February 13, 2010

separate-lah lagi.

Posted by siti.zaimar at 2/13/2010 08:24:00 AM

KUALA LUMPUR: Selepas hampir dua tahun usaha mencari penyelesaian dan berunding dengan pegawai Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) menemui kegagalan, Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan Malaysia (NUTP) akhirnya mendedahkan ‘derita’ dialami pensyarah politeknik dan kolej komuniti, petang semalam.

Seramai 8,499 pensyarah membabitkan 6,406 bagi politeknik dan 2,093 bagi kolej komuniti terbabit apabila Politeknik dan Kolej Komuniti dipindah dari Kementerian Pelajaran ke KPT sejak awal 2008 dan NUTP mendakwa, mereka tidak memperoleh apa yang dijanjikan serta dipinggirkan berbanding rakan seangkatan dalam bidang perguruan di sekolah menengah atau Kolej Matrikulasi dan Institut Perguruan.

Presiden NUTP, Leftenan Komander (B) Hashim Adnan, mengakui pensyarah di politeknik dan kolej komuniti mengalami tekanan berhubung dua perkara iaitu perubahan sistem cuti serta kenaikan pangkat atau gred gaji dan terhadap desakan serta ugutan daripada individu tertentu supaya isu berkenaan tidak didedahkan kepada umum.

“Sejak perubahan ke KPT, pensyarah wanita dan senior paling ramai mengalami tekanan sehingga mereka ingin kembali ke Kementerian Pelajaran berikutan membantah perubahan sistem cuti daripada semester kepada cuti tahunan kerana pentadbir hanya meluluskan cuti ketika keadaan tiada pengajaran dan pembelajaran, atas alasan kepentingan perkhidmatan.

“Dari segi gred gaji pula, ia hanya indah khabar dari rupa kerana susah diperoleh berikutan syarat kenaikan pangkat amat ketat termasuk terpaksa membuat penyelidikan, penerbitan, kursus serta dan temuduga seperti pensyarah universiti sedangkan jawatan itu sama berbanding guru.

Hashim berkata, NUTP sudah berusaha beberapa kali berbincang dengan pegawai KPT mengenai masalah itu dan sudah dua kali bertemu Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin termasuk secara rasmi pada 2008 dan pertemuan biasa tahun lalu, tetapi isu berkenaan masih belum diselesaikan. “Apabila isu ini berlarutan, pensyarah terbabit mendesak NUTP dan mendakwa kami tidak menjalankan tugas.

Walaupun pada awalnya cuba menyembunyikan perkara ini, akhirnya kami membuat pilihan untuk membuat pendedahan kepada media. “Menteri melayan kami dengan baik dan memberitahu akan membantu tetapi kami tidak pasti pegawai KPT di peringkat mana boleh menyelesaikan masalah ini.

Malah, kita tidak pasti sejauh mana kecairan maklumat mengenai perkara ini apabila ia sampai di peringkat lebih bawah. “Dua minggu lalu, kami menghubungi pegawai KPT tetapi mereka kata tiada masa dan sibuk...selain memberi alasan ia berkaitan dasar dan di luar bidang kuasa serta memerlukan kelulusan pihak atasan untuk menyelesaikannya,” katanya.

Hashim berkata, pensyarah terbabit seolah-olah kelas dua dan banyak masalah disuarakan mereka hanya diberikan janji tanpa penyelesaian sedangkan kebajikan golongan terbabit perlu dijaga bagi memastikan mutu tugas lebih berkesan sekali gus melahirkan graduan cemerlang.

Beliau berkata, guru sekolah menengah mendapat banyak kelebihan dari segi kenaikan pangkat dan gred gaji walaupun mengajar untuk Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) sedangkan pensyarah terbabit mengajar pelajar bagi diploma dengan sukatan pelajaran lebih susah.-Harian Metro, 06 Feb 2010.

Nasib baik aku join the club selepas 2008, so tak da lah aku nak compare skim DG41 dan DH41. Tapi pada aku, yang penting ikhlas dalam pekerjaan, ramai lagi yang lebih menderita dalam pekerjaan diorang.
 

~mind and thoughts~ Copyright © 2011 Designed by Ipietoon Blogger Template Sponsored by web hosting