December 29, 2009

masa yang berlari_2009.

Posted by siti.zaimar at 12/29/2009 11:50:00 PM
Tinggal sehari lagi untuk menunaikan azam yang mungkin dah bertangguh selama 364 hari. Haha. Tinggal sehari baru kau nak ingat azam awal tahun 2009 ye. Carry forward tahun depan je lah. Aku, tahun lepas tak ada apa-apa azam pun, cuma setiap hari ketika bangun pagi aku berazam untuk menjadi lebih baik dari sebelumnya.

Yang pahit@2009.

1. Berhenti kerja Infineon:
Pada masa tu, aku baru berenti keja sebagai IT Coordinator di Kuala Lumpur. Hajat hati nak kerja di Kulim supaya aku boleh berulang ke rumah untuk tengok-tengokkan mak yang kurang sihat masa tu. Dari seramai 24 orang yang hadir, hanya 4 orang yang terpilih sebagai IT Trainee
Engineer dan aku diantaranya. Tapi persetujuan tu bersyarat untuk kerja dengan diorang. Jika tidak, kami perlu membayar sejumlah amaun sebagai ganti rugi latihan kerja yang intensif tu. Demi mak dan ayah, aku terima kerja tu. Ye lah, bukan senang nak dapatkan kerja dalam bidang IT di Kulim. KL lainlah, melambak. Finally, aku berenti separuh jalan sebab dapat offer dari Kementerian Pengajian Tinggi. Dan aku kena bayar sejumlah amaun tu. It's ok, aku think positive, dulu aku belajar pun free ja.

2. Motor hilang
PJA 8647. Motor pertama aku yang dibeli dengan duit simpanan sendiri. Untuk bayar muka je lah. Tapi dikebas orang pada hari yang sama aku menerima surat arahan lapor diri di Politeknik Balik Pulau. Ironinya. Satu berita gembira, satu berita sedih.

3. Tak dapat bertahan lagi.
Aku dah bagi dia terlalu banyak peluang. Sakit hati ini dengan sikap dia hanya Allah yang tahu. Dulu memang aku begitu sabar dengan segala sikapnya. Seminggu selepas Aidilfitri aku putuskan hubungan. Noktah. Titik. Pasrah pada Allah.


Yang manis@2009.

1. Kerjaya idaman.
Dapat berita gembira yang aku dah lulus dalam interview sebagai Pensyarah Politeknik dan Kolej Komuniti. Perlu lapor diri pada 23 Mac 2009 di PICC, Putrajaya. Ya Allah, terima kasih kerana telah mengabulkan doaku siang dan malam. Itulah cita-citaku sejak aku pandai mengenal kehidupan. Aku nak jadi pendidik. My destiny.

2. Dapat menyara keluarga dan tabungan mak dan ayah untuk ke Makkah.
Alhamdulillah, itu janji aku dari sebelum aku masuk diploma lagi.

3. Dapat mengawal emosi dengan lebih baik dan membina hubungan yang lebih bermakna dengan orang sekeliling.
I feel better now. Agaknya usia yang semakin bertambah mematangkan aku dalam mengurus emosi dan tingkahlaku orang lain.

4. Ditemukan dengan rakan-rakan sekerja yang baik hati, manis, sporting dan kelakar. Enjoy!!
Diorang semuanya memang best. Sekepala dan gila-gila membuatkan pejabat sentiasa bising dengan usik mengusik dan kutuk mengutuk ala tak boleh blah. Membuatkan aku langsung tak tensen nak pi kerja. Setiap hari penuh ceria. Tq Rozita, Nisha, Dirah, Hani, Za, Fandi, Aray, Anas, Kak Nini, Kak Masri, Kak N, Encik K.

5. Mengalami pengalaman bekerja yang diimpikan selama ini.
Inilah pengalaman kerja paling best dan fortunately it was my final job. Mendidik, mengajar, belajar, membetulkan, menerangkan, mendemonstrasi, melayan kerenah pelajar yang pelbagai, berkongsi suka duka mereka, menghadap pelbagai tugas sampingan, anything baik dan buruk. Tak kisahlah. I just love it.

6. Puas hati dapat mengajar designing subjek Adobe Photoshop, Adobe Illustrator dan Adobe InDesign.
Owh, aku sangat suka designing. Mata aku boleh bercahaya kalau cerita bab-bab ini. Haha, tipu tak da lah sampai bercahaya. Sebelum ni ramai yang mintak aku ajarkan benda-benda ni secara tak rasmi. Bahkan aku pernah ajar seseorang melalui sms. Dari nothing sampai pandai. Dan aku
sangat puas hati bila dapat ajar di depan kelas. Terdetik di hati aku, memang ini yang aku nak. This is what I want.

7. Dapat lesen kereta
At the age of 28th? Oh lambatnya tumbesaran aku. Haha. Tapi takpa, at least aku dah dapat. Dan langkah seterusnya aku nak beli 'gajah' tahun hadapan. Alang-alang dah bulan 12 baik tunggu tahun lain so harga pun dah turun sikit. Yang sederhana dan praktikal je.

8. Perkenalan yang manis
Surely you know that's you kan. Just hope that our relationship is remains and never come end. You make me feel myself.

9. Diuji dengan indah oleh Allah
Tak ada satu pun ujian yang diberi tak ada hikmah. Fikirkanlah.

Anyway, aku bersyukur kerana masih dipanjangkan umur hingga ke penghujung tahun 2009 ini. Semoga yang baik-baik sahaja menantiku di tahun 2010.

the unforgettable scent.

Posted by siti.zaimar at 12/29/2009 05:13:00 PM
Hari ni genap 2 bulan usia Muhammad Aisy Hafiy.

Menjeling apa ntah. Ada gaya macam nak jadi Guru Besar. Haha.

Baru 2 hari balik, tapi Mak Lang macam asyik terhidu bau badan Aisy. Wanginya.. Itulah kuasa Tuhan yang menunjukkan baby tu suci bersih dari dosa. Sekarang Aisy dah berisi, pipi dah tembam. Orang jauh-jauh yang datang semua ingatkan Aisy newborn, tapi sebenarnya Aisy dah 2 bulan. Berat dah naik 2.5 kg, meningkat 0.6kg dari masa lahir.

Selalunya takyah pakai seluar, pakai baju saja dah sampai lutut. Tapi bila pakai seluar pendek dah sampai buku lali :D

Walaupun lahir tak cukup bulan, tapi sangat cergas, asyik nak menendang ja. Bila mengamuk wat badan kejung. Hai Aisy Aisy.

Masa ni terkejut dalam tido. Gimme five!

Semoga Aisy membesar sebagai anak yang soleh ye. Amin.

pesta muda mudi III.

Posted by siti.zaimar at 12/29/2009 01:01:00 AM
Tarikh: 23 Disember 2009
Masa: 8.30 -10.30 malam
Pelakon harapan: Tuan tanah, Na, Mirul, Kak Cik dan Rahimy

Ya untuk kali ketiga membawa adik-adik dari kampung dengan segunung harapan. Haha. Sebenarnya diorang datang sendiri dengan menaiki bas dan tidur di rumah Na. Tak mau pun tidur rumah aku. Huhu. Mungkin segan pada orang asing dalam rumah aku atau sebab rumah aku yang tinggi bertingkat tu tak da Astro. Phew.

Diorang datang fetch aku kat rumah pun dekat pukul 8.30 dah. Pastu si Rahimy dengan malu-malu bertempat bisik kat aku.

"Kak Sya, lapaq. Hehe."

"Lapaq ka. Nak makan pa."Aku.

"Hehehe. Tanya Kak Na, tadi dia kata nak makan apa tak tau."Rahimy.

"Nak makan apa Na?"Aku.

"Rahimy yang kata tadi."Na.

"Kak Na tadi."Rahimy.

Eceh, malu-malu pulak budak-budak ni. Gigit sekor-sekor kang. Pas membuat mesyuarat tergempar kami pon menuju ke sebuah hotel di Sungai Dua. Ok, tipu. Makan serba sederhana saja mengikut citarasa Itali. Dah la servis lambat, caj mahal lak tu. Kami kena bertindak cepat sebab pukul 10.30 Mirul (adik ipar) nak gi kerja.

3 beradik dengan kakak yang baik hati (ehem)

"Nak mintak tambah nasik" kata Na kepada waiter.

Sampai ke tapak pesta dah dekat 9.30 malam. Dan kawan aku pulak mengirim belikan comforter untuk mak mentua dia. Lalu kami masuk dan terus nak cari kedai comforter saja. Dalam dok sibuk-sibuk terdengar suara yang macam kenal menegur kat belakang. Owh Art rupanya turut datang bersama housemate dia untuk memborong tikar. Cewah, terjumpa konon padahal sebelum tu dah janji-janji dalam sms. Sempat la berbual sekejap.

Kawan nak comforter berwarna hijau dan aku pun beli jugak tapi warna purple atas pengaruh Kak Chik. Purple? Haih. Bolehlah.

Masa beli tu dok fikir macamana rupa dia bila dah dipasang. Owh teddy bear tu Kak Cik punya okek.

Pas tu jalan-jalan sekejap dah kul 10. Nak cari jalan keluar lagi. Dah la Mirul tak masuk parking, tunggu kat luar ja so agak kelam kabut jugak. Dah sampai kat luar pukul 10.20, terus pecut hantar kitorang. Kesian gak adik-adik tak sempat nak main. Tapi depa pun macam ngeri ja nak naik mendalah tu semua. Haha. Nak tapi takut..

pesta muda mudi II.

Posted by siti.zaimar at 12/29/2009 12:57:00 AM
Tarikh: 21 Disember 2009
Masa: 8.30 -10.30 malam
Pelakon pujaan: Tuan tanah, Rozita dan Nisha

Kali kedua ke pesta. Kalau sebelum ini aku menjadi pelancong, kali ini naik pangkat menjadi pemandu pelancong. Walaupun tak berbakat langsung tapi tetap nak menunjuk eksyen pada orang Terengganu dan Pahang. Cuaca jugak agak baik malam ini. Kami pergi dengan beberapa
tujuan, contohnya Nisha nak beli jam dinding untuk birthday wedding kawan dia dan aku nak beli menara jam. Haha.

Tak begitu banyak aktiviti cuma berjalan-jalan saja sambil melihat apa yang patut. Sempat jugak menjengah ke rumah Thailand yang berkerlipan dan meriah dengan lampu. Tangga dia mak aii.. Tinggi sekali. Budak-budak pulak ramai dok main lari-lari. Haih risau betul rasanya. Dalam rumah tu banyak barang yang didatangkan khas dari Thailand macam selipar pantai dan seluar kap kun kap. Haha aku bantai ja kau jangan percaya lak.

Bersama Nisha di singgahsana apakenamantah.

Dengan Rozita. Wee.. Banyak lampu kan.

On the way mencari jam dinding untuk Nisha nampak orang yang begitu ramai berdiri di kedai yang menjual comforter. Rupanya ada jual comforter yang murah kat situ, RM30 untuk sehelai comforter, fitted bedsheet, 4 sarung bantal dan 1 sarung bantal panjang. Berbaloi ah. Depa berdua ni terus memborong tapi aku tak beli lagi sebab nak tengok diorang punya komen dulu. Esok lusa nampak lagi muka aku kat pesta ni. Lalala.

Lepas tangan pun dan berkilas membawa beg comforter, barulah ingat nak balik. Lalu kami pun keluar terus ke kereta yang di parking begitu cantek tak jauh dari gate depan pesta. Aduh sekali ada surat cinta pulak kat wiper. Ntah apa la diorang ni. Time pesta consider la sikit, parking tak cukup wei. Tak pe lah, memandangkan Nisha pun tak ada pengalaman menerima surat cinta sebegitu, kami sepakat nak bagi dia merasai peluang itu. Haha. dan jugak berjanji nak menjelaskan duit saman bersama-sama.

Begitulah sahaja. Sungguh suci niat kami ke pesta. Ish ish ish.

December 28, 2009

buang sawang.

Posted by siti.zaimar at 12/28/2009 01:01:00 PM
Nampak dah berhabuk sangat blog neh.

Tak sempat nak update lagi.

Anyway thanks for those coming!

Check tugas:

E-Exam. Checked.
Laporan Penilaian Prestasi Tahunan. On progress.
Timetable Sesi Jan 2010. On progress.
MQA Area 1. Checked.

December 19, 2009

terima kasih kepada dunia ria kerana temankan aku.

Posted by siti.zaimar at 12/19/2009 04:09:00 AM
Cerita Tamil pulak. Tadi cerita Kantonis. Sebelum tu drama Melayu. Memang TV2 kau berkonsepkan 1Malaysia lah. Dalam one night straight segala drama bangsa Malaysia kau letak. If night is still long, mesti kau buh sekali cerita Kadazan, Dusun, Bajau Laut..

Tak kisahlah cerita apa pun TV tayang, aku cuma nak sedikit bunyi bising untuk temankan aku. Baru sekejap tadi dengar bunyi anjing menyalak manja. Haih. meremang sedikit tapi tak apalah. Anggap saja itu hanjing yang mengigau. Tadi aku bertungkus dan berlumus siapkan marking paper awal kononnya nak tidur, tapi bila dah siap malas pulak nak tido. So merayau la dalam internet mencari port-port yang menarik hati.

Dah lama tak buka friendster, sejak zaman berlalu dimana friendster sudah hilang taring. Apa dulu friendster bertaringkah? Bukan begitu. Masa awal-awal aku mengenali friendster sekitar tahun 2007, ada 40 juta profile dalam tu. Sekarang dah melebihi 100 juta profile. Gile lah. Kalau nak buat analogy, kalau kau baling batu kat jalan dan kena kepala orang, ada 1/5 kemungkinan orang itu adalah pemegang akaun friendster. Tapi jangan baling kat warga emas pulak, walaupun kau berniat suci nak buat kajian. Haha. Siyol.

Tapi warga muda alias remaja gothic sekarang lebih meminati facebook. Aku try gak join tapi tak layan sangatlah. Annoying gile tambah-tambah bila ada kawan kau ajak jaga ladang, tolong carikan rumah biri-biri, suruh tanam jagung what the heels. Kadang-kadang suruh jawab kuiz yang soalan merapu blergghh. Pastu bagi gift yang perlu dibagi balik. Apa ntah. Pemikiran aku dah tak selari dengan benda-benda macam tu. Pada aku tu semua kerja orang yang terlalu banyak masa sampai tak tau apa yang perlu dibuat. Terlalu banyak masa? Hmm. Hmm.

Kenapa aku join laman web sosial walaupun realitinya aku tak suka dengan benda yang macam tu. Sebenarnya cuma nak stick with my old friends. Kalau yang sms cuma kawan-kawan rapat sahaja. Yang suam-suam kuku tak mendidih macam tu jelah cara nak tau perkembangan diorang.

Owh, TV2 dah rotate balik cerita drama Melayu. Dah lama cerita ni. Wan Maimunah pun still rambut ekor 's' lagi kat dahi. Haha.

Tido sekejap menanti Subuh. Azam baru, tak mau terrrrrrlajak dah.

endorfin.

Posted by siti.zaimar at 12/19/2009 01:32:00 AM
Sah. Aku memang dalam keadaan pressure. Dah lama tak alami keadaan macam ni. Susah nak tidur, suka makan, tiap-tiap kali bangun tidur dalam keadaan resah tak menentu. Pemikiran seperti tersangkut selagi tugas yang diamanahkan ini belum aku selesaikan.

Setiap pagi, dalam hati hanya mampu berdoa "Ya Allah permudahkanlah urusanku...."

Serius. Aku sangat tak suka dragging tugas aku lama-lama. Tersekat tugas aku yang lain seperti air yang ditahan batu diempangan. Seperti ada beban besar di atas bahu. Herrgghh. Benda-benda macam ni lah yang nak mencepatkan naik wrinkles kat muka aku nih. Ngee. I hate pressure. Dan aku sangat tak suka menjadi orang yang murung, tak ceria, mengasingkan diri. I want to be like me before.

Masalahnya, bukan semua orang di sekeliling kita bersikap seperti apa yang kita mahukan. Ada ramai dikalangan mereka, merasakan kuasa cukup besar untuk memperlakukan orang lain sesuka hati mereka. Kerana mereka ada kelebihan dari segi material atau pengalaman. Tak tahu apa yang mereka fikirkan. Seronokkah dapat menganiayai orang lain seperti itu. Gembirakah hati bila tengok orang dalam kesusahan sedangkan mereka dapat membantu. Ceriakah bila dapat memberi kesukaran kepada orang lain.

Hakikatnya, naluri manusia akan tenang, gembira dan bahagia bila dapat berbuat baik kepada orang lain. Kita memberi yang terbaik, dengan harapan orang lain turut memberi yang sama. Tapi kita manusia, rambut ja sama hitam. Hati lain-lain.

Sesungguhnya aku telah berusaha melakukan yang terbaik. Semoga kebenaran akan kelihatan juga. Bukan prinsip aku untuk mensia-siakan tanggungjawab. Aku komited. Tapi siapalah aku untuk mengubah sikap orang lain.

Semoga tahun yang baru mendatang ni akan membawa kebaikan pada semua.

P/S: Nasib baik ada cita best kat TV3 malam ni. Cita pasal coklat. Ajaib sebab aku memang terbayangkan untuk makan coklat hari ni. Update: Dah selamat makan dah. Haha. (I got my endorfin).


December 18, 2009

salam maal hijrah 1431.

Posted by siti.zaimar at 12/18/2009 11:02:00 PM

Semoga tahun yang mendatang akan menjadikan kita semua insan yang lebih baik dari sebelumnya.. InsyaAllah.

December 11, 2009

pesta muda-mudi

Posted by siti.zaimar at 12/11/2009 12:47:00 PM
Cuaca sangat baik pada malam 07 Disember 2009 itu. Dan angin sepoi-sepoi bahasa. Perfect untuk perjalanan jauh. Jauhlah sangat. Haha. Dah lama tak menjejakkan kaki ke Pesta Pulau Pinang ini. Last sekali datang ialah semasa berumur 15 tahun. Dan masih ingat outfit yang dipakai ialah seluar baggy hitam dan t-shirt Adidas warna merah. Zaman 1996 memang glamourlah t-shirt Adidas tu. Cheh macam trendylah bukan. Setelah sekian lama pesta berlangsung, malam ini barulah berkesempatan datang ke pesta bersama dengan Art yang budiman.

Masa parking seolah-olah orang sangat ramai. Tapi syukurlah bila dah masuk ke pesta taklah sesak macam sardin dalam tin. Semua orang berwajah tenang sahaja seakan-akan di syurga dunia. Aik. Rupanya dah banyak sangat perubahan semenjak 13 tahun aku tak menjejakkan kaki ke sini. Stalls yang dulu cuma menggunakan bumbung kanopi macam pasar malam sekarang dah ada premis yang menarik. Kawasan terancang dan kemas. Pendek kata, senang la nak ronda dalam tu. Keadaan agak bersih dan indah.

Berjalan-jalanlah sahaja dulu. Menjadi peninjau tak bertauliah. Masuk ke aqua pet shop dan melihat anak kura yang banyak dalam balang.Besar duit syiling lima kupang saja. Haha. Kenapa dalam banyak-banyak benda yang ada aku teringat anak kura. Sebab ia sangat comel terutama bila dia terbalik nampak perut. Ada yang terjengok-jengok dari cengkerang tapi bila dah banyak-banyak macam geli lah pulak. Teringat adik ipar aku selamatkan kura-kura dari lebuhraya.Bawa balik ke rumah untuk dilepaskan ke habitat asal dia. Tak semena-mena adik Remy aku namakan dia sebagai 'Pantas'. Aik. Luculah nama itu. Rupanya masa adik Remy aku nak pegang dia, kura-kura tu lari dengan pantas. Heheh lawak keluarga namanya.

Jom balik ke pesta.

Haaa.. Dasat kan. Inilah benda yang kitorang tak naik.

Cuma naik yang ni je.

Yang paling best sekali ialah dapat pergi bermain pusing keliling. Main apakah itu. Dengan penuh semangat waja dan keberanian, kami telah mencuba semua extreme game kat situ termasuk Top Gun, Adrenaline Rush, Kudaku Lari Gagah Berani, Labah-Labah Ganas dan seumpamanya. HAHAHAKENATIPU. Sebenarnya cuma naik Euro Wheel sahaja. Eh agak peliklah sebab aku tak berasa gayat pun berada di tempat yang tinggi. Apakah kerana aku dah terbiasa dengan ketinggian sebab duduk dirumah yang tinggi bertingkat-tingkat atau sebab adanya Art jadi tak takut dah. Mungkin jugak sebab kedua-duanya. Jadi dapatlah melihat keseluruh kawasan pesta termasuklah kat parking bas Rapid Penang. Bas dia bersusun-susun parking macam kat kilang roti. Cantek sekali. Apa ntah bas pun kau kata cantek. Takda seni panoramic langsung.

Pas puas menjelajah kawasan yang sepatutnya, dalam kul 12 kami pun bergerak pulang meninggalkan kawasan yang semakin lengang sambil makan aiskrim. Sungguh best sekali release tension begini. Nanti tahun depan kita gi lagi ye.. :)

December 10, 2009

pasti boleh.

Posted by siti.zaimar at 12/10/2009 11:34:00 AM
Sabar. Sabar. Cabaran mematangkan kita. Biar sesukar mana tugas diberi aku pasti boleh selesaikannya.

Ya Allah permudahkanlah urusanku.
Janganlah kau biarkan aku tanpa bantuanMu.

Tak ada cabaran, tak ada pengalaman. Tak ada pengalaman, tak ada kemajuan.

Sabar.
Sabar.
Sabar.

"Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya."
(Al-Baqarah, 286)

"Selepas kesusahan itu ada kesenangan. Dan, sesungguhnya selepas setiap kesusahan itu akan ada kemudahan"
(Al-Insyirah, 5&6)

Sabar.

December 9, 2009

childhood.

Posted by siti.zaimar at 12/09/2009 10:31:00 AM
Some people have a childhood garden
Filled with green and growing things
Some people have a childhood garden
Filled with purple peonies
Mine is here
Throughout the year
Nothing grows here

Kalau hari ini kita pergi sekolah rendah kita dulu kan, perasan tak, kita tengok meja dan kerusi semua rendah-rendah saja. Cuba berdiri tepi koridor, rendahnya. Cuma paras pinggang. Bila pandang ke bawah, tak gayat pun. Hehe. Lawak kan. Belasan tahun dulu, kita berdiri dan beratur dengan kawan-kawan di tempat yang sama, cuma dagu yang dapat mencecah koridor. Pada masa tu, tak terfikir pun yang kita akan datang balik dengan fizikal yang tinggi melampai.

Comel kan kita semua masa kecik-kecik dulu.

December 8, 2009

rescheduling.

Posted by siti.zaimar at 12/08/2009 05:56:00 PM
Pelajar-pelajar sedang menempuhi minggu peperiksaan. Seronoklah diorang pas ni bebas bagaikan rama-rama. Cheh metafora pulak. Pensyarah-pensyarah pun terasa agak rilek sedikit, tak perlu terkejar-kejar ke kelas. Boleh lepak di waktu petang sambil makan rojak buah beramai-ramai. Haha.

Tapi tuan tanah sebagai Pegawai Jadual Waktu Jabatan masih mempunyai mandat lagi. Macam hebatlah bukan bila sebut mandat. Okay takpa bila lagi nak merasa hebat secara sendirian berhad. Tugas tetap tugas. Jadi bila masuk ja minggu peperiksaan akhir, tugas pun bermula untuk mendraf jadual waktu untuk semester hadapan. Tugas ini agak bestlah jugak, walaupun stress bila berlaku clash subjek, kelas dan lecturer tapi itu tugasan yang membina. Dan membolehkan aku mensimulasi pemikiran. Membayang-bayangkan apa yang terjadi kalau aku susun subjek ini begitu atau subjek itu begini.

Kalau rasa terbeban, anggapkan saja tengah bermain game. Wah seronoklah bukan bila tugas kau boleh dianggap bermain game. Pastu tetiba ja siap. Haha tidak semudah itu. Semester lepas adalah kali pertama, agak blank. Tapi ini sudah kali kedua, rasanya sudah berkeyakinan. walaupun cuma 4 kelas, tapi ada pelbagai constraint yang perlu dipertimbangkan mengikut situasi:

1. Sumber yang terhad. Ada lab yang mempunyai perisian tertentu sahaja. Jadi constraint pulak untuk subjek lain.
2. Pensyarah yang mengajar mengikut kepakaran masing-masing. Jadi setiap subjek yang diajar tidak boleh clash dengan paper lain yang diajarnya.
3. Ada subjek yang cuma boleh diajar pada hari Rabu sahaja.
4. Hari Jumaat petang perlu dikosongkan untuk aktiviti tidak berkaitan PNP.
5. Setiap 2 jam perlu ada gap untuk kelas sebelah pagi.
6. Lab perlu dikosongkan 2 jam setiap minggu untuk maintainance.

dan sebagainyalah.

Owh ayam dah berkokok rupanya. Tandanya hari sudah lewat petang.

Bersurai-surailah kita.
 

~mind and thoughts~ Copyright © 2011 Designed by Ipietoon Blogger Template Sponsored by web hosting