June 13, 2011

weekly updates: minggu ke-16

Posted by siti.zaimar at 6/13/2011 04:16:00 PM
Hari Isnin.

Hari ini aku menghabiskan 1/6 dari hari aku berada di klinik. Mula-mula ke klinik Bukit Jambul, sebab aku dah mintak Klinik Sg Dua refer aku ke sana, dekat dengan tempat kerja. Bila dah pergi sana, dia cakap buku aku belum di pass oleh Klinik Sungai Dua, and dia mintak aku ke Sungai Dua. Adess, dah la jalan jem tau tak. Kat roundabout Jln Dr Awang dah macam kena hurung kelkatu.

Tak pe lah, pegi jugak lah janji misi check-up hari ni terlunas. Per ayat. Sampai dapat nombor 186, tau dah mau kebas pung*** ni nunggu nye. Bila bagi buku pink, nak kena tunggu orang yang appointment hari ni settle baru aku leh masuk line.

Lepas 2 jam, baru namaku dipanggil.

Ukur berat, naik la 600gram. Haha macam nak beli sayur kangkung. Sekati. Tapi ok lah berat macam tu sebelum 20 minggu. 500gram alias setengah kg ja seminggu.

Tekanan darah ok, maintain 110/70. Dah setel satu bab. Menuju ke Makmal untuk urine test pulak. Ambik nombor lagi. Ambik sample urine pastu seterusnya ambik darah. Alhamdulillah Hb dah naik kepada 10.9 berbanding 10.3 sebelum. Kena jaga makan lagi nih.

Dah selesai kat Makmal, pergi pulak ke Bilik Ibu dan Anak, tunggu lagi. Nurse bagi nasihat untuk jaga pemakanan, biar seimbang. Ada jugak dia tanya dah ada baby movement ke belum. Normally at 20 weeks, baru rasa. Aku ade rasa perut nguit-nguit kadang-kadang tapi tak pasti betul ke tak. Tapi ok lah kan, aku baru 16 weeks, ade sebulan lagi. Tak sabarnya :)

Then nurse check perut aku, ukur janin. Dh 16cm tingginya. Sesuai dengan umurnya, alhamdulillah. Aku jugak kena scan untuk pertama kali hari ni. Wah mama suke suke suke.

Buat pertama kali jugak aku dapat melihat anakku. Dah ada kepala, kaki dan tangan yang sempurna. Alhamdulillah. Indahnya perasaan ini. Ada jugak kelip-kelip di tengah dadanya, yang Doktor bagitau sebagai jantung. Alhamdullillah..

Oklah, update untuk janin yang berusia 16 minggu macam ni ye..
Kehamilan puan kini sudah hampir 4 bulan. Pada masa ini badan kita perlu senantiasa sihat dan bertenaga. Bayi kita telah terbentuk sepenuhnya dan perlu diberikan nutrien yang secukupnya oleh plasenta. Bayi kita mula menerima nutrien dari plasenta sejak minggu ke-14. Kini bayi dalam kandungan telah mempunyai tulang yang kuat dan dia juga sudah boleh mendengar bunyi-bunyian untuk pertama kali.

Dah terfikir nama yang sesuai untuk baby boy. Semestinya mewarisi semangat abah, hehe. Nama baby girl nak fikir next week pulak.

Tata.

June 8, 2011

weekly updates: minggu ke-15

Posted by siti.zaimar at 6/08/2011 09:05:00 AM
Minggu ni.... ape yang baby develop kat dalam tu yer..

Minggu ke-15, bayi kita sudah mampu menggenggam tangannya dan menghisap ibu jari. Kelopak matanya masih tertutup dan akan terus kekal sedemikian sehingga minggu ke-26. Walaupun begitu bayi boleh mengetahui perubahan cahaya ketika ini. Bayi kita juga sudah boleh menelan. Puan akan merasa perubahan ketara kerana garis pinggang kita akan mengembang dan jantung mula berdegup 20% lebih pantas kerana isipadu darah mengalir dalam badan telah meningkat.

Jadi banyakkan senaman ringkas atau puan juga boleh melakukan aktiviti berenang untuk meringankan simptom kehamilan dan menyediakan stamina manjadi lebih kuat ketika proses kelahiran kelak.
cumilnya dah boleh hisap ibu jari dah.. nyonyot ye.. :p

June 4, 2011

argh!! gua pening bila melibatkan benda full-auto

Posted by siti.zaimar at 6/04/2011 08:15:00 PM
Bendanya ialah mesin basuh kat rumah aku.

Dua tiga hari lepas masa dok bersantai-santai menonton tv tetiba ada benda sejuk mencuit kaki aku. Apakah itu? Tengok-tengok air washing machine dah melimpah. Eh? apakes tak de tanda-tanda paip sumbat tetiba umah aku banjir. Adoi sangat stress tertekan teredam remuk rasa hati ni bila tengok umah banjir dan air melimpah ruah bawah tikar. Terpaksalah Mak Labu dan Enche Art jadi buruh kontrak menolak air kuar dari umah. Letih tau tak. Baru balik keja nak kena wat keja-keja kontrak nih.

Pas keja-keja mencari sumber kebanjiran tersebut, paip yang ada skru yang link kat paip umah plak tercabut. Arghh. Satu hal lagi. Paip tu susah gila nak skru tau. Kena tepat angle macam kena belajar Archi ke apatah. Aku dah la jenis kalau kerja-kerja domestik dalam umah aku tergendala macam nak basuh kain ke, nak basuh pinggan ke tapi tak leh buat, stressnya satu macam. Boleh sampai tahap mimpi-mimpian. Nak basuh manual pulak kena slow-slow la, kesian Mak Labu ni kan. Nak suh Enche Art pun, kawan dah la sakit gigi. Tak kalau dah tak boleh tak pasal-pasal gigi dia pulak yang diskrunya. Nak panggil plumber, macam tak logik.

Aduhai mesinku....

June 1, 2011

rase rajin sikit sebab dah hantar laporan dwitahunan 2009/2010.

Posted by siti.zaimar at 6/01/2011 03:41:00 PM
Ni lah yang dikatakan update blog 2 kali setahun. Macam sembahyang raya pun ada gak. Hehe. Bila dah malas tu jangan nak kata apalah. Sebenarnya sekarang agak free, baru lepas hantar draf laporan dwitahunan 2009/2010 Politeknik Balik Pulau untuk disemak oleh Dr. Zahari. Sumthing yang memang memenatkan dan jenuh nak cari masa dalam kesibukan pengajaran dan pembelajaran nak menyelesaikannye pun.

Now, aku mampu tersenyum. Apa sebelum ni tak mampukah? iye, macam dah melepaskan biawak terkepung, tak perlu dibagi makan dah. Haha. tak baiklah kan, tu lah salah satu kerja sampingan aku di samping tugas hakiki. Mka haruslah dilaksanakan dengan sebaik-baiknya.

Ni muka depan dia *angkat muka sikit*...


tak habes2 menunjuk karya di sini kan. Oklah, nak tunjuk perkembangan anak pulak. Minggu ni dah 14 minggu dia kat dalam tau. Only 26 weeks to go. Jom kita tengok perkembangan baby minggu ni.

Masuk minggu ke-14 degupan jantung bayi akan semakin kuat dan kita sudah boleh mendengarnya melalui ujian imbasan. Lajunya adalah 2 kali ganda kelajuan jantung kita. Pada masa ini bayi kelihatan kurus kerana belum terdapat lapisan lemak. Kulitnya juga sangat nipis sehingga kita dapat melihat saluran darahnya. Pada tahap ini juga biasanya ibu hamil akan mengalami masalah sembelit kerana pergerakan usus cenderung diperlahankan semasa hamil. Jadi elakkan daripada memakai pakaian yang ketat atau sendat agar puan-puan berada dalam keadaan yang selesa.

Sembelit? Memang masalah am ibu mengandung. Tapi kena banyakkan minum air dan makan buah masam-masam cicah kuah rojak. Nyam. Bila nak gi scan ye. nak tunggu baby besar sikit baru nampak pergerakan dia.

Okeh time to work. Kena arrange time table pulak.

March 19, 2011

sesi photoshoot bulan

Posted by siti.zaimar at 3/19/2011 02:16:00 PM
_bertemu kembali.

Ye lah memang dah lama sangat aku tak upload blog ni. Sometimes need time for ourself kan. Lagipun nak reshuffle life style dan adapt dengan cara kehidupan yang baru. Ayat lain: Syukur, aku memang bahagia sekarang :).

Usia perkahwinan pun dah menjangkau 6 bulan. Alhamdulillah he was being a good husband to me. Belum ada rezeki untuk menambah ahli kelab tapi aku yakin dengan janjiNya "Berdoalah kepadaKu, nescaya akan Aku kabulkan permintaan kamu". Keyakinan yang banyak membantu aku dalam mengharungi kehidupan ni. Even ketika susah, dalam tangan zero, tapi bila tawakkal memang besar sungguh apa yang kita akan dapat. Walau bukan dalam bentuk yang kita nak, tapi dalam bentuk lain yang mana Dia lebih mengetahui itulah yang terbaik untuk kita.

Semalam kul tiga pagi kami keluar untuk sesi menembak bulan di Pantai QB. Dah lama mengidamkan buat hobi photoshoot ni, tapi masa tu lum ade rezeki untuk DSLR. Sekarang dah ade.. ape lagi. Ye lah sebab hobi ni boleh di share berbanding hobi memancing atau badminton(minat jugak tak tak terel..hahaha). Sangatlah best bila berdating dan dah ada lesen besar..dapat pahala lagi menyukakan hati suami atau isteri kita. Acheewah..

Walaupun belum terel, tapi encik Art rajin study pasal DSLR ni. Aku? aku belajar dari dia je lah. Sep time lagipun kalau ulang balik apa yang kita study lagi cepat pandai kan cik Art kan..
ngueh3.

November 5, 2010

i'm not single anymore!

Posted by siti.zaimar at 11/05/2010 11:34:00 AM
Akhirnya selamat sudah semuanya. Pada satu petang yang bersejarah bertarikh 17 Oktober 2010 kami sudah selamat diijabkabulkan. Syukur alhamdulillah atas kurniaanNya ini.

Kenduri dijadualkan pada 20 November 2010 di rumah aku dan 28 November 2010 di rumah suami. Sekarang memang agak sibuk menguruskan perihal kenduri, bak kata orang, lepas kenduri barulah legaaa semuanya.

Perasaan? Mestilah rasa bahagia, dan paling penting rasa tenang sebab ada seseorang di sisi untuk menempuh segala dugaan hidup yang mencabar ni. Jujurnya, aku bersyukur sangat kerana dijodohkan dengan insan sepertinya. Mungkin kerana ada keserasian dan 'happy together'. Alhamdulillah.

Bila dah berumahtangga ni, kenalah banyak fikirkan tentang kepentingan pasangan kita. Bukan diri sendiri saja kan. Perkara kecil janganlah dibesar-besarkan, hiduplah apa adanya, bersyukur dengan segala pemberian, dan hidup lebih bererti bila dapat memberi tanpa meminta balasan. Apa yang diharapkan semoga Allah merahmati ikatan suci ini, dikurniakan dengan zuriat yang soleh dan solehah, dan berkekalan ke hujung usia.

Amin.

October 14, 2010

yang indah dari Allah SWT.

Posted by siti.zaimar at 10/14/2010 10:26:00 PM
Hmm. Semakin hampir masa untuk menamatkan zaman bujang. Nak mengarang pun dah tak berapa pandai dah. Maybe pas selesai semuanya baru reda sikit perasaan gemuruh ni. Ye lah kan, aku nak menempuh alam baru, tanggungjawab baru, apa pun yang nak dilakukan kena pertimbangkan hati dan perasaan orang lain. Sebab, suami dah jadi sebahagian dari diri aku. He's half of me and I'm half of him. Kena bekerjasama untuk selesaikan apa jua masalah yang melanda. Rumahtangga bukan SAYA dan AWAK, sebaliknya KITA dan KAMI. Kena faham tanggungjawab masing-masing dan menunaikannya dengan sebaik-baiknya.

Bila faham tanggungjawab dan menunaikannya dengan baik, baru rumahtangga harmoni kan. Cewah. Tu lah yang amat diharapkan, rumahtangga yang menjadi tempat mawaddah, penyejuk hati, mendapatkan ketenangan dan kedamaian dalam hidup, mengembangkan zuriat, tempat mencurah rasa cinta dan kasih pada insan yang disayangi, tempat mengadu dan menghilangkan tekanan...betapa besarnya hikmah sebuah perkahwinan dan betapa ruginya insan yang menolak anugerah Allah ini. Maksud aku bukan kepada mereka yang tiada jodoh, tapi lebih kepada orang yang sengaja menolak sebab lebih selesa membujang.

Memetik kata Ustaz Hasrizal dalam blognya di http://saifulislam.com; yang mana beliau mendapatkan nasihat dari seniornya perihal jodoh;

“Dalam soal berumah tangga, janganlah hanya mencari yang paling sempurna. Jika kita mahu yang paling sempurna, maka nanti apabila kita membuat keputusan untuk menerima seseorang, kita menganggapnya sebagai seorang yang sempurna. Jika rumah tangga dibina atas fikiran seperti itu, kita tidak expect sebarang kekurangan. Maka selepas berumah tangga, hanya kekurangan isteri sahajalah yang sering terlihat di mata, kerana kita menjangkakan kesempurnaan. Terimalah seseorang, seadanya. Kebaikannya disyukuri, kekurangannya diredhai”,

Atau pendek kata, terimalah seseorang seadanya. Sebagaimana dia yang asal. Sesungguhnya itu pasti tidak akan membebankan mata dan hati kita yang sentiasa dihembus bisikan syaitan yang mahu menghancurkan masjid yang dibina atas tapak mawaddah dan rahmah. Sesungguhnya bersederhana dalam Islam itu adalah satu keindahan.

Lastly..marilah bersama jalani cinta kita apa adanya, saling mengerti dan sudi menerima, kita manusia biasa, marilah menjaga, kesucian cinta rahmat yang Kuasa...

 

~mind and thoughts~ Copyright © 2011 Designed by Ipietoon Blogger Template Sponsored by web hosting