December 29, 2009

masa yang berlari_2009.

Posted by siti.zaimar at 12/29/2009 11:50:00 PM
Tinggal sehari lagi untuk menunaikan azam yang mungkin dah bertangguh selama 364 hari. Haha. Tinggal sehari baru kau nak ingat azam awal tahun 2009 ye. Carry forward tahun depan je lah. Aku, tahun lepas tak ada apa-apa azam pun, cuma setiap hari ketika bangun pagi aku berazam untuk menjadi lebih baik dari sebelumnya.

Yang pahit@2009.

1. Berhenti kerja Infineon:
Pada masa tu, aku baru berenti keja sebagai IT Coordinator di Kuala Lumpur. Hajat hati nak kerja di Kulim supaya aku boleh berulang ke rumah untuk tengok-tengokkan mak yang kurang sihat masa tu. Dari seramai 24 orang yang hadir, hanya 4 orang yang terpilih sebagai IT Trainee
Engineer dan aku diantaranya. Tapi persetujuan tu bersyarat untuk kerja dengan diorang. Jika tidak, kami perlu membayar sejumlah amaun sebagai ganti rugi latihan kerja yang intensif tu. Demi mak dan ayah, aku terima kerja tu. Ye lah, bukan senang nak dapatkan kerja dalam bidang IT di Kulim. KL lainlah, melambak. Finally, aku berenti separuh jalan sebab dapat offer dari Kementerian Pengajian Tinggi. Dan aku kena bayar sejumlah amaun tu. It's ok, aku think positive, dulu aku belajar pun free ja.

2. Motor hilang
PJA 8647. Motor pertama aku yang dibeli dengan duit simpanan sendiri. Untuk bayar muka je lah. Tapi dikebas orang pada hari yang sama aku menerima surat arahan lapor diri di Politeknik Balik Pulau. Ironinya. Satu berita gembira, satu berita sedih.

3. Tak dapat bertahan lagi.
Aku dah bagi dia terlalu banyak peluang. Sakit hati ini dengan sikap dia hanya Allah yang tahu. Dulu memang aku begitu sabar dengan segala sikapnya. Seminggu selepas Aidilfitri aku putuskan hubungan. Noktah. Titik. Pasrah pada Allah.


Yang manis@2009.

1. Kerjaya idaman.
Dapat berita gembira yang aku dah lulus dalam interview sebagai Pensyarah Politeknik dan Kolej Komuniti. Perlu lapor diri pada 23 Mac 2009 di PICC, Putrajaya. Ya Allah, terima kasih kerana telah mengabulkan doaku siang dan malam. Itulah cita-citaku sejak aku pandai mengenal kehidupan. Aku nak jadi pendidik. My destiny.

2. Dapat menyara keluarga dan tabungan mak dan ayah untuk ke Makkah.
Alhamdulillah, itu janji aku dari sebelum aku masuk diploma lagi.

3. Dapat mengawal emosi dengan lebih baik dan membina hubungan yang lebih bermakna dengan orang sekeliling.
I feel better now. Agaknya usia yang semakin bertambah mematangkan aku dalam mengurus emosi dan tingkahlaku orang lain.

4. Ditemukan dengan rakan-rakan sekerja yang baik hati, manis, sporting dan kelakar. Enjoy!!
Diorang semuanya memang best. Sekepala dan gila-gila membuatkan pejabat sentiasa bising dengan usik mengusik dan kutuk mengutuk ala tak boleh blah. Membuatkan aku langsung tak tensen nak pi kerja. Setiap hari penuh ceria. Tq Rozita, Nisha, Dirah, Hani, Za, Fandi, Aray, Anas, Kak Nini, Kak Masri, Kak N, Encik K.

5. Mengalami pengalaman bekerja yang diimpikan selama ini.
Inilah pengalaman kerja paling best dan fortunately it was my final job. Mendidik, mengajar, belajar, membetulkan, menerangkan, mendemonstrasi, melayan kerenah pelajar yang pelbagai, berkongsi suka duka mereka, menghadap pelbagai tugas sampingan, anything baik dan buruk. Tak kisahlah. I just love it.

6. Puas hati dapat mengajar designing subjek Adobe Photoshop, Adobe Illustrator dan Adobe InDesign.
Owh, aku sangat suka designing. Mata aku boleh bercahaya kalau cerita bab-bab ini. Haha, tipu tak da lah sampai bercahaya. Sebelum ni ramai yang mintak aku ajarkan benda-benda ni secara tak rasmi. Bahkan aku pernah ajar seseorang melalui sms. Dari nothing sampai pandai. Dan aku
sangat puas hati bila dapat ajar di depan kelas. Terdetik di hati aku, memang ini yang aku nak. This is what I want.

7. Dapat lesen kereta
At the age of 28th? Oh lambatnya tumbesaran aku. Haha. Tapi takpa, at least aku dah dapat. Dan langkah seterusnya aku nak beli 'gajah' tahun hadapan. Alang-alang dah bulan 12 baik tunggu tahun lain so harga pun dah turun sikit. Yang sederhana dan praktikal je.

8. Perkenalan yang manis
Surely you know that's you kan. Just hope that our relationship is remains and never come end. You make me feel myself.

9. Diuji dengan indah oleh Allah
Tak ada satu pun ujian yang diberi tak ada hikmah. Fikirkanlah.

Anyway, aku bersyukur kerana masih dipanjangkan umur hingga ke penghujung tahun 2009 ini. Semoga yang baik-baik sahaja menantiku di tahun 2010.
 

~mind and thoughts~ Copyright © 2011 Designed by Ipietoon Blogger Template Sponsored by web hosting