June 3, 2010

he was my destiny.

Posted by siti.zaimar at 6/03/2010 12:43:00 PM
"Dum dum dum dum". Pintu rumahku diketuk berulangkali.

Aku yang tengah melayan movie "Spongebob Squarepants The Movie" terdiam sebentar. sapa pulak yang datang. Dah la aku sorang kat rumah sewa tu. Jeling jam. Pukul 10.35 malam. Rumah jiran-jiran dah gelap.

Berdebar-debar. Nak buka pintu ke tak nak.

"Dum dum dum". Macam nak roboh pintu bunyinya.

Aku bertawakal. Mungkin ada hal penting. Dah la hari ni aku tertinggal telefon di pejabat. Nak buat macammana kan, resam manusia. Kadang-kadang lupa.

Pintu dibuka. Terpacul muka si dia di sebalik gril pintu.

Aku tergamam. "Eh?Ada kecemasan ka?"

"Haa..pi mana. Art tepon banyak kali tak angkat.."

"La, tepon tertinggal dalam blazer. Kat ofis. Tadi kelam kabut lupa nak check beg dah ambik ke tak.."Aku dah mula rasa bersalah.

"Adoi..ingatkan kenapa la tadi. Dah la dok ingat Zai dok sorang-sorang. Kita ni dok risau la takut jadi apa-apa.."

"Ala, sori la..nak bagitau pun takda telefon lain kat umah ni. Tak da apa-apa. Janganlah risau.."


***********************************

Selepas pasti aku selamat, dia balik, aku duduk sendiri. Agak lama.

Kali pertama bertentang wajah dengannya, bersembang, bercakap dan mendengar, aku sudah dapat merasakan keserasian, keselesaan dan chemistry yang kuat antara kami. Yang paling aku pasti, aku tidak pernah merasakannya dengan insan yang sebelum ini. Baru aku sedar, yang chemistry bukanlah perkara yang boleh dibentuk. It just come. Kalau ada, adalah. Syukurlah dia turut merasakan yang sama.

Pakar motivasi menyatakan, sesungguhnya kemahiran berkomunikasi sangatlah penting dalam sesebuah perhubungan.

Sikap keterbukaannya menjadikan aku semakin mudah berkomunikasi dengan dia. Aku boleh ekspresikan bila aku gembira, rindu, sedih, marah dan macam-macam warna-warni lagilah. Kadang-kadang aku marah jugak terutama kalau kena menunggu dia lama-lama. Tapi bila cakap kat dia, "I geramm ni, marah ni" hilanglah marah aku tu. Haha. Sekejap je lepas tu aku hepi kembali. Tapi kalau aku lambat tak pernah pulak dia marah. Mungkin dia rasa itu adalah timbal balik kelambatan dia selama ni. Haha. Jgn marah ek..kuci kuci.

Aku juga dapat merasakan keikhlasan dan kejujurannya sepanjang perkenalan kami. Baru beberapa bulan kenal, dia dah pun berjumpa dengan ibu bapaku untuk 'merasmikan' hubungan ini. Begitu juga ketika bersama aku, dia begitu menghormati dan tidak pernah sekali-kali mengambil kesempatan. Seperti mana yang aku harapkan pada seseorang yang bakal menemani aku seumur hidup. Membuatkan aku juga begitu menghormati dia sebagai seseorang yang bakal memimpin aku kelak.

Semua berlalu begitu pantas bagaikan mimpi. Segalanya telah ditakdirkan, dan aku dan dia menurut sahaja flow yang telah Allah takdirkan kepada kami. Segalanya terasa mudah, walaupun kadangkala terdapat rintangan di sana-sini, tapi kami dapat mengharunginya bersandarkan kepercayaan antara satu sama lain. Dan aku tidak pernah menyesal pun agak lewat bertemu si dia. Aku yakin Allah menemukan aku dengan orang yang salah sebelum ini agar aku dapat menghargai dan merasai betapa bertuahnya aku dikurniakan insan seperti dia.

Orang kata awal-awal kenal, bercinta, bertunang.. memanglah semua nampak manis. Indah. Bahagia. Alam rumahtangga nanti lain. Aku tahu dan aku faham. Aku pun tak mengharapkan kesempurnaan dalam sikapnya kerana aku tahu tiada manusia yang sempurna. Aku juga banyak yang tidak sempurna. Kenapa tidak betulkan diri kita dulu sebelum betulkan orang lain. Aku juga telah menerima si dia dengan penuh keikhlasan. Segala buruk dan baiknya aku terima dengan penuh kesyukuran dan keredhaan. Aku tahu dia juga begitu. Kan?

Katanya, akulah tulang rusuknya yang hilang itu. Kini Allah telah temukan untuk bersama kembali.

Terima kasih, ya Allah. Akan ku gunakan cinta yang Kau berikan di dunia ini sebagai wadah untukku merangkul cintaMu yang abadi. Dengan menjadi anak yang solehah, isteri yang solehah, ibu yang mithali, saudara yang penyayang dan ceria dan yang baik-baik saja.

Amin.

 

~mind and thoughts~ Copyright © 2011 Designed by Ipietoon Blogger Template Sponsored by web hosting