Ini adalah kisah 10 tahun yang lalu
Ketika itu aku masih remaja. Haha. Geli telingalah dengar. Masa tu aku memegang status mahasiswi UiTM yang mengikuti kursus Diploma Sains di cawangan Arau.
Satu ketika dulu aku tak berapa suka membicarakan kisah ini. Aku rasa macam seorang worst. Loser. Moron. Whatever. Gagal dalam kursus yang diambil dan mengulang pula sekelas dengan junior dalam semester yang berikutnya, serius bukanlah satu benda yang best. Plus tebal muka sepuluh inci dengan junior. "Eii.. akak tu repeat lah". Ha tahan rasa je lah kau.
Ye, aku pernah menjadi seorang repeaters.
Untuk paper Kimia.
Untuk mengubati rasa loser aku satu ketika dulu, kat sini aku nak ceritakan sebab aku gagal dalam paper tu dan dapat pencakar sampah. Apa tu. Dapat 'E' lah. Huhu. Ok sebenarnya aku mengambil aliran sastera ketika di sekolah menengah. Aku ambil Geografi, Kesusasteraan Melayu, Ekonomi Asas dan ERT sebagai subjek elektif. Takdir Allah, aku dapat A2 untuk Sains. C3 untuk Matematik. Keputusan keseluruhan Pangkat 1 dengan 11 Agregat. Agak cemerlang untuk ukuran kecemerlangan masa tu.
Jadi aku pun memohon ke IPT. Macam rakan-rakan lain. Ada 5 pilihan. 4 daripadanya aku memohon direct course ke degree level di UTM Skudai. Dan satu ke Diploma UiTM. Diploma Sains okek. Manalah aku tahu yang kat sana akan belajar sains tulen. Belajar Biology, Physics, Chemistry.
Diploma ni levelnya macam STPM aliran sains. Aku rasa berat tanggungjawab ni tapi, sebagai seorang yang suka belajar aku meyakinkan diri untuk meneroka sesuatu yang baru dengan menjadikan dunia ni sebagai sekolah aku.
Bila dapat tawaran ke UiTM aku pun pergi walaupun agak ragu-ragu dengan keupayaan aku untuk 'bawak' program Diploma in Science ni.
Realitinya, sangat susah. Setiap kali masuk kelas, aku jadi blank. Tak tahu apa yang aku belajar. Memang rakan-rakan cuba membantu tapi setakat mana yang mampu. Aku tak ada sebarang basic dalam sains tulen. Aku cuba belajar sendiri tapi susah sangat nak belajar basic dan on the same time belajar advance.
Jadi, apa kena mengena dengan Dr. Azlan?
Ok, Dr. Azlan adalah pensyarah yang mengajar aku Kimia semasa semester 1. Aku gagal paper dia. Huhu. Seramai tiga orang gagal sama macam aku. Jadi kami pun menjadi repeaters yang bermaksud kami kena masuk belajar semula dengan junior sem 1. Untuk semester seterusnya Dr. Azlan jugak yang mengajar. Tebalnya muka aku nak mengadap dia setiap kali kelas. Yang lagi teruk waktu teori plak clash dengan paper lain. Jadi, kami bertiga terpaksa gi belajar kat bilik dia in person. Memang dia akan ingat la muka budak-budak ni.
Sebenarnya, kalau diikutkan aku tak ingat dah semua kisah ni. Tapi sebab baru-baru ni aku telah menghadiri PTSS Colloquium 2010 di Politeknik Tunku Syed Sirajuddin Perlis, aku telah berjumpa semula dengan Dr. Azlan. Dia pun agak terkejut bila melihat aku. Selepas 10 tahun, dia masih seperti dulu, masih kachak dan bersih raut wajahnya. Cuma rambutnya sedikit beruban. Serta merta aku teringat siapa aku 10 tahun lalu. Pelajar yang ulang paper dia. Yang selalu duduk di belakang kelas bersama dua orang repeaters lain kerana malu pada junior.
Tapi hari ni, selepas 10 tahun, aku mampu berbangga kerana aku mampu duduk sebaris dengannya di kerusi VIP sebagai seorang pensyarah. Walaupun bukan dalam bidang yang dia ajar dulu. Tapi dalam bidang Teknologi Maklumat. Alhamdulillah.
Sesungguhnya, Allah itu Maha Adil. Kegagalan bukanlah satu titik noktah dalam hidup. Tapi satu permulaan kearah hidup yang lebih baik sekiranya kita menjadikan kegagalan itu sebagai sesuatu yang positif. Seterusnya mendalami potensi diri dan jangan putus asa untuk mencuba lagi. Menuntut ilmu memanglah penat dan melelahkan. Perjalanannya panjang. Tapi.. buahnya sangat manis. Justeru, janganlah takut pada kegagalan tapi genggamlah segala kisah yang buruk sebagai sempadan.
Bye. Macam biasa aku tak pandai nak buat kesimpulan.
Cara Atasi Susu Badan Terlalu Banyak (How to overcome oversupply of breast
milk)
-
*#Pantang with Dr FL*
Hi mommies. Korang dah baca pasal *Susu Badan Terlalu Banyak* semalam di
SINI. Harini aku nak cerita pulak cara untuk mengatasinya.
...
5 years ago