Biasalahkan. Bila dah hujung tahun ramailah yang mengkhabarkan berita gembira dan berita sedih kepada kengkawan. Gembira pasal depa dah dapat bertukar ke tempat kerja yang berdekatan dengan rumah, dan sedih sebab terpaksa meninggalkan kawan-kawan.
Pada 25 November 2009 bersamaan hari Rabu, telah diadakan satu Majlis Perpisahan Staf di Bilik Kuliah 3. Majlis perpisahan kali ini agak grand sebab melibatkan Tuan Pengarah, Dr Mohammad Naim Bin Yaakob yang akan berpindah ke Bahagian Pembangunan Dasar, Kementerian Pengajian Tinggi di Putrajaya. Dr. menjadi sejarah PBU sebab menjadi pengarah pertama yang berkhidmat. Sekarang kan politeknik ni kecil-kecil cili api, nanti bila besar-besar cili tomato Cameron Highlands dan beroperasi dari kediaman sendiri di Balik Pulau (aik?) barulah meriah. Haha. Mimpikan sahaja dulu ye.
Rajin betol diorang ni buat backdrop tampal-tampal bagai. Mungkin nak wujudkan elemen klasik demi kesejahteraan sejagat kot.
Selain dari Dr., ada 5 orang lagi staf yang akan bertukar jugak membawa hati. Mestilah kena bawa hati takkan kau nak tinggal kat PBU pulak. Haha. Gurau je di Hari Raya ye tuan-tuan dan puan-puan. Staf-staf berikut ialah Lan (adik aku neh), Din, CT, Shawal dan Hasrul, semuanya dari Pentadbiran kecuali Lan dari Kewangan.
Setakat ni baru seorang pengganti masuk untuk menggantikan Lan, yang lain-lain belum patah tumbuh hilang berganti lagi. Pengarah baru yang akan datang adalah dari Politeknik Jeli (dengar-dengarnya). Sumi jelly manis. Haha.
Dalam majlis yang sama Dr. jugak merasmikan halaman web PBU yang dibangunkan staf PBU secara berkumpulan dalam tempoh 2 hari. Setakat ni masih dalam prototaip lagi. Masih perlu banyak penambahbaikan sebab Dr. request untuk ada database supaya pelajar boleh check result online dan seumpamanya. Akur arahan okek.
Dalam majlis yang sama Dr. jugak merasmikan halaman web PBU yang dibangunkan staf PBU secara berkumpulan dalam tempoh 2 hari. Setakat ni masih dalam prototaip lagi. Masih perlu banyak penambahbaikan sebab Dr. request untuk ada database supaya pelajar boleh check result online dan seumpamanya. Akur arahan okek.
Personally aku tak suka membangunkan website yang ada frame, nampak agak ketinggalan zaman, tapi memandangkan ini adalah gabungan ramai staf dan untuk memudahkan proses linking dan layout maka keterpaksaanlah jugak. So tuan tanah bertindak untuk membuat frame dan menu di main page, banner website diusahakan oleh Nisha dan berita semasa dan aktiviti oleh Puan Rozita. Manakala intipati dalaman diusahakan oleh staf dan pensyarah lain seperti En. K, Kak CT dan Wati di bahagian Maklumat Korporat. Sue, Liza, Yat dan Ilah di bahagian Direktori Staf, Hanim di bahagian Jabatan/ Unit, dan Aishah, Fikri dan Syakir dibahagian Galeri.
Fuh apesal tiba-tiba aku rasa macam memberi ulasan Buletin PBU. Takpalah.
Fuh apesal tiba-tiba aku rasa macam memberi ulasan Buletin PBU. Takpalah.
Ok. Tengok sikit muka-muka semasa proses membangunkan halaman web. Tarikh 23 - 25 November 2009.
Senyum walaupun lapar nasik.Kembali kepada berita semasa. Eceh. Dipendekkan cerita mereka yang pergi mungkin kembali ni (kembali melawat) turut menerima cenderamata dari PBU. Dan selepas itu, macam biasalah mereka kena bagi 'hucapan' sedikit sebanyak yang antaranya wajib include terima kasih dan minta maaf kepada semua. Ye kasih diterima dan maaf diberi tapi..
nak duwet raya! nak duwet raya! Haha. Macam kanak-kanak rianglah. Makanan agak sedap ye. Sebab ada aiskrim.
nak duwet raya! nak duwet raya! Haha. Macam kanak-kanak rianglah. Makanan agak sedap ye. Sebab ada aiskrim.
Semoga Dr. dan anda semua akan terus sukses ya. Biarin di mana kalian cari rejeki, yuk jangan lupa tanggungjawah itu mesti kita junjung sebagai amanah Allah. Ga ada beda kerjain di mana saja, yang penting kerja itu mesti dengan ikhlas. Ianya adalah ibadah kok.
Haha. Terel kan gw. Sebelum berhujah dengan lebih tak berfaedah lagi, aku tutup di sini sahaja. Nak gi masak nasik.