December 8, 2009

rescheduling.

Posted by siti.zaimar at 12/08/2009 05:56:00 PM
Pelajar-pelajar sedang menempuhi minggu peperiksaan. Seronoklah diorang pas ni bebas bagaikan rama-rama. Cheh metafora pulak. Pensyarah-pensyarah pun terasa agak rilek sedikit, tak perlu terkejar-kejar ke kelas. Boleh lepak di waktu petang sambil makan rojak buah beramai-ramai. Haha.

Tapi tuan tanah sebagai Pegawai Jadual Waktu Jabatan masih mempunyai mandat lagi. Macam hebatlah bukan bila sebut mandat. Okay takpa bila lagi nak merasa hebat secara sendirian berhad. Tugas tetap tugas. Jadi bila masuk ja minggu peperiksaan akhir, tugas pun bermula untuk mendraf jadual waktu untuk semester hadapan. Tugas ini agak bestlah jugak, walaupun stress bila berlaku clash subjek, kelas dan lecturer tapi itu tugasan yang membina. Dan membolehkan aku mensimulasi pemikiran. Membayang-bayangkan apa yang terjadi kalau aku susun subjek ini begitu atau subjek itu begini.

Kalau rasa terbeban, anggapkan saja tengah bermain game. Wah seronoklah bukan bila tugas kau boleh dianggap bermain game. Pastu tetiba ja siap. Haha tidak semudah itu. Semester lepas adalah kali pertama, agak blank. Tapi ini sudah kali kedua, rasanya sudah berkeyakinan. walaupun cuma 4 kelas, tapi ada pelbagai constraint yang perlu dipertimbangkan mengikut situasi:

1. Sumber yang terhad. Ada lab yang mempunyai perisian tertentu sahaja. Jadi constraint pulak untuk subjek lain.
2. Pensyarah yang mengajar mengikut kepakaran masing-masing. Jadi setiap subjek yang diajar tidak boleh clash dengan paper lain yang diajarnya.
3. Ada subjek yang cuma boleh diajar pada hari Rabu sahaja.
4. Hari Jumaat petang perlu dikosongkan untuk aktiviti tidak berkaitan PNP.
5. Setiap 2 jam perlu ada gap untuk kelas sebelah pagi.
6. Lab perlu dikosongkan 2 jam setiap minggu untuk maintainance.

dan sebagainyalah.

Owh ayam dah berkokok rupanya. Tandanya hari sudah lewat petang.

Bersurai-surailah kita.
 

~mind and thoughts~ Copyright © 2011 Designed by Ipietoon Blogger Template Sponsored by web hosting