August 18, 2010

31 Julai aku mula mengenalinya.

Posted by siti.zaimar at 8/18/2010 01:37:00 PM

Haip! Jangan buat spekulasi terburu-buru. Itu adalah tarikh di mana aku mula mengenali keretaku. Owh cantiknya dia. Bersinar bak bulan purnama. Dan Encik Tunang yang datang hantar kereta tersenyum manis. Haha. Keretaku. Akhirnya! Impian jadi kenyataan. Alangkah indahnya bila dah ada 'kaki' sendiri. Boleh ke mana-mana tanpa masalah.

Buat survey dan penyelidikan yang begitu jitu melalui forum internet dan komen-komen orang ramai, ternyata Myvi lah jugak pilihanku. Affordable for its price. Harga mampu lah untuk pensyarah cabuk macam aku ni. Auto yang sesuai untuk lady driver yang malas nak fikir technical part. Tapi nasib baik jugak berpengalaman memandu kereta manual Encik Tunang secara konsisten selama 2 bulan. Jadi kalau ada emergency aku boleh diharapkan. Haha.

Napa ayat aku ni macam tunggang terbalik. Mesti jalan-jalan dalam otak bersimpang siur ni.

Yang pastinya aku sonok sangat ada 'gajah' sendiri. Terima kasih Encik Tunang yang bersusah payah 'berbincang secara hardcore' nya dengan Dealer Service supaya aku cepat dapat keta ni. Hehe.

Pon pon pon pon
Kereta kecilku berbunyi
Marilah adik mari naik
Bolehku bawa jumpa nenek.

Weeeehoo. Kereta raya tu.

penat weh penat.

Posted by siti.zaimar at 8/18/2010 01:24:00 PM
Ades!
Kenapa aku begitu mandom di bulan puasa kali ni.
Nak berceramah di kelas pun tak larat.
Tiap-tiap hari.
4 jam kena pot-pet-pot-pet.
Agaknya nak kena cari vitamin tambahan kot.

Hari-hari hujan.
Lagilah mandom.
Huhu.

Kerana gambate kundasai lebih ni.

August 14, 2010

rahmat ramadhan.

Posted by siti.zaimar at 8/14/2010 09:29:00 AM
Ramadhan datang lagi.

Bila dah semakin dewasa, semakin berkobar-kobar nak sambut Ramadhan. Kemeriahan beraya dah tak berapa dipentingkan sangat. Begitulah adatnya kan seorang manusia. Sebab tu lah ramai yang kita tengok masa mudanya ligat mengalahkan menda+yang+kena+ikat+di+bulan+puasa, tapi bila dah tua sejuk hati menengoknye. Tapi aku baik je dari dulu sampai sekarang. Tak caya tanya aku. Haha.

Tahun ni menyambut puasa di Gelugor. Tahun lepas di Bukit Jambul. Eleh macam jauh sangatlah bukan. Saja je buat bunyi ironi sikit. Dari bulan Jun hari tu aku dah stay dengan adik aku kat sini. Jadinya solat tarawih pun kat area sinilah. Kat sini ada surau berhampiran dengan Kuarters Marin. Dekat je sepelaung ja dari rumah adik aku. Ada masjid Gelugor jugak, tapi setakat ni belum pernah pergi sebab takut nak lalu kat kuborrr. Haha. Bukan begitu. Kecik-kecik pun sudah biasa lalu kawasan kubur bila balik mengaji. Cuma masjid tu jauh sikit, nak jalan amik masa jugak. Plus kawasan agak sunyi dan gelap. Kalau drive, malas pulak nak pakai proper suit, takkan nak drive dengan telekung bagai. Nanti tak pasal-pasal orang toleh dua kali.

Sebut pasal terawih, saban tahun aku cuba nak meningkatkan kualiti terawih aku, maksud aku dari segi kekhusyukkan nya lah.

Dalam solat sememangnya kita disarankan untuk memahami maksud setiap bacaan kita bagi mendapatkan khusyuk. InsyaAllah dalam solat fardhu kurang masalah sebab bacaan dan ayat lazim pendek yang kita baca tahu akan maknanya. Tapi dalam tarawih bila Imam mula baca ayat-ayat quran yang panjang, dok tak berapa lama fikiran melayang. Tanpa sedar rupanya dah terfikir perkara-perkara lain yang tak berkenaan, Susahnya nak khusyuk. Sungguh. Syaitan yang membisik di kanan dan kiri tak henti-henti. Cuma kekuatan hati je yang dapat menepisnya.

Mak bagi petua, dalam kes macam tu, ulang balik baca apa yang diperdengarkan oleh Imam. Aku dah cuba tapi selalunya terpelecok jugak ke lain. Memang sungguh besar fitnah seekor syaitan itu oh..

Nak buat tarawih sendirian di rumah? Memang bagus terutama untuk wanita tapi aku ni kurang bermotivasi kalau tak dipaksa. Lagipun bila ingat perkara yang sunat, tak buat pun tak apa. Nanti bila mengantuk, asyik skip ke malam esok, malam esok, malam esok. Last-last Ramadan berlalu macam tu saja. Rugi sangat kan. Tapi untuk orang yang semangatnya kuat tak jadi masalah. Baca ja mana-mana surah yang mampu. Demikianlah Allah mempermudahkan urusan ibadat untuk kita.

Sekarang ni pun masa sekejap saja. Pejam celik pejam celik tetiba dah sampai raya.

Muhasabahlah diri adakah kita masih mampu bersua Ramadhan sekali lagi?




July 16, 2010

apa adanya.

Posted by siti.zaimar at 7/16/2010 01:18:00 PM
Bila celik mata je risau,
risau lewat ke tempat kerja,
risau traffic jam,
risau nak pilih baju mana (takut orang kata),
risau tak sempat hantar anak pergi sekolah,
risau sana,
risau sini,
kalau asyik risau,
bila nak rasa seronok bangun pagi.

Bila sampai tempat kerja pulak risau,
kerja bertimbun tak siap lagi,
risau takut tak sempat deadline,
risau paperwork kena reject,
risau proposal tak diterima,
risau sana,
risau sini,
kalau asyik risau,
bila masa nak enjoy dengan kerja.

bila dapat gaji risau lagi,
risau tak cukup bajet,
risau nak bayar bil elektrik,
risau nak bayar bil kad kredit,
risau sana,
risau sini,
kalau asyik risau,
bila masa nak seronok dapat gaji.

Bila tengok anak-anak pulak,
risau takut tak perform kat sekolah,
risau cikgu kata anak nakal,
risau tengok report card anak,
risau dengan masa depan anak,
kalau asyik risau,
bila masa nak seronok dengar cerita anak-anak.

Dari celik mata sampai tutup mata,
asyik risau saja,
kan bagus kalau hadapi hidup apa adanya.

Anyway, worried is good, but not too much.





P.S: Saja nak cuba menulis dalam gaya lain, tapi susah jugak yek buat seloka moden ni. Very time consuming.
P.S.S: Yes, be happy and enjoy our moments in life. Then we will feel living of life.

Out~

July 11, 2010

hari cuti adalah untuk bercuti.

Posted by siti.zaimar at 7/11/2010 10:29:00 AM
*Entry untuk mengurangkan rasa bersalah sebab tak buat apa yang telah dirancang.

Hari ini bercuti di kampung. Kadang-kadang, bawak balik jugak sebeban kerja ketika mahu bercuti. Tapi bila di rumah selalu teringat. CUTI IS CUTI. You are given "cuti" to take a break. To refresh your energy. Walaupun dalam otak penuh dengan ape yang dirancang untuk kelas minggu hadapan. So hari cuti berlalu macam tu saja. Kadang-kadang, rasa bersalah jugak pada diri sendiri. Yelah, kita dah target nak buat tapi tak buat. Like you are unsettled okek. Tapi, it's ok. Cuti adalah untuk bercuti. Cool.

Di Politeknik, untuk Jabatan Teknologi Maklumat dan Komunikasi, kurikulum sentiasa di review oleh pihak kementerian sebab nak memastikan selari dengan kehendak pasaran semasa. Jabatan lain aku tak pasti pulak. Setiap tiga tahun silibus baru akan digunakan. dan akan diperbaharui dari semasa ke semasa. Al-maklumlah, IT. Jadi bila silibus baru, kenalah pastikan everything get well-prepared. Kena buat nota baru, lab baru, assignment baru, project baru, presentation baru, kuiz baru. Yang paling memenatkan kena buat soalan final exam baru. Setiap kursus kena buat 2 set berserta skema jawapan. Dalam dua bahasa, Malay dan English. Kalau ajar 4 kursus macam aku nih. Peh tak tido malam dibuatnya.

Cerita pasal soalan final exam, setiap semester aku berazam nak buat pada awal semester. Supaya tak kalut di hujung semester. Tapi agak sukar sebab 'mood belum mari'. Blerrghh. Lagi sekali apa nak jadi nih. Aku mesti kuatkan semangat!! Gambate!! Buat soalan final exam awai-awai. Ingat tu. Huhu.

Owh, indahnye laut yang membiru.. (Iklan sket.)


Prinsip sekarang, time kerja settlekan semua yang patut. Time cuti, cuti sampai pengsan. Lalalala.

p/s: 11hb.. baru perasan.. rupanya dah tiga bulan bergelar tunangan orang. Syukurlah masih belum kena serangan darah manis lagi. Haha. Semuanya baik-baik saja. Asalkan ada tolak ansur dan saling memahami, kan dear?

when somebody being a liar.

Posted by siti.zaimar at 7/11/2010 12:03:00 AM
Pendapat aku.

Ape pun alasannya, seorang penipu menduduki tangga pertama dalam ranking human habit yang yang paling worse. Walaupun orang menipu atas pelbagai tujuan, untuk kepentingan diri sendiri, untuk menyelamatkan keadaan, untuk menjaga perasaan rakan, keluarga atau orang tersayang, this is such a bad habit. Kenapa harus menipu kalau bila perkara tu terbongkar, ia akan menjadi hakikat yang menyedihkan kepada orang yang ditipu. Pada aku sendiri, sekali aku ditipu, and this thing are revealed, that's it. Hal yang kecil-kecil masih boleh dimaafkan lagi. Tapi hal yang besar, yang melibatkan maruah atau keluarga mungkin sukar. Okay aku masih boleh maafkan, tapi hakikatnya telah wujud dinding yang berkonkrit antara aku dan si penipu. Aku TAK dapat lagi nak melayan mereka sama seperti 'tak ada apa-apa, semuanya baik-baik saja'.

Kalau ye pun this thing can be cure, tetap tak sama okek.

Aku tahu bukan aku seorang saja yang meletakkan si penipu di tempat pertama, jutaan manusia lagi pon sama. Sapa yang sanggup diperbodohkan oleh manusia lain demi kepentingan orang itu sendiri. Kalau ye pun kau kena tipu, pas tu kau masih boleh senyum dan bertepuk tampar dengan si penipu, mungkin kau kena check balik, normalkah otak kau.

P/S: Entry ini tak ada kena mengena antara yang masih hidup atau yang telah kembali ke rahmatullah. Sekadar satu persepsi umum terhadap tabiat manusia secara keseluruhannya. Haha, ayat tak boleh blah. Ni semua sebab baca research la ni.

July 3, 2010

budak doblas tahun yang sangat cool.

Posted by siti.zaimar at 7/03/2010 07:40:00 PM
Terhibur giler tengok movie ni. Rasa macam setiap detik adalah detik-detik keemasan. Haha. Begitukah. Melampau betul. Apa yang dapat aku rumuskan ialah filem ini padat dan bergaya. Kemas sekali jalinan jalan ceritanya.

Aku rasa macam pernah tengak movie yang menjadi basis kepada movie ni, Karate Kid yang pernah ditayangkan pada tahun 1984. Tak ingat sangatlah sebab tak berapa minat filem keluaran masa tu. You know dari aspek lightning, film style masa tu tak berapa 'menangkap' sangat.

Filem Karate Kid 2010 ni mengisahkan tentang seorang budak kulit hitam (Jaden Smith) yang memegang watak Dre Parker, 12, perlu berpindah ke Beijing sebab mak dia dapat kerja di sana. Alahai, anak Will Smith ni tersangatlah kiut miut dan stylo. Comel gile.


Di Beijing, Dre berkenalan dengan sorang anak dara China yang bermata sepet(of kos'lah..) dan pemain biola yang bernama Mei Ying. Masalahnya, Mei Ying jugak diminati sorang ketua geng terkenal di sekolah baru Dre. Mamat yang ganas sangat tu bernama Cheng. Teror kung-fu, bak kata orang 'Show No Mercy'. Jadinya, setiap hari Dre asyik kena buli je kat sekolah. Nasib baik si Mei Ying masih sudi nak kawan dengan dia.


Satu hari masa Dre jalan-jalan dengan mak dia, dia ternampak sebuah sekolah tempat budak-budak China berlatih kung-fu. Dengan semangatnya dia nak join bagi mengelakkan pembulian lagi, tapi terpaksa batalkan lepas tengok Cheng pun belajar kung-fu kat situ. Dan Cheng adi murid yang paling terel sekali. Bak kata orang, ayam tertambat ha.

Dalam satu kejadian nakal Dre untuk mengenakan Cheng and the geng, dia telah diselamatkan oleh Mr. Han (Jackie Chan). Dre begitu teruja dengan kung-fu Mr. Han dan nak belajar. Puas dia pujuk-pujuk lastly Mr. Han setuju nak ajar. Ye la, kalau tak setuju, tak adalah jalan cerita kan. Hehe. Mr. Han pun ajar dengan kaedah yang begitu unik sekali sampai satu hari Dre terlibat dengan sebuah tournament kung-fu tanpa sengaja.

Macam biasa kalau review filem mana leh kasi tau sampai abis kan. Haha. Apakah yang menanti Dre dalam perlawanan kung-fu yang rata-ratanya disertai orang China. Adakah dia akan pulang dengan membawa piala atau patah riuk, dan hilang gigi tinggal gusi. Dapatkan jawapannya di pawagam berhampiran anda.

Out~

 

~mind and thoughts~ Copyright © 2011 Designed by Ipietoon Blogger Template Sponsored by web hosting