February 16, 2010

aktiviti luar pintu.

Posted by siti.zaimar at 2/16/2010 02:06:00 AM
Tarikh: 30 Januari 2010
Masa: 9.30 pagi -05.30 petang
Lokasi: Taman Negara Pulau Pinang
Pelakon utama: Tuan tanah, Encek Art

Dah lama betul tak membuat sebarang aktiviti luar pintu (outdoor) ni. Masa tak begitu mengizinkanlah. Ceh salahkan masa pulak. Begitulah sifat manusia kan. Bila dah pergi buat aktiviti, tak ada masa pulak nak menconteng dalam blog. Lastly lupa pulak point-point penting yang boleh menambah markah. Haha. Belasah je lah labu.

Kami memulakan perjalanan ketika embun masih menitik ke bumi. Ok tipu. Pagi-pagi buta lalat pun belum bangun. Apatah lagi manusia ini. Cuma selepas Subuh sahajalah baru bangun solat dan mendobi dulu. Nanti balik mungkin dah penat sampai esok. Mungkin akan lebam lutut akibat mendaki. Tengok perancangan tu. Perancangan.

Pukul 9.30 barulah tayar mula bergolek meninggalkan rumah dan membawa dua orang manusia yang tak sabar-sabar nak back to nature. Encik Art kalau you pening membaca ayat ini boleh skip sahaja. Teruskan ke perenggan berikutnya. This sentence is made with intention to fulfill the space haha. Tak sabar-sabar nak kembali ke alam semulajadi, menyedut udara nyaman dan paling penting menguji keupayaan sendiri untuk naik turun bukit dengan jayanya. Adakah akan semput atau steady. Haha.

Setelah sampai di Pejabat Taman Negara Pulau Pinang, beralamat di Jalan Hassan Abbas, 11050 Teluk Bahang Pulau Pinang, kami pun pergi merepotkan diri di kaunter. Di situ perlu dinyatakan butiran diri, destinasi dan cara nak akses ke destinasi sama ada trekking ataupun bot. Cakap pasal destinasi, di Taman Negara ni sebenarnya pengunjung boleh trekking ke 2 arah yang berbeza.

Arah 1 :- Pantai Kerachut dan kalau larat boleh terus ke Teluk Kampi.
Arah 2 :- Melalui Teluk Aling (USM-CEMAC) ke Teluk Duyung (Monkey Beach) dan terus ke Rumah Api Muka Head.

Untuk kedua-dua arah, pengunjung akan melalui Sungai Tukun dan jugak Canopy Walk.

So, kami pun decide untuk ke Pantai Kerachut sahaja (2920 meter atau 2.9km).

Jadi bermulalah langkah diatur menuju ke destinasi. Tak berapa lama masuk laluan hutan, berjumpalah Sungai Tukun. Ada jugak pengunjung yang mandi-manda dan berkelah kat situ. Seterusnya Canopy Walk. Canopy Walk ni bermula dari stesen mula hingga akhir, tak salah aku ada lima perhentian di atas pokok. Dimana setiap perhentian, jumlah pengunjung tidak boleh melebihi 4 orang pada satu-satu masa. Manakala jarak dari seorang pengunjung ke pengunjung yang lain adalah 5 meter.

Jarak 5m tau.

Mula-mula macam takut-takut ayam, tapi dah separuh jalan rasanya dah stabil dah perjalanan darah. Cuma selepas perhentian ketiga dimana jambatannya agak panjang dan agak tinggi berbanding yang lain so mencabar sikit la. Tapi tak pe. Tak mencabar tak best ye puan-puan.


Selepas turun dari jambatan gantung itu, baru the real journey will come. Naik dan turun bukit. Huh semput jugak aku beberapa kali tapi Art steady je. Ke buat-buat steady ye tak. Haha. Banyak jugak kami menemui spesis flora yang comei-comei. Tapi fauna cuma jumpa semut saja. Katak bertanduk pun takda. Haih, nak wat apa katak bertanduk. Haha lagi.

Akhirnya.

Sampai jugak ke Pantai Kerachut. Kehadiran kami disambut oleh sebuah jambatan yang menyeberangi aliran air laut ke sebuah tasik yang dikenali sebagai Tasik Meromiktik. Tasik ini agak unik kerana mengandungi dua lapisan air iaitu air sungai tawar di bahagian atas dan air laut masin di bahagian bawah disebabkan oleh ketumpatan yang berbeza.

Tasik Meromiktik

Fenomena lapisan air ni hanya berlaku sekitar Bulan April-Mei setiap tahun ketika peralihan musim antara dua monsun iaitu monsun timur laut dan monsun barat daya. Sekitar bulan Oktober ia akan kering semula sampai tahun depan pulak. So masa pegi ni bulan Januari, tasik ni sedang kering.

Pemandangan di Pantai Kerachut, subhanallah indah sangat.

Laut membiru, pasir memutih. Tenang sekali pemandangan di Pantai Kerachut.

Penatnya. Pi lepak tepi pantai dulu.

Pemandangan dari tempat kami lepak.

Berjaya tamatkan ekspedisi.

Masa sampai Pantai Kerachut dah tengahari rembang. Panasnya. Minum air paip pon sodap haha. Pas makan dan berpiknik serba sedikit, kami pun pulang dengan menaiki bot. Rilek je sambil dihembus pawana yang agak kencang. Best best.

Kalau ada rezeki nanti leh la trekking ke arah Muka Head Light House pulak.

Sekian.


 

~mind and thoughts~ Copyright © 2011 Designed by Ipietoon Blogger Template Sponsored by web hosting