June 3, 2010

he was my destiny.

Posted by siti.zaimar at 6/03/2010 12:43:00 PM
"Dum dum dum dum". Pintu rumahku diketuk berulangkali.

Aku yang tengah melayan movie "Spongebob Squarepants The Movie" terdiam sebentar. sapa pulak yang datang. Dah la aku sorang kat rumah sewa tu. Jeling jam. Pukul 10.35 malam. Rumah jiran-jiran dah gelap.

Berdebar-debar. Nak buka pintu ke tak nak.

"Dum dum dum". Macam nak roboh pintu bunyinya.

Aku bertawakal. Mungkin ada hal penting. Dah la hari ni aku tertinggal telefon di pejabat. Nak buat macammana kan, resam manusia. Kadang-kadang lupa.

Pintu dibuka. Terpacul muka si dia di sebalik gril pintu.

Aku tergamam. "Eh?Ada kecemasan ka?"

"Haa..pi mana. Art tepon banyak kali tak angkat.."

"La, tepon tertinggal dalam blazer. Kat ofis. Tadi kelam kabut lupa nak check beg dah ambik ke tak.."Aku dah mula rasa bersalah.

"Adoi..ingatkan kenapa la tadi. Dah la dok ingat Zai dok sorang-sorang. Kita ni dok risau la takut jadi apa-apa.."

"Ala, sori la..nak bagitau pun takda telefon lain kat umah ni. Tak da apa-apa. Janganlah risau.."


***********************************

Selepas pasti aku selamat, dia balik, aku duduk sendiri. Agak lama.

Kali pertama bertentang wajah dengannya, bersembang, bercakap dan mendengar, aku sudah dapat merasakan keserasian, keselesaan dan chemistry yang kuat antara kami. Yang paling aku pasti, aku tidak pernah merasakannya dengan insan yang sebelum ini. Baru aku sedar, yang chemistry bukanlah perkara yang boleh dibentuk. It just come. Kalau ada, adalah. Syukurlah dia turut merasakan yang sama.

Pakar motivasi menyatakan, sesungguhnya kemahiran berkomunikasi sangatlah penting dalam sesebuah perhubungan.

Sikap keterbukaannya menjadikan aku semakin mudah berkomunikasi dengan dia. Aku boleh ekspresikan bila aku gembira, rindu, sedih, marah dan macam-macam warna-warni lagilah. Kadang-kadang aku marah jugak terutama kalau kena menunggu dia lama-lama. Tapi bila cakap kat dia, "I geramm ni, marah ni" hilanglah marah aku tu. Haha. Sekejap je lepas tu aku hepi kembali. Tapi kalau aku lambat tak pernah pulak dia marah. Mungkin dia rasa itu adalah timbal balik kelambatan dia selama ni. Haha. Jgn marah ek..kuci kuci.

Aku juga dapat merasakan keikhlasan dan kejujurannya sepanjang perkenalan kami. Baru beberapa bulan kenal, dia dah pun berjumpa dengan ibu bapaku untuk 'merasmikan' hubungan ini. Begitu juga ketika bersama aku, dia begitu menghormati dan tidak pernah sekali-kali mengambil kesempatan. Seperti mana yang aku harapkan pada seseorang yang bakal menemani aku seumur hidup. Membuatkan aku juga begitu menghormati dia sebagai seseorang yang bakal memimpin aku kelak.

Semua berlalu begitu pantas bagaikan mimpi. Segalanya telah ditakdirkan, dan aku dan dia menurut sahaja flow yang telah Allah takdirkan kepada kami. Segalanya terasa mudah, walaupun kadangkala terdapat rintangan di sana-sini, tapi kami dapat mengharunginya bersandarkan kepercayaan antara satu sama lain. Dan aku tidak pernah menyesal pun agak lewat bertemu si dia. Aku yakin Allah menemukan aku dengan orang yang salah sebelum ini agar aku dapat menghargai dan merasai betapa bertuahnya aku dikurniakan insan seperti dia.

Orang kata awal-awal kenal, bercinta, bertunang.. memanglah semua nampak manis. Indah. Bahagia. Alam rumahtangga nanti lain. Aku tahu dan aku faham. Aku pun tak mengharapkan kesempurnaan dalam sikapnya kerana aku tahu tiada manusia yang sempurna. Aku juga banyak yang tidak sempurna. Kenapa tidak betulkan diri kita dulu sebelum betulkan orang lain. Aku juga telah menerima si dia dengan penuh keikhlasan. Segala buruk dan baiknya aku terima dengan penuh kesyukuran dan keredhaan. Aku tahu dia juga begitu. Kan?

Katanya, akulah tulang rusuknya yang hilang itu. Kini Allah telah temukan untuk bersama kembali.

Terima kasih, ya Allah. Akan ku gunakan cinta yang Kau berikan di dunia ini sebagai wadah untukku merangkul cintaMu yang abadi. Dengan menjadi anak yang solehah, isteri yang solehah, ibu yang mithali, saudara yang penyayang dan ceria dan yang baik-baik saja.

Amin.

June 2, 2010

memang zionis.

Posted by siti.zaimar at 6/02/2010 01:33:00 PM
Kemanusiaan. Seorang manusia sangat bernilai, darah dan nyawa tak ada galang gantinya. Tapi bila ada pihak yang memijak-mijak kemanusiaan, maka hancur lebur dunia ini sudahnya.

Hei, mereka itu manusia, kau pun manusia. Apa beza kau dan mereka. masing-masing ada nyawa yang terhormat, ada anak isteri yang perlu disuap. Kau bayangkan kau di tempat mereka. Kemudian, bila ada pihak nak hantar bantuan kau pergi serang. Memang terkutuk dan terlaknat kamu semua Israel. Buat kezaliman sesuka hati, langsung tak tahu nak menghormati undang-undang antarabangsa.

Rasa naik ja darah aku membaca pasal serangan rejim Israel kepada flotila kebebasan ni. Herghh.

Israel.
Laknatlah kamu semua atas doa semua penghuni dunia.

Allahuakbar!!

June 1, 2010

'addicted' yang dah berakhir.

Posted by siti.zaimar at 6/01/2010 07:33:00 PM

'Addicted' apakah itu?

Haha. Aku sangat gumbira bila telah terlepas dari cengkaman website itu.

Ceritanya.

Dulu aku sangat tak suka kepada website tersebut. Pada aku dia mengarut. Childish dan seantero dengannya. Tanggapan aku macam itulah. Tapi lama kelamaan bila networking aku dah bertambah, aku menjadi sangat suka. Dan sangat addicted tak boleh blah. Aku menjadinya sebagai satu kegiatan wajib harian yang wajib dipantau. Aku menghabiskan masa berjam-jam walaupun kerja di sisi meja bertimbun. Aku browse profile yang entah siapa-siapa. Oh, sangat memilukan bila dikenang semula. Apa ntah yang aku buat. Such a waste.

Setelah sekian lama waktu berputar, aku pun mula tak berapa rajin nak layan website ni dah. Mungkin berkat doa aku setiap kali lepas sembahyang..jauhkanlah aku daripada sikap suka membuang masa yang sia-sia, berkatilah pekerjaanku dan janganlah biarkan aku terlalai dalam perkara yang dimurkaiNya.

Bukanlah aku tinggalkan terus website ni, cuma lebih berpada-pada. Ye, facebook. Kau bukan apa-apa kalau aku tak login pun.

p/s: Kini telah diwujudkan millatfacebook.com yang dikhaskan untuk umat Islam worldwide. Bagus, kan :). Aku rasa nak joinlah.

May 21, 2010

pending.

Posted by siti.zaimar at 5/21/2010 12:05:00 PM
Risau okek.

Okey aku tak nafikan perempuan memang cepat risau. Tambah-tambah anak perempuan sulung macam aku. Orang kata akan banyak berfikir semacam seorang ibu. Bila tak dapat khabar berita mulalah tertanya-tanya apa yang terjadi. Tambah-tambah bila melibatkan orang tersayang. Selamatkah dia disana. Ada masalahkah atau apa.

Memang risau.

Orang kata tak perlu dirisaukan sangat. Tapi itu memang semulajadi naluri. Tak dapat nak dibendung lagi. Kadang-kadang boleh menangis dan tak boleh tumpukan kat kerja selagi tak dapat khabar berita. Bila dah dapat terus jadi semangat dan apa yang dirunsingkan pun hilang. Begitulah halusnya perasaan yang dianugerahkan Tuhan.

Mesej yang dihantar masih pending. Tuhan, aku mohon jagalah keselamatan dan kesejahteraan orang tersayangku.

Amin.

May 18, 2010

he's my dad. forever.

Posted by siti.zaimar at 5/18/2010 10:35:00 AM
Terpanar aku pada sentuhan keramatmu
Mengheret aku mentafsir memori silammu
Dulu ku ragu apa terbungkam dibenakmu
Kini ku tahu apa yang terbuku di hatimu

Surut dedarku pada usapan manteramu
Tunduk ungkalku pada ketegasan dirimu
Terpasak semangat pada keyakinan tekadmu
Keakuranku pada tunjuk dan titah arahanmu

Oh ayah,
Tak pernah ku tanya
Kemana tumpahnya keringatmu
Oh ayah,
Tak pernah ku hitung
Berapa banyak kerutan di dahimu
Yang ku pinta hanyalah kemahuan hatiku
Yang sedaya ayah laksanakan

Kau pendorong bukanlah pendesak
apalagi memaksa diriku
Aku terlorong bukan terdesak
apalagi rasa terdera

Tak terkuis dugaan menduga
Apalagi takdir yang menerpa
Aku mengharap bukan menolak
Apalagi cuba melupa

Lestari kasihmu tanpa batasan
Sempadan waktu yang memisahkan
Abadi hingga ke hujung usia akhiran masa
Sentuhanmu amat bermakna..

May 11, 2010

sedikit update dari post terdahulu.

Posted by siti.zaimar at 5/11/2010 08:17:00 AM
Selamat pagi donia. Hari ni Selasa 11 May 2010. Post aku yang terdahulu bertarikh 9 April 2010. Campur tolak darab bahagi dah hampir sebulan aku tak hapdet blog ni. Cuma sempat menjengok facebook. Plus tak berapa sempat nak type panjang-panjang kerana kesibukan yang menghambat satu demi satu. Kat facebook aku leh type sebaris je. Heh.

Hari ni dah agak free dari tugasan PnP (Pengajaran dan Pembelajaran). Tugas mengajar sudah tamat, sekarang tinggal untuk marking beberapa tugasan lagi, masukkan PB dan beberapa tugas rutin Penyelaras Peperiksaan Jabatan. Minggu depan pelajar exam. Pastu cuti tapi sekejap saja. 3 minggu je. Atas nama MQA semua tugas bertambah dan cuti dipendekkan sebab nak menjaga kualiti pendidikan.

Lepas habis pelajar exam, kena gubal jadual waktu pulak. Harap-harap sempatlah disiapkan dalam jangka masa yang pendek ini. Bak kata seorang penceramah semasa aku induksi, yang teruk bukan masa menggubal jadual, tapi lebih kepada kerenah orang yang nama dia tersenarai dalam jadual tu. Yang tak nak kelas hari Jumaat la, tak nak kelas pagi la, tak nak kelas petang la, nak kat lab or kelas tertentu dan macam-macam lagi.

Agenda seterusnya adalah kena attend Bengkel Penyelarasan Labsheet Fasa 2 dalam hujung bulan Mei dan Kursus PPK dalam awal bulan Jun. Macam ni lah kalau keja kat Politeknik yang ada puluhan staff dan ada beban kerja yang sama macam Politeknik yang ada ratusan staff. Dan menjadi pegawai di bawah jabatan induk. Tapi tak kisahlah. Aku tak pernah rasa fed-up pun dengan semua ni. Hadapi dengan senyuman je. Dapat kerja ni pun dah sebesar-besar rahmat :).

Okey, dalam sebulan ni apa yang telah terjadi:

1. Aku dah bertunang pada 11 April 2010. Alhamdulillah. Si dia seorang yang sangat memahami dan aku sangat selesa bersama dia. Pendek kata, you will know when some one come into your life and he was your destiny. Pada aku dia bukan sekadar sahabat, kekasih dan tunang, tapi juga anugerah padaku. Syukur Ya Allah atas kurniaanMu ini.

2. Aku dah menghadiri kursus BTN di Kem Bukit Sagu Pahang pada 15 hingga 19 April. I was celebrated my birthday at Pahang. Haha. Tak pernah lagi jejak Pahang seumur hidup. And we (whom born in April) were got Birthday Song from all participants in this course. Haha.

3. Seterusnya aku menghadiri Bengkel Penyelarasan Labsheet Fasa Pertama di Flamingo Hotel by The Lake Kuala Lumpur pada 19 hingga 22 April. Pening bila menggunakan perkataan-perkataan standard pendidikan yang bukan macam perkataan biasa.. tapi harungi jugak la.

4. Attend kenduri Kak Mek pada 1 Mei 2010. Majlis Walimah Nani dan abang dia Razif. Dah besar pun budak tu. Cepat je masa berlalu kan.

Yang lain-lain hal kecik-kecik je. Okey masa untuk bekerja semula.

Daa~

April 9, 2010

googling-googling.

Posted by siti.zaimar at 4/09/2010 01:37:00 AM
Bila check balik, mostly pelawat aku yang datang kebelakangan ni adalah melalui google yang kebanyakkannya search pasal induksi. so, tak sia-sia aku meniarap sejam nak type suma tajuk-tajuk tu ye. Haha. Tapi kakak-kakak, abang-abang, adik-adik yang nak cari nota induksi tu tak dapat la aku nak bagi. Nak upload satu kerja jugak tu.

Hm..aku memang dah lama jadi spesies peminat Google. Compared dengan Yahoo!, aku sangat tak suka tengok layout dia yang menyesakkan. Nak jadi search engine ke advert giant? So, Google bertindak bijak dengan memperkenalkan layout search engine yang minimalis dengan button I'm Feeling Lucky yang femes tu. Menjimatkan masa okek.

Dari Google jugak sebenarnya kita boleh tengok citarasa rakyat Malaysia. Macammana tuh? Haha. Dengan type abjad pertama je akan keluarlah SENARAI LISTDOWN APA YANG RAKYAT MALAYSIA PALING KERAP CARI DI ALAM SIBER. Peh hurup besaq pulak. Apehal nih marah ke. Haha.

Ok.

Jom try beberapa abjad okek.

Bila enter a - airasia, airasia online booking, astro, avatar, ambank..

Bila enter b - berita harian, blogspot, bank islam, baidu (ape neh), blogger (yeay.)

Bila enter f - facebook, facebook login, friendster, firefly, friendster log in

Bila enter o - oh bulan, oum, oh artis, online games, oh tidak

Bila enter s - spa, seks MELAYU, sony ericcson, sogou, streamyx

Bila enter v - video seks MELAYU, video lucah, verycd, viwawa, video lucah MELAYU

See. See. Itulah yang paling kerap 1Malaysia cari di internet (ikut turutan dari kiri ke kanan). Juta-jutaan carian tu weh. Yang meningkatkan penjualan broadband saban tahun. Sesetengah abjad resultnya ok. Tapi sesetengahnya. Tajuk-tajuk begitulah you know that. Sungguh aku enggak puas hati. Mentaliti rakyat negaraku. Hm.

Tapi sebenarnya yang paling penting adalah dari dalam diri kita sendiri. Tak da sesiapa yang boleh menentukan kita jadi baik atau jahat. Tak ada sesiapa boleh halang apa yang nak kau cari atau tengok dalam internet tuh. Buatlah apa yang kau suka di dunia ini, tapi ingat kau akan ditanya. Bersedialah kalau kau mampu. Ada bran?
 

~mind and thoughts~ Copyright © 2011 Designed by Ipietoon Blogger Template Sponsored by web hosting