March 24, 2010

induksi.

Posted by siti.zaimar at 3/24/2010 04:02:00 PM
Hari kesembilan. Hari-hari aku menghitung hari nak habiskan kursus induksi ni. Bosan yang teramat sangat bila asyik disajikan dengan ceramah. Tapi dalam bosan-bosan pun aku ambil perhatian jugaklah. Maklumlah benda ni amat penting untuk perjawatan aku. Hari kesembilan adalah hari untuk study sebab hari kesepuluh akan menghadapi ujian akhir.

Okay. Nota yang sangat banyak. Ada la setengah kilo. Aku rasa boleh buat nota untuk satu sem. Bila tengok nota banyak-banyak ni teringatlah kembali zaman-zaman belajar dulu. Jujurnya aku ni bukanlah dikategorikan sebagai pelajar yang rajin. Tapi lebih banyak main-main masa belajar.
Kalau orang nampak aku belajar, tapi sebenarnya aku tengah buat kerja lain. Aku anggapkan kerja lain aku sebagai 'iklan' yang memberi semangat untuk belajar, tapi last-last iklan yang terlebih banyak. Haha. Tapi time pressure nak jawab exam aku bleh ingat pe yang lecturer ajar
walaupun tak baca. Dapat gak skor. Memang hormon adrenalin aku ni banyak berjasalah.

Orang kata study awal. Buat nota ringkas. Tapi aku tak amalkan semua tu (pelajar-pelajar sila jangan ikut yeh). Aku amalkan study last minute yang betul-betul last minute. Exam pukul sembilan pagi esok, pukul 10 malam ni baru aku buka buku. Aku pernah amalkan study awal tapi hampeh. Lupa jugak masa nak exam tu. So aku memang tak percaya konsep study awal. Pada kes akulah.

Orang kata jangan belajar untuk lulus exam saja. Tapi aku memang belajar untuk lulus exam. Memang kalau kita study awal atau lambat, untuk exam atau pengetahuan sendiri, kita akan lupa KECUALI bila kita praktikkan benda tu. Macam programminglah. Masa aku kerja, baru aku praktikkan apa yang aku belajar. Baru aku buka buku balik. Dulu? memang study untuk exam je. Hehe. Aku ni memang pendidik yang tak boleh dicontohi la kan. Pendek kata, tak boleh jadi ahli motivasi untuk budak yang nak periksa. Hancus habis nanti.

Dah tak pasal-pasal masuk bab study. Okay. Ni iklan aku untuk study hari ni. Tulis blog. Warghh. Orang tulis blog time free. Tapi aku pulak time banyak kerja.

Kursus Induksi

Tarikh : 15-25 Mac 2010
Tempat: Hotel Grand Continental, Penang
Sesi: Kumpulan 1 Bil 3/2010

Ada kawan aku bagitau hotel ni best. Oklah, tapi yang tak best bab makanan dia. 10 hari asyik menu yang sama je. Sampai dah hujung-hujung kursus ni aku rasa tak berapa nak makan dah. Bosannyelah makanan dia. Nasib baik malam ni ada barbeque. Mesti chef ni spesis M jugak ni. Dan hotel yang dekat bandar ni kurang sikit fresh air berbanding kawan-kawan aku (Rozita dan Za) di Hotel Hydro Majestic. Dekat Pantai Batu Feringghi. Senam depa tepi pantai. Di perairan yang indah. Tapi kami di tepi kolam. Di tingkat 23. Dan sempit. Haih.

Aku dapat bilik sorang je. Mula-mula tak best tapi last-last ok je. Bolehlah aku basuh dan sidai baju tanpa was-was. Hehe. Boleh tengok channel tv mana yang aku suka. Boleh tidur dalam sebarang posisi. Boleh bangun dan mandi lambat-lambat. Ok stop. Bersyukurlah pe yang kita dapat kan.

Kenapa kena hadir kursus induksi. Untuk adik-adik yang belum tau, kursus ni wajib bagi kakitangan awam yang telah sah dilantik bagi tujuan pengesahan jawatan. Dah sah jawatan, bolehlah beli rumah. Haha. Okay itu objektif jangka panjang. Kat dalam kursus ini akan diajar tentang:

  • Arahan Perkhidmatan dan Keselamatan - merangkumi sistem fail, sistem rekod, Penilaian Prestasi Tahunan, dan Arahan Keselamatan yang memastikan penjawat awam mematuhi kawalan rahsia kerajaan. Dalam kes aku, soalan-soalan exam, markah pelajar, gred semua termasuk dalam rahsia tau.
  • Pekeliling Kemajuan Pentadbiran Awam - TQM, Manual Prosedur Kerja, Fail Meja, Pengurusan Mesyuarat, Peningkatan Kualiti, Piagam Pelanggan, Kumpulan Meningkat Mutu Kerja(KMK) dan ISO 9000.
  • Dasar Kerajaan - Wawasan 2020, Pelan Induk Perindustrian, Dasar Pembangunan Negara, Dasar Pertanian, Dasar Pendidikan, Dasar Penswastaan, Dasar Persyarikatan Malaysia, Dasar Kebudayaan, Dasar Sains Teknologi dan Alam Sekitar (topik ni boring).
  • Pengurusan Kewangan - Akauntabiliti, Pekeliling Perbendaharaan, Belanjawan Negara, Belanja Mengurus, Pengurusan Harta Awam, Tatacara Pembelian, Sistem Perakaunan
  • Pengurusan Am - Pengurusan, Motivasi, Komunikasi, Kepimpinan, Kaunseling.
  • Perintah-Perintah Am - Peraturan Am Pegawai Awam (Perlantikan, Kenaikan Pangkat dan Penamatan Perkhidmatan), Cuti, Elaun, Perumahan dan Perubatan, Peraturan Am Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib).
Ok. Itu yang belajar. Yang dinilai pulak adalah terbahagi kepada 2.

  1. Penilaian Sepanjang Kursus yang kena buat satu pengucapan awam, 3 assignment individu dan 3 assignment kumpulan.
  2. Ujian Akhir Kursus yang terdiri dari Soalan Objektif dan Subjektif.

Begitulah adanya. Dan hari ini dengan bangganya kami semua telah mengsubmit semua assignment yang berkenaan, setelah beberapa malam berdiskusi sehingga mata pun dah tak larat bukak. Dan pengucapan awam aku pun telah dilaksanakan dengan jayanya pada hari Isnin yang lalu.Tajuk Implementasi IT dalam Pengajaran dan Pembelajaran. Sejuk jugak kaki tangan aku nak berucap depan pegawai-pegawai lain. Fuh.

Jadi hari ini hari kesembilan. Hari untuk berstudy. Tunggu last minute bleh? Haha. Oh tak sabar nak balik dan berjumpa orang-orang tersayang.

March 13, 2010

my browser dress.

Posted by siti.zaimar at 3/13/2010 01:36:00 PM
Browser aku dah ada baju baru tau. Tadi baru saja upgrade Mozilla Firefox kepada Mozilla 3.6. Baru aku perasan rupanya main page dia tengah promote 1 lagi add-ons yang memang cun, membuatkan pelayaran kita ke alam maya lebih anggun, tersendiri dan berpersonaliti.

Add-ons yang diberi nama Personas ni sebenarnya dah dilancarkan pada bulan March 2009 yang lalu, dah setahun kan. Tapi penggunaan mungkin belum cukup meluas. Dan pada bulan March 2010 pulak, depa dah lancarkan version terkini iaitu Personas 2.0. Ayat mudahnya Personas ni ibarat skin pada Mozilla kita la. Tengok aku guna theme Japanese Tattoo.. cantik kan.

Japanese Tattoo


Yakuza Paintings (kot!)

Twilight Saga Eclipse

Dan jugak ada lebih 60,000 design yang sedang dan akan dilancarkan melalui komuniti Mozilla. Tukar hari-hari pun takpa. Kalau anda, kawan anda, sedara-mara anda yang berminat boleh dapatkan di kedai akuarium yang berdekatan okeh , di alamat personas.com. Tapi ingat, untuk kita-kita Mozilla's aje.




March 11, 2010

mutasi.

Posted by siti.zaimar at 3/11/2010 04:04:00 PM

Haha. Hasil daripada rujukan Stumbeupon.com hari ni telah menemukan aku dengan gambar yang agak menarik ni. Dan juga salah satu tanda keajaiban yang Maha Esa. Ni lah yang dipanggil Raja Penguin. Kenapa Raja? Sebab penguin ni berwarna hitam keseluruhannya dan kelihatan macam memakai tuksedo!

Menurut ahli biologi, menatang ni telah mengalami perubahan mutasi yang mungkin jugak "satu dalam sejuta". Anyhow, benda ni tetap cumil pada pandangan aku, macam Pingu. Haha.

google page rank.

Posted by siti.zaimar at 3/11/2010 12:17:00 PM
Yezzaa.. google page rank sudah naik 1 anak tangga untuk http://photoshopterritory.blogspot.com.

Walaupun jarang update. Bukan saja tak mau update tapi PBU dah blocked access ke 4shared. Ntah hape-hape la. Tak pasal-pasal aktiviti P&P online aku tersekat. Tak suka tak suka.

March 4, 2010

bulan outstation.

Posted by siti.zaimar at 3/04/2010 01:51:00 PM
Alhamdulillah, akhirnya aku selamat sampai ke KL. Lagi. Untuk menghadiri mesyuarat Pre-Kaunsel Penyelarasan Labsheet di Heritage Office Tower, Seri Kembangan. Dalam tempoh tak sampai sebulan dah dua kali aku ke KL. Terpaksalah aku tinggalkan kelas lagi. Nasib baik kali ni cuma dua hari dan kebetulan aku pun tak ada kelas pada hari Jumaat.

Tapi, tak kisahlah. Dah namanya pun kerja kan. We are paid to do this such thing. Aku menerima je dengan hati yang terbuka, redha dan ikhlas. Ini semua adalah pengalaman yang akan menambah kualiti pada kerjaya aku kelak. InsyaAllah.

Petang di KL ni terasa bahang sekali. Bosan bila berseorangan bila adik aku gi kerja. Nak update blog? Hmm tak ada apa yang menarik rasanya. Yang ada pun perlu disimpan sehingga tiba masanya, yang aku tau aku rasa nak menulis walaupun tak ada apa-apa. Kalau rasa boring bleh pergi ke sudut kanan atas dan tekan butang pangkah sekarang. Haha.

Bulan ni banyak outstation, maklumlah time cuti semester. 15hb sehingga 25hb aku perlu menghadiri induksi. Nasib baik dapat dekat saja, so tak payahlah aku nak angkat beg pegi jauh-jauh. Malas seh. Kalau tak da kenderaan jabatan time tu lagi teruk. Ada kawan-kawan aku yang dapat Johor, Melaka, Pahang. Dulu la. Sekarang ni kebanyakkan buat 'dalam negeri' ja. Nak cut cost la tu. Yang agak tak best sebab those date redundant dengan salah satu event penting dalam hidup. Tapi tak ada apa hal lah, as long as kita boleh adjust kan.

Ni pun belum tentu tiba-tiba aku kena pegi BTN pulak. Maklumla, kementerian ni suke benau bagi aktiviti last minit. Lagi sehari dua nak pergi baru dapat surat. Adeh, orang ni macam-macam nak kena prepare, dengan aktiviti pengajaran dan pembelajaran lah, nak siapkan bahan, nak tinggalkan bahan kat assist lecturer, nak bagi amanat kat student, nak rearrange tarikh-tarikh PB. Kadang-kadang kena sediakan material untuk dibawa ke mesyuarat or kursus tu. Aku pun tak fahamla. Yang paling penting dalam karier seorang lecturer adalah pengajaran dan pembelajaran, tapi kadang-kadang tugas sampingan yang lebih dipentingkan. Haih.

* Ni aku type guna netbook adik aku. Dari segi keypad agak best, tapi dari segi view aku tak puas hati, kecik tuek.

** Tak best langsung guna Internet Explorer. Argh nyampah. Banyak nau cookies yang mengganggu. Konon nak memudahkan pengguna, kan bagus macam Mozilla, set sekali je, pas tu tak da dia nak tanya-tanya dah. Brff. Dan tak best lagi sebab susah nak space kat line.

***Mungkin entry ni sesuai letak bawah label membebel. Hahah. Aku memang tak pandai membebel live tapi dalam blog macam ok je, agaknya sebab ada function Backspace kot :P.

March 1, 2010

jejak kasih.

Posted by siti.zaimar at 3/01/2010 09:20:00 PM
Gembira sekali. Dengan bantuan Facebook aku dapat menjejaki beberapa orang kawan lama, seorang kawan sekolah rendah, 8 orang sekolah menengah, 4 orang kawan UiTM dan seorang kawan UPM. Owh, terima kasih Facebook kerana menggalakkan pengguna menggunakan identiti sebenar, yang memudahkan lagi cyclus kawan-kawan lama ini.

Dasat jugak ingatan aku ni, dapat ingat nama kawan-kawan lama, walaupun ada antaranya tak rapat tapi aku dapat ingat dengan bin atau bintinya sekali. Haha.

Yang paling memberi kesan pada aku adalah penemuan kawan-kawan UiTM, mana taknya di situlah aku mula mengenal erti berjauhan dengan keluarga. Sebelum itu pun aku tinggal di asrama tapi.. setiap dua minggu aku balik kampung. Sementelah jarak pun dekat saja, tak sampai sepenanak nasik. Huhu.

Tapi bila dapat tawaran belajar di UiTM Arau dalam kursus Diploma Sains, aku banyak sekali berdikari. Masa tu belum wujud lagi telefon bimbit, satu-satunya perhubungan yang ada adalah dengan menggunakan public phone. Tapi masaelahnya, umah aku pulak tak ada telefon. Jadi kalau 2 bulan tak cuti, dua bulan lah tak dapat mendengar suara emak dan ayah. Rindu. Nasib baik aku dah belajar untuk hidup di asrama, ada kawan-kawan yang belum pernah berjauhan, setiap malam menangis nak balik kampung. Cara aku nak menghantar khabar kat umah aku? Guna surat la heh. Berkajang-kajang aku cerita kat mak, apa yang aku belajar, menu kat sana, kawan-kawan. Kadang-kadang mak balas dan bagi kata-kata nasihat untuk teruskan perjuangan. Menitik air mata ini.

Kat mana surat-surat tu sekarang ye.

Tapi takdir menentukan jodoh aku tak panjang dengan UiTM. Masuk semester tiga, aku berhenti sebab tak dapat nak catch-up lagi dengan sains tulen. Ngeri siyol, aku yang aliran sastera masuk dalam bidang sains. Tak da basic langsung. Memang susah. Masa tu dengan kawan-kawan DIS ni la aku mengadu dan they give their shoulder to cry on. Aku menjadi satu-satunya budak aliran sastera yang paling lama bertahan, kawan yang sealiran semua kecundang dari semester satu lagi.

Sebab tu aku masih ingat kat depa semua yang serumah dengan aku di Beringin 8. Kami semua baru nak mengenal dunia IPTA, datang dengan satu hasrat yang suci, berkongsi susah senang bersama. Malam-malam selalu lepak kat sidewalk depan rumah sambil tengok bulan, sambil cerita hal peribadi masing-masing. Kadang-kadang menangis bila ada kawan yang ditimpa masalah. Kadang-kadang menyanyi ikut radio kecik. Bestnya.

Aku harap, kawan-kawan yang dapat aku trace tadi, Sya, Faziha, Nik dan As, keep in touch ok.

Oh, aku rindu sekali angin malam di Arau.


 

~mind and thoughts~ Copyright © 2011 Designed by Ipietoon Blogger Template Sponsored by web hosting