Aku rasa terpanggil untuk mengulas sedikit tentang isu pemansuhan UPSR dan PMR yang dibising-bisingkan lately. Lepas puluhan tahun sistem pendidikan kita berorientasikan sepenuhnya kepada sistem peperiksaan, cadangan baru ini aku rasa agak drastik jugak kepada masyarakat keseluruhannya.
Apa yang aku nampak, masyarakat umum terutamanya di luar bandar mengganggap peperiksaan sebagai satu trek yang mesti dilalui dalam dunia akademik. Peperiksaan dianggap mekanisme yang paling tepat untuk mengukur keupayaan seseorang pelajar dan mengasingkan antara pelajar yang cemerlang dan kurang cemerlang bagi tujuan penempatan ke peringkat seterusnya. Macam pelajar UPSR, kena exam sebab nak memilih siapa yang layak ke boarding school. Manakala untuk PMR untuk pilih siapa yang layak ke boarding school dan Sekolah Teknik (yang sekarang hendak divokasionalkan semula, aku pun tak faham kenapa kerajaan kita ni suka pandang ke belakang.). Itu tujuan paling jelas, mengukur atau lebih tepat menapis pelajar kita. Kalau kau dapat result biasa-biasa je, kayuhla basikal di sekolah kat pekan tu je. Tak pun duduk di asrama desa. Haha.
Yang menjadi persoalan sekarang macammana pulak kesan pemansuhan peperiksaan tu kepada pelajar kita. Macam tu jugak kalau Education-Based Learning dilaksanakan di sekolah. Adakah beban tugas guru akan bertambah kerana menjadi penilai kepada kebolehan pelajar. Adakah pelajar akan mengambil lewa apa yang dipelajari sebab tak ada tanda aras untuk mengukur setakat mana pengetahuan mereka. Adakah masih wujud motivational dan standardize yang selama ini menjadi indikator kepada kemajuan sesebuah sekolah. Maklumla sifat manusia, cuma akan berusaha mencapai yang terbaik kalau ada rangsangan atau "booster". Tapi kalau tak ada, semua malas nak keluar dari zon selesa.
Tapi, ada juga kebaikan kalau peperiksaan dimansuhkan. Macam yang boleh tengok sekarang, pelajar, ibu bapa dan guru terlalu tertekan dengan makhluk yang bernama peperiksaan ni. Diusahakan macam-macamlah, segala tusyen, toyol, air penerang hati nak bagi dapat gred baek punya. Kesan selepas tu, macammana dengan segala yang dipelajari. Maksud aku bukan kemahiran asas menulis, membaca dan mengira tu, tapi ilmu-ilmu lain. Kebanyakan pelajar akan lupa. Habis muntahkan kat exam paper. Pas tu kosong la tinggalnya.
Pada pendapat aku, peperiksaan tak perlu dimansuhkan, cuma mungkin kena tukar strategi kepada pendekatan lain. Penilaian tetap ada, tapi bukan dengan on paper semata-mata. Mungkin kita perlu lebih fleksibel kepada kehendak dan kemampuan pelajar dengan membiarkan pelajar mempelajari apa yang menjadi kecenderungannya. Baru pelajar kurang bosan asyik disumbat dengan teori je. Praktikal kena ada jugak sebab itulah yang menjadi asas kehidupan sebenarnya. Tapi sekiranya perlu untuk mengurangkan beban pelajar, biarlah PMR sahaja yang dimansuhkan. Sekurang-kurangnya pelajar perlu belajar hingga tingkatan lima untuk mendapatkan sijil. Sekarang ni guna sijil PMR pun diorang dah boleh cari kerja dah.
Banyak lagi yang perlu dikaji sebelum dasar ni diluluskan. Kajilah sebaik mungkin dan dapatkan pandangan dari semua peringkat masyarakat. Apa yang penting, aku harap Kementerian tak akan menjadikan anak-anak dan adik-adik kita sebagai bahan eksperimen untuk pelbagai teori yang entah apa-apa. Kesian.