November 30, 2009

ibu bapa yang comel.

Posted by siti.zaimar at 11/30/2009 09:03:00 PM
Hari ni mak dan ayah ajak aku temankan diorang pergi Tabung Haji kat Kulim. Oleh kerana adik-adik aku semuanya tak ada hari ni, jadi aku perasan sekejap jadi anak bongsu, bukan tu saja perasan jadi anak tunggal lagi. Haha. Memang tak boleh blah. Jadi kami tiga beranak pun bersiap nak pergi selepas Zohor.

Sebelum pergi ayah aku pun menyimpan semua burung-burung peliharaan dia dalam garaj. Takut hujan. Ada tiga ekor kot. Yang lain dah disunting orang. Aik. Bukankah aneh. Agak comel perbuatan ayah aku ni. Aku cuma perhatikan ayah. Aku pun perasan kebelakangan ni janggut dan rambut dia dah memutih dengan banyak. Tapi itulah. Walaupun kulit ayah kering sebab kerap dibakar matahari, tapi aku nampak cahaya kebahagiaan dalam muka dia. Tambah-tambah sekarang ayah jarang pakai gigi palsu dia, dan perut yang agak sihat menyebabkan dia nampak lagi comel. Suka bergurau senda dengan anak-anak dan isteri, membuatkan kami semua rindu bila ayah outstation macam ikut rombongan ke apatah. Isk isk isk.

Mak pula semakin kurus sekarang sejak disahkan ada masalah jantung. Nasib baik sokongan anak dan menantu banyak membantu disamping motivasi yang kuat dari dalam diri mak sendiri. Tak berputus asa untuk mendapatkan perubatan yang terbaik. Mak seorang yang sungguh tabah. Supermom. Chayok mak. Anak-anak mak ni tak pernah lupa doakan kebahagiaan mak dan ayah. Mak dan ayah adalah harta kami yang tiada nilainya. Tak akan ditukar walau dengan imbalan harta satu dunia sekalipun.

Dipendekkan cerita, lepas pergi Tabung Haji, aku temankan mak pergi beli tudung. Pergi survey kat 2,3 buah kedai. Pesen mak simple ja. Jenis serlom tu. Jenis sarung ja tak payah nak pin-pin semua. Aku tengok makcik-makcik kat kampung aku semua jenis tudung tu. Dan temankan ayah beli seluar. Pilihkan warna. Hehe. Time balik ayah nak singgah minum cendol tapi kedai tak bukak. Kedai mi rebus pun tutup. Tapi takpa. Kami anak beranak yang comel merengkoh pulak pergi Pasar Malam Serdang. Aku nak cari sate. Tapi tak bukak jugak. Last-last beli ja apa yang ada.

Haha. Tu lah pengalaman aku jadi anak tunggal hari ni. Sengaja ditulis untuk kenangan dimasa hadapan. Eceh.
 

~mind and thoughts~ Copyright © 2011 Designed by Ipietoon Blogger Template Sponsored by web hosting