June 4, 2010

skincare.

Posted by siti.zaimar at 6/04/2010 10:02:00 PM
Aku ni bukanlah orang yang suka bertukar-tukar produk kecantikan. Leceh la nak tukar. Sebelum ni aku setia dengan Olay. Tapi bila terbaca dalam satu artikel tentang pentingnya kita yakin tentang kehalalan produk sebelum menggunakannya, buat aku tertanya-tanya, halal ke Olay ni. Aku yakin ke. Aku tak pernah dengar atau tengok dari mana-mana sumber bahawa dia ada campur benda yang tak sepatutnya. Tapi.. tak da cop halal pulak. Takut menghampiri benda yang syubhah.

Jadi aku bertekad nak cari produk yang diyakini halal kerana mencari yang halal itu fardhu bagi umat Islam. Dalam masa yang sama, kebelakangan ni iklan seorang pempuan yang saja buat suara serak basah tu dah menarik perhatian aku untuk mencuba Safi Rania Gold. Lagipun aku tertarik dengan packaging dia yang mewah, macam mahal lah bukan, padahal harga orang pertengahan je. Pada mulanya aku agak ragu-ragu dengan produk yang diformulasikan dengan Nano Emas 24K ni. Boleh ke ada unsur emas dalam produk walaupun dalam kuantiti yang sebesar hama. So aku google pasal benda ni dan jumpa la solution yang diberikan oleh Ustazah Siti Nurbahyah pasal kemusykilan ni.

Antara kata-kata beliau:

Mengapa saya katakan ianya dibenarkan? Pertama, pemakaian susuk, ia ada menggunakan jampi serapah atau mentera, ada orang perantara (bomoh susuk) untuk memasukkan susuk ke mana-mana bahagian yang dikehendaki dan sebelum si pemakai menghembuskan nafas terakhir, dia perlu mengeluarkan susuk tersebut terlebih dahulu.

Berbeza dengan rangkaian produk kecantikan Safi Rania Gold di mana ia tidak menggunakan bahan jampi serapah.

Malah produk ini apabila dipakai di wajah ia akan meresap ke dalam wajah dan lama kelamaan ia akan hilang dengan sendirinya. Berbeza dengan mereka yang memakai susuk di mana apabila melalui sinar x, bahan susuk (emas atau berlian) tersebut masih kelihatan di bawah lapisan kulit.*

Selain itu, Ustazah turut menegaskan bahawa:

Mengikut apa yang difahamkan kepada saya oleh Pengurus Produk Safi, Mahsuri Sulaiman: “Laporan ujian menunjukkan bahawa nano-gold (Au) hanya dikesan pada lapisan epidermis dan dermis.

Ini menunjukkan bahawa nano-gold tidak berupaya untuk menyerap sehingga ke pembuluh darah dan kerana itu ia tidak menganggu sistemik kulit.

Malah juga tidak berlaku pertambahan pada jumlah habuk emas pada lapisan dermis, sama ada bagi sapuan sekali atau berturutan. Apatah lagi, menganggu sistem kawalan kulit tersebut.

Oleh itu, dapat disimpulkan bahawa habuk-habuk nano-gold yang digunakan dalam produk kecantikan Safi Rania Gold tidak tersimpan atau tertinggal di kulit malah ia hilang atau dibawa keluar daripada kulit semasa proses semula jadi pembaharuan kulit.*

Ok, aku puas hati. Dan selang beberapa hari aku pun mendapatkan produk ni. Agak best jugak menggunakannya, terutama Facial Cream Cleanser yang begitu lembut pada kulit. Yang penting sekali aku nak mendapatkan Eye Contour Cream untuk masalah mata yang sembab. Tapi aku tak lah beli satu set, try dulu. Lagipun aku ni kurang berdisiplin bab-bab macam ni. Setakat seminggu aku pakai ni agak puas hati jugak la.

K, nak out daa~

*Sumber: Utusan Malaysia Online - Bicara Agama (17-11-2009)
 

~mind and thoughts~ Copyright © 2011 Designed by Ipietoon Blogger Template Sponsored by web hosting