sistem usus yang perlahan. Rahim kita pula akan semakin membesar dan menekan pundi kencing. Jadi amalkan pada minggu ini, meminum lebih banyak air masak dan memakan makanan berserat, jus buah-buahan serta sayur-sayuran hijau.
Wah cergas betul, aku pada minggu ke-16 yang lepas dah mencapai panjang 16 cm. Kira normal lah bukan? Yang paling best pada minggu ni dah mula rasa pergerakan baby yang nyata, masa dok santai-santai tengok tv dengan abah pun rasa dia nguit. Masa dengar suara abah yang macho macam bagi ceramah politik pun dia nguit. Haha. Yang mana Mak Cik dia kata "baby mengeliat". Hehe, betoi jugak, lenguh gak dia kalau asyik dok ngerekot je.

June 25, 2011

Subhanallah.. Yang Maha Menciptakan..

Posted by siti.zaimar at 6/25/2011 07:52:00 PM

mama yang eksaited.

Posted by siti.zaimar at 6/25/2011 07:27:00 PM
Dari sehari ke sehari, semakin excited rasanya. Tambahan bila posing perasan depan cermin dan melihat perut yang semakin membesar. Cumilnya mama ni. Walau perut besar tetap cumil. Haha. Lagi excited bila perut diusap-usap oleh abah yang memanggil-manggil baby. Abah tak sabar nak rasa tendangan baby. Lambat lagi la abah, baby kecik lagi, tendang pun mama rasa macam baby mengeliat je.

"Bestnya tido.."
 

~mind and thoughts~ Copyright © 2011 Designed by Ipietoon Blogger Template Sponsored by web hosting