June 24, 2010

de palma ampang.

Posted by siti.zaimar at 6/24/2010 06:32:00 PM
Dalam banyak-banyak hotel yang aku stay, aku rasa nak bagi pujian kat hotel yang aku stay sekarang. De Palma Hotel yang terletak di Ampang Selangor. Selain dari Ampang ada jugak cawangan di Kuala Selangor dan Shah Alam.

Apa yang menarik tentang hotel ni ialah kerana diorang menerapkan nilai islamik dalam pengurusan hotel. Memang sempoi ah. Siap dengan surau taraf 4 bintang. Besar suraunya sampai boleh menunaikan Solat Jumaat kat situ. Masa aku mula-mula check-in, masuk ke bilik tengok diorang dah siapkan selembar jadual waktu solat, hadis dan amaran untuk mereka yang meninggalkan solat. Sejuk perut aku melihatnya. Kat hotel lain jangan haraplah sebab diorang lebih demand pada pelancong barat. Semua nak style barat je. Sebut pasal style barat ni, teringat kat satu hotel yang pernah aku pergi, tak menyediakan paip dalam tandas diorang. Peh barat siyol. Padahal nama bukan main gah lagi.

Nak cerita bab makanan, hotel ni memang best. Ada letak lauk ala-ala kampung, ikan masin, kerabu, sambal belacan. Susah tu nak cari kat hotel lain. Western pun ada jugak. Haha. Tapi bab makan tak leh cakap banyak sebab ikut rate hotel kan. Yang aku kagum pasal islamic management dia tu.

Setiap hari lepas diorang kemas bilik, selembar hadis akan diletakkan diatas katil sebagai renungan dan tazkirah harian. Bagus tu, sambil-sambil sibuk dengan mesyuarat dan seminar, sempat jugak kita mengambil sedikit ilmu akhirat kan. Aku suke. Ada banyak pakej mesyuarat yang ditawarkan kat sini, Baraqah, Raudah, Marhabah, Zamrud (untuk badan korporat) dan Fairuz (badan kerajaan) yang menepati kehendak syariah.

Baru sebentar tadi pulak ada flyers yang diletakkan di bawah pintu mengajak muslimin dan muslimat untuk bersama qiamullail pukul 4 pagi nanti. InsyaAllah kalau larat bleh la join. Dah lama tak berqiyamullail kan.

Ok daa. Nak out sekarang.

June 23, 2010

memoir seorang doktor azlan.

Posted by siti.zaimar at 6/23/2010 07:48:00 PM
Ini adalah kisah 10 tahun yang lalu

Ketika itu aku masih remaja. Haha. Geli telingalah dengar. Masa tu aku memegang status mahasiswi UiTM yang mengikuti kursus Diploma Sains di cawangan Arau.

Satu ketika dulu aku tak berapa suka membicarakan kisah ini. Aku rasa macam seorang worst. Loser. Moron. Whatever. Gagal dalam kursus yang diambil dan mengulang pula sekelas dengan junior dalam semester yang berikutnya, serius bukanlah satu benda yang best. Plus tebal muka sepuluh inci dengan junior. "Eii.. akak tu repeat lah". Ha tahan rasa je lah kau.

Ye, aku pernah menjadi seorang repeaters.

Untuk paper Kimia.

Untuk mengubati rasa loser aku satu ketika dulu, kat sini aku nak ceritakan sebab aku gagal dalam paper tu dan dapat pencakar sampah. Apa tu. Dapat 'E' lah. Huhu. Ok sebenarnya aku mengambil aliran sastera ketika di sekolah menengah. Aku ambil Geografi, Kesusasteraan Melayu, Ekonomi Asas dan ERT sebagai subjek elektif. Takdir Allah, aku dapat A2 untuk Sains. C3 untuk Matematik. Keputusan keseluruhan Pangkat 1 dengan 11 Agregat. Agak cemerlang untuk ukuran kecemerlangan masa tu.

Jadi aku pun memohon ke IPT. Macam rakan-rakan lain. Ada 5 pilihan. 4 daripadanya aku memohon direct course ke degree level di UTM Skudai. Dan satu ke Diploma UiTM. Diploma Sains okek. Manalah aku tahu yang kat sana akan belajar sains tulen. Belajar Biology, Physics, Chemistry.

Diploma ni levelnya macam STPM aliran sains. Aku rasa berat tanggungjawab ni tapi, sebagai seorang yang suka belajar aku meyakinkan diri untuk meneroka sesuatu yang baru dengan menjadikan dunia ni sebagai sekolah aku.

Bila dapat tawaran ke UiTM aku pun pergi walaupun agak ragu-ragu dengan keupayaan aku untuk 'bawak' program Diploma in Science ni.

Realitinya, sangat susah. Setiap kali masuk kelas, aku jadi blank. Tak tahu apa yang aku belajar. Memang rakan-rakan cuba membantu tapi setakat mana yang mampu. Aku tak ada sebarang basic dalam sains tulen. Aku cuba belajar sendiri tapi susah sangat nak belajar basic dan on the same time belajar advance.

Jadi, apa kena mengena dengan Dr. Azlan?

Ok, Dr. Azlan adalah pensyarah yang mengajar aku Kimia semasa semester 1. Aku gagal paper dia. Huhu. Seramai tiga orang gagal sama macam aku. Jadi kami pun menjadi repeaters yang bermaksud kami kena masuk belajar semula dengan junior sem 1. Untuk semester seterusnya Dr. Azlan jugak yang mengajar. Tebalnya muka aku nak mengadap dia setiap kali kelas. Yang lagi teruk waktu teori plak clash dengan paper lain. Jadi, kami bertiga terpaksa gi belajar kat bilik dia in person. Memang dia akan ingat la muka budak-budak ni.

Sebenarnya, kalau diikutkan aku tak ingat dah semua kisah ni. Tapi sebab baru-baru ni aku telah menghadiri PTSS Colloquium 2010 di Politeknik Tunku Syed Sirajuddin Perlis, aku telah berjumpa semula dengan Dr. Azlan. Dia pun agak terkejut bila melihat aku. Selepas 10 tahun, dia masih seperti dulu, masih kachak dan bersih raut wajahnya. Cuma rambutnya sedikit beruban. Serta merta aku teringat siapa aku 10 tahun lalu. Pelajar yang ulang paper dia. Yang selalu duduk di belakang kelas bersama dua orang repeaters lain kerana malu pada junior.

Tapi hari ni, selepas 10 tahun, aku mampu berbangga kerana aku mampu duduk sebaris dengannya di kerusi VIP sebagai seorang pensyarah. Walaupun bukan dalam bidang yang dia ajar dulu. Tapi dalam bidang Teknologi Maklumat. Alhamdulillah.

Sesungguhnya, Allah itu Maha Adil. Kegagalan bukanlah satu titik noktah dalam hidup. Tapi satu permulaan kearah hidup yang lebih baik sekiranya kita menjadikan kegagalan itu sebagai sesuatu yang positif. Seterusnya mendalami potensi diri dan jangan putus asa untuk mencuba lagi. Menuntut ilmu memanglah penat dan melelahkan. Perjalanannya panjang. Tapi.. buahnya sangat manis. Justeru, janganlah takut pada kegagalan tapi genggamlah segala kisah yang buruk sebagai sempadan.

Bye. Macam biasa aku tak pandai nak buat kesimpulan.

June 22, 2010

kursus pentaksiran.

Posted by siti.zaimar at 6/22/2010 11:59:00 PM
Dalam bulan ini dah dua kali aku menghadiri outstation berkaitan pentaksiran. Yang pertama - bengkel di Politeknik Ungku Omar Ipoh, yang diadakan khas untuk mentaksir Diploma Teknologi Maklumat untuk semester 1 di semua Politeknik Malaysia. Kalau diberi nama bengkel, kena contribute banyaklah. Which means kita akan dipanggil beramai-ramai, duduk, bincang, buat kerja, buat keputusan dan come out dengan satu paper work yang akan digunapakai di semua politeknik.

Yang kedua, sedang aku lalui sekarang. Mulai dari 21 hingga 25 Jun 2010 aku mengikuti seminar kompetensi pentaksiran tahap 2.

Okey. Apa tu pentaksiran. Secara ringkasnya dia adalah salah satu elemen dalam bidang Pengajaran dan Pembelajaran (P&P) yang merangkumi semua perkaitan penilaian pencapaian pelajar. Bermula dari proses merancang, membina, memberi skor, menganalisis, dan menginterpretasi maklumat tentang pembelajaran seseorang pelajar. Dalam norma pembelajaran seorang pelajar sekolah di Malaysia, memang pentaksiran berkait rapat dengan peperiksaan. Tetapi dalam konteks siswa IPT, pentaksiran juga diaplikasikan untuk kuiz, tugasan, presentation, dan apa-apalah yang berkaitan dengan penilaian berterusan.

So apa yang penting adalah kaedah yang digunapakai untuk ukur pentaksiran tu. Bukan senang nak ukur pencapaian seseorang pelajar. Salah taksir, akan menyebabkan ketidakadilan dan menzalimi pelajar. Huhu nauzubillah. Bahaya amat tu. Jadi ada macam-macam kaedah la antaranya menggunakan JSP (Jadual Spesifikasi Pentaksiran), JSU (Jadual Spesifikasi Ujian) dan JSI (Jadual Spesifikasi Item). Bukan setakat tu je, pentaksir jugak perlu tau tentang kaedah nak buat peniskalaan (scaling) dan piawaian (standardization) supaya pengukuran skor yang dilakukan dapat diterima oleh semua pihak. Banyak lagi lah sebenarnya. Aku rasa yang aku tulis ni tak sampai 1% pun dari keseluruhan.

Okey macam itulah serba sedikit. Tapi aku tulis ni tak tengok nota tau. Haha. Sekadar reflective journal. Dan aku sengaja tulis macam ni supaya pening dan cepat sket leh tido.. lalala..

June 18, 2010

ungu lagi.

Posted by siti.zaimar at 6/18/2010 11:19:00 AM
Design yang aku buat untuk brochure Hari Terbuka Politeknik Balik Pulau. Made in rushing adrenalin. Dalam tempoh 5 jam je from scratch. Haha. Ungu lagi.

Opss.. ada jugak sedikit penambahan gambar aktiviti pelajar oleh colleagues pasal aku takde semalam. Pengarah komplen it was too plain.

Software: Adobe Illustrator CS3.
Saiz: A3 (29.72 x 41.91cm) by three division.

Front

Back

Besar tu A3 walaupun dah di'kepak' tiga.

June 7, 2010

pindah.

Posted by siti.zaimar at 6/07/2010 07:47:00 AM
5 Jun 2010, dengan rasminya aku telah berpindah ke kediaman baru. Bukan calang-calang, tapi ada swimming pool dan gymnasium. Haha. Tipu saja. Setelah sekian lama aku tinggal di TBJ, tak salah dalam setahun tiga bulan, aku kini menetap di habitat baru di Gelugor dengan puan adik dan suami. Kerana housemet sudah mahu goncang tangan Tok Kadi pada tarikh yang sama aku pindah. Bukan dia tapi suaminyalah. Suami dia tak tinggal di Penang bila sometimes datang aku mesti rasa tak selesa kan. Takkanlah nak terkurung dalam rumah sendiri.

Jadi aku ambil keputusan untuk memulakan cara hidup baru. Hijrah.

Lagi satu sebab adalah kerana aku rasa tak berbaloi menghabiskan RM3++ untuk bayar sewa sebulan sebab aku jarang dok rumah sewa tu. Tu belum termasuk api air. Weekend biasanya aku balik kampung. Kalau tak pun biasanya aku ada kerja kat ofis. Tak pun aku gi kursus. Tak pun ada plan dengan Encik Tunang. Malam-malam pun aku selalu dok bilik je. Rumah besar tapi just guna bilik je. No pointlah kan. Lagipun aku dah menempah 'gajah' berwarna Medallion Grey untuk kemudahan nak bergerak ke sana sini nanti. InsyaAllah tak lama lagi akan terpacullah 'gajah' aku tu. Isk tak sabarnye nak berkenderaan sendiri.

Tapi sementara tu Encik Tunang membenarkan aku guna keta dia dulu untuk kemudahan berulang alik ke tempat keja. Terima kacih banyak-banyak Encik Tunang kerana telah memberi kepercayaan dan dorongan dan mengajar aku jalan-jalan di Penang yang wooooshh mendesup-desup keretanya. Daripada aku takut nak drive sampai rasa dah rilek dan tenang sekarang. Haha. Seronotnya bila dah dapat mengkonfidenkan diri. Bak kata orang alah bisa tegal biasa. Tapi aku tetap berhati-hati. Sebab apa? Sebab ingat orang-orang tersayang. Hehe.

Bila dah boleh berdikari rasa lega sangat. Berdikari memang sikap aku. Tapi dulu rasanya macam kurang sikit sebab nak gi mana-mana kena orang hantar. Nak balik kampung pun ayah kena amik kat Kulim. Aku sedaya mungkin memang nak mengelak menyusahkan orang lain. Walaupun ayah aku tak pernah kisah pun. Tapi kalau kerna terpaksa nak buat macammana kan. Huu. Sekarang ni rasanya macam lega sebab dah kurang menyusahkan. Tapi dapat pulak menyenangkan orang lain. Yeay.

Bunyik plak perut ni. Nak gi selongkar dapo jap. Daa.

June 4, 2010

skincare.

Posted by siti.zaimar at 6/04/2010 10:02:00 PM
Aku ni bukanlah orang yang suka bertukar-tukar produk kecantikan. Leceh la nak tukar. Sebelum ni aku setia dengan Olay. Tapi bila terbaca dalam satu artikel tentang pentingnya kita yakin tentang kehalalan produk sebelum menggunakannya, buat aku tertanya-tanya, halal ke Olay ni. Aku yakin ke. Aku tak pernah dengar atau tengok dari mana-mana sumber bahawa dia ada campur benda yang tak sepatutnya. Tapi.. tak da cop halal pulak. Takut menghampiri benda yang syubhah.

Jadi aku bertekad nak cari produk yang diyakini halal kerana mencari yang halal itu fardhu bagi umat Islam. Dalam masa yang sama, kebelakangan ni iklan seorang pempuan yang saja buat suara serak basah tu dah menarik perhatian aku untuk mencuba Safi Rania Gold. Lagipun aku tertarik dengan packaging dia yang mewah, macam mahal lah bukan, padahal harga orang pertengahan je. Pada mulanya aku agak ragu-ragu dengan produk yang diformulasikan dengan Nano Emas 24K ni. Boleh ke ada unsur emas dalam produk walaupun dalam kuantiti yang sebesar hama. So aku google pasal benda ni dan jumpa la solution yang diberikan oleh Ustazah Siti Nurbahyah pasal kemusykilan ni.

Antara kata-kata beliau:

Mengapa saya katakan ianya dibenarkan? Pertama, pemakaian susuk, ia ada menggunakan jampi serapah atau mentera, ada orang perantara (bomoh susuk) untuk memasukkan susuk ke mana-mana bahagian yang dikehendaki dan sebelum si pemakai menghembuskan nafas terakhir, dia perlu mengeluarkan susuk tersebut terlebih dahulu.

Berbeza dengan rangkaian produk kecantikan Safi Rania Gold di mana ia tidak menggunakan bahan jampi serapah.

Malah produk ini apabila dipakai di wajah ia akan meresap ke dalam wajah dan lama kelamaan ia akan hilang dengan sendirinya. Berbeza dengan mereka yang memakai susuk di mana apabila melalui sinar x, bahan susuk (emas atau berlian) tersebut masih kelihatan di bawah lapisan kulit.*

Selain itu, Ustazah turut menegaskan bahawa:

Mengikut apa yang difahamkan kepada saya oleh Pengurus Produk Safi, Mahsuri Sulaiman: “Laporan ujian menunjukkan bahawa nano-gold (Au) hanya dikesan pada lapisan epidermis dan dermis.

Ini menunjukkan bahawa nano-gold tidak berupaya untuk menyerap sehingga ke pembuluh darah dan kerana itu ia tidak menganggu sistemik kulit.

Malah juga tidak berlaku pertambahan pada jumlah habuk emas pada lapisan dermis, sama ada bagi sapuan sekali atau berturutan. Apatah lagi, menganggu sistem kawalan kulit tersebut.

Oleh itu, dapat disimpulkan bahawa habuk-habuk nano-gold yang digunakan dalam produk kecantikan Safi Rania Gold tidak tersimpan atau tertinggal di kulit malah ia hilang atau dibawa keluar daripada kulit semasa proses semula jadi pembaharuan kulit.*

Ok, aku puas hati. Dan selang beberapa hari aku pun mendapatkan produk ni. Agak best jugak menggunakannya, terutama Facial Cream Cleanser yang begitu lembut pada kulit. Yang penting sekali aku nak mendapatkan Eye Contour Cream untuk masalah mata yang sembab. Tapi aku tak lah beli satu set, try dulu. Lagipun aku ni kurang berdisiplin bab-bab macam ni. Setakat seminggu aku pakai ni agak puas hati jugak la.

K, nak out daa~

*Sumber: Utusan Malaysia Online - Bicara Agama (17-11-2009)

June 3, 2010

konvoi demam.

Posted by siti.zaimar at 6/03/2010 11:03:00 PM
Hari ni suasana di pejabat sunyi sangat. Ramai yang bercuti. Biasalah waktu cuti semester ni, senang sikit nak minta cuti. Tak perlu pening nak fikir ganti kelas atau serahan tugas kat pensyarah kedua. Sunyi sangat sampai aku pun jadi malas nak buat apa-apa. Huu. Betul ketiadaan orang menyebabkan mood kita pun menurun. Aku pun tak tau. Tapi teori tu nampak agak benar jugak.

Seorang dari rakan pensyarah demam yang agak teruk sehingga terpaksa dimasukkan ke wad di Pantai Medical Centre. Aku lum berlesempatan pergi melawat, tak ada orang yang nak di ajak. Tengahari tadi, seorang yang tengah cuti tapi mai ke ofis untuk ambil barang pun bagitahu dia demam. Dia dah cuba nak pergi melawat kawan tadi, tapi tak dibenarkan masuk. Antibodi rendah la kan, maklumlah tengah demam.

Pas tu petang tadi, seorang rakan lain yang baru balik dari urusan rasmi di PUO pun mengadu demam jugak. Semakin ramai nampaknya. Masalahnya malam ni, aku pun dah rasa lain macam. Badan seram sejuk dan tak larat sampai kena berselimut. Tadi cuba tidur sat. Ni baru bangun. Aku nak kena demam jugak ke. Uwaa. Aku jarang demam biasa ni, selalu demam selsema aku faham la tanda dia. Sakit tekak yang agak menyeksakan disertai batuk dan bersin sampai sakit hidung.

Em, harap-harap jangan la demam.
 

~mind and thoughts~ Copyright © 2011 Designed by Ipietoon Blogger Template Sponsored by web hosting