November 30, 2009

ibu bapa yang comel.

Posted by siti.zaimar at 11/30/2009 09:03:00 PM
Hari ni mak dan ayah ajak aku temankan diorang pergi Tabung Haji kat Kulim. Oleh kerana adik-adik aku semuanya tak ada hari ni, jadi aku perasan sekejap jadi anak bongsu, bukan tu saja perasan jadi anak tunggal lagi. Haha. Memang tak boleh blah. Jadi kami tiga beranak pun bersiap nak pergi selepas Zohor.

Sebelum pergi ayah aku pun menyimpan semua burung-burung peliharaan dia dalam garaj. Takut hujan. Ada tiga ekor kot. Yang lain dah disunting orang. Aik. Bukankah aneh. Agak comel perbuatan ayah aku ni. Aku cuma perhatikan ayah. Aku pun perasan kebelakangan ni janggut dan rambut dia dah memutih dengan banyak. Tapi itulah. Walaupun kulit ayah kering sebab kerap dibakar matahari, tapi aku nampak cahaya kebahagiaan dalam muka dia. Tambah-tambah sekarang ayah jarang pakai gigi palsu dia, dan perut yang agak sihat menyebabkan dia nampak lagi comel. Suka bergurau senda dengan anak-anak dan isteri, membuatkan kami semua rindu bila ayah outstation macam ikut rombongan ke apatah. Isk isk isk.

Mak pula semakin kurus sekarang sejak disahkan ada masalah jantung. Nasib baik sokongan anak dan menantu banyak membantu disamping motivasi yang kuat dari dalam diri mak sendiri. Tak berputus asa untuk mendapatkan perubatan yang terbaik. Mak seorang yang sungguh tabah. Supermom. Chayok mak. Anak-anak mak ni tak pernah lupa doakan kebahagiaan mak dan ayah. Mak dan ayah adalah harta kami yang tiada nilainya. Tak akan ditukar walau dengan imbalan harta satu dunia sekalipun.

Dipendekkan cerita, lepas pergi Tabung Haji, aku temankan mak pergi beli tudung. Pergi survey kat 2,3 buah kedai. Pesen mak simple ja. Jenis serlom tu. Jenis sarung ja tak payah nak pin-pin semua. Aku tengok makcik-makcik kat kampung aku semua jenis tudung tu. Dan temankan ayah beli seluar. Pilihkan warna. Hehe. Time balik ayah nak singgah minum cendol tapi kedai tak bukak. Kedai mi rebus pun tutup. Tapi takpa. Kami anak beranak yang comel merengkoh pulak pergi Pasar Malam Serdang. Aku nak cari sate. Tapi tak bukak jugak. Last-last beli ja apa yang ada.

Haha. Tu lah pengalaman aku jadi anak tunggal hari ni. Sengaja ditulis untuk kenangan dimasa hadapan. Eceh.

through my window.

Posted by siti.zaimar at 11/30/2009 09:31:00 AM
Isnin. Hari ini masih bercuti walaupun colleagues semuanya dah masuk kerja. Bajet orang jauhlah tu sekali balik nak cuti lama-lama walaupun perjalanan tak sampai sepenanak nasi. Haha. Sebenarnya dah lama tak balik kampung bercanda dengan keluarga, sebab 2 minggu berturut-turut memberi komitmen kepada sukan. Macam best lah pulak cakap macam ni. Padahal aku ni cuma penyumbang kekalahan ja. Tapi best jugak kadang-kadang jadi loser. Macam biasa ayat mesti cover. Haha.

Walaupun bercuti tapi hati tak berapa senang sebab ada satu kerja lagi belum disiapkan. Kerja yang urgent pulak tu. Semalam dah cuba buat tapi dapat empat soalan saja otak dah pening dan mamai macam kena block dengan batu bata. No wonder la rupanya masa tu dah 4.30 pagi. Hadeh. Sebelum ni bukan tak cuba buat tapi i need a power from last minute. Again. I won't do as long as there are no time force. Macam pil kuda ke. Haha jangan nak buat lawak annoying kat sini boleh. Aku pun tak tahu pil kuda tu apa (naif).

Lain kali mungkin kena tipu diri sendiri untuk letakkan due date awal supaya aku boleh habiskan kerja awal. Boleh ke macam tu. Mind setting beb. Tapi macam susah je. Kalau kerja tu due date dia minggu depan dan hari ni aku free sekalipun, bila buka laptop aku akan menerawang buat kerja lain dulu. Kadang-kadang siap boleh edit gambar guna photoshop lagi. Kadang-kadang siap dapat masterpiece. Gile lah. Taken 2,3 jam tu. Kadang-kadang bile dah penat aku pun tutup laptop atau bloghopping je. So kerja tak siap jugak.

Perangai ni sebijik macam aku sekolah dulu. Time prep aku akan bawak buku rujukan tebal-tebal gajah konon nak studylah, tapi bila duduk je aku bukak buku conteng aku dan mula melukis. Kadang-kadang tulis sajak atau conteng yang ntah apa-apa. Time SPM lagi sebulan baru aku start study (dalam tu pun banyak main-main). Nasib baik still jadi best student. Fuh.

Satu lagi perangai aku walaupun kerja last minute tapi aku nak kualiti tetap terpelihara. Tu yang menyebabkan kesihatan sedikit terganggu sebab last-last baru nak HARD WORK. Sakit pinggang, sakit kepala, sakit belakang. Tapi takpa selepas tidur semuanya kembali normal. Eceh. Pada aku, A JOB WORTH DOING, IS WORTH DOING WELL. Haha lama gila aku tak reveal prinsip hidup aku ni. Dulu selalu tulis dalam Buku Memo. Generasi sekarang dah tak tahu apa Buku Memo agaknya. Buku Memo ni buku yang digunakan untuk suruh kawan-kawan tulis biodata diorang. Pastu letak gambar sekali. Kau tulislah dengan tulisan dan design yang paling kreatif. Memang kreatif la umat sekolah menengah dulu-dulu. Long life born 80's. Haha tetiba je.

Balik pada kerja last minute, sebab tu aku tak suruh student aku study awal-awal. Sebab aku pun sama huhu. Dulu ada sekali aku try study awal, buat nota bagai. Masa ni belajar di UPM lah. Tapi dalam 2 minggu lagi nak exam, dah surrender. Pastu dok tengok tv ja. Malam sebelum exam dah lupa pe yang aku study. So aku pun study balik dari pukul 2 hingga 5.30 pagi. Tido satu jam dan bangun terus pergi exam. Dapat A jugakla. Alhamdulillah.

So, pada aku, cara kita study tu tak penting. Yang penting ilmu yang kita perolehi tu dapat kita amalkan dalam kehidupan seharian dan alam pekerjaan. Jangan rasa rendah diri kalau gred tak bagus. Jangan risau. Nanti masa kerja kita boleh refer buku dan internet. Cuma masa belajar ni perlukan pemahaman ja. Dan personally aku sendiri suka subjek yang praktikal macam Desktop Publishing dan Web Authoring yang aku ajar sem ni. Nampak hasilnya.

Apa ntah aku blabbing ni. Sebenarnya aku nak sambung buat lagi 2 soalan ni. Kau tengok? Sempat lagi aku update blog cerita masa lampau pulak. Hai Zai.. Zai..

Berlabuh sekarang.

November 28, 2009

majlis perpisahan staf dan pelancaran halaman web.

Posted by siti.zaimar at 11/28/2009 10:24:00 AM
Biasalahkan. Bila dah hujung tahun ramailah yang mengkhabarkan berita gembira dan berita sedih kepada kengkawan. Gembira pasal depa dah dapat bertukar ke tempat kerja yang berdekatan dengan rumah, dan sedih sebab terpaksa meninggalkan kawan-kawan.

Pada 25 November 2009 bersamaan hari Rabu, telah diadakan satu Majlis Perpisahan Staf di Bilik Kuliah 3. Majlis perpisahan kali ini agak grand sebab melibatkan Tuan Pengarah, Dr Mohammad Naim Bin Yaakob yang akan berpindah ke Bahagian Pembangunan Dasar, Kementerian Pengajian Tinggi di Putrajaya. Dr. menjadi sejarah PBU sebab menjadi pengarah pertama yang berkhidmat. Sekarang kan politeknik ni kecil-kecil cili api, nanti bila besar-besar cili tomato Cameron Highlands dan beroperasi dari kediaman sendiri di Balik Pulau (aik?) barulah meriah. Haha. Mimpikan sahaja dulu ye.

Rajin betol diorang ni buat backdrop tampal-tampal bagai. Mungkin nak wujudkan elemen klasik demi kesejahteraan sejagat kot.

Selain dari Dr., ada 5 orang lagi staf yang akan bertukar jugak membawa hati. Mestilah kena bawa hati takkan kau nak tinggal kat PBU pulak. Haha. Gurau je di Hari Raya ye tuan-tuan dan puan-puan. Staf-staf berikut ialah Lan (adik aku neh), Din, CT, Shawal dan Hasrul, semuanya dari Pentadbiran kecuali Lan dari Kewangan.

Mereka yang bakal meninggalkan PBU. Sob sob sob.

Setakat ni baru seorang pengganti masuk untuk menggantikan Lan, yang lain-lain belum patah tumbuh hilang berganti lagi. Pengarah baru yang akan datang adalah dari Politeknik Jeli (dengar-dengarnya). Sumi jelly manis. Haha.

Dalam majlis yang sama Dr. jugak merasmikan halaman web PBU yang dibangunkan staf PBU secara berkumpulan dalam tempoh 2 hari. Setakat ni masih dalam prototaip lagi. Masih perlu banyak penambahbaikan sebab Dr. request untuk ada database supaya pelajar boleh check result online dan seumpamanya. Akur arahan okek.

Gumbira je Dr.

Personally aku tak suka membangunkan website yang ada frame, nampak agak ketinggalan zaman, tapi memandangkan ini adalah gabungan ramai staf dan untuk memudahkan proses linking dan layout maka keterpaksaanlah jugak. So tuan tanah bertindak untuk membuat frame dan menu di main page, banner website diusahakan oleh Nisha dan berita semasa dan aktiviti oleh Puan Rozita. Manakala intipati dalaman diusahakan oleh staf dan pensyarah lain seperti En. K, Kak CT dan Wati di bahagian Maklumat Korporat. Sue, Liza, Yat dan Ilah di bahagian Direktori Staf, Hanim di bahagian Jabatan/ Unit, dan Aishah, Fikri dan Syakir dibahagian Galeri.

Fuh apesal tiba-tiba aku rasa macam memberi ulasan Buletin PBU. Takpalah.

Ok. Tengok sikit muka-muka semasa proses membangunkan halaman web. Tarikh 23 - 25 November 2009.

Senyum walaupun lapar nasik.

Kembali kepada berita semasa. Eceh. Dipendekkan cerita mereka yang pergi mungkin kembali ni (kembali melawat) turut menerima cenderamata dari PBU. Dan selepas itu, macam biasalah mereka kena bagi 'hucapan' sedikit sebanyak yang antaranya wajib include terima kasih dan minta maaf kepada semua. Ye kasih diterima dan maaf diberi tapi..

nak duwet raya! nak duwet raya!
Haha. Macam kanak-kanak rianglah. Makanan agak sedap ye. Sebab ada aiskrim.

Orang-orang yang hadir. Aik. Orang-orang bukankah di sawah.

Semoga Dr. dan anda semua akan terus sukses ya. Biarin di mana kalian cari rejeki, yuk jangan lupa tanggungjawah itu mesti kita junjung sebagai amanah Allah. Ga ada beda kerjain di mana saja, yang penting kerja itu mesti dengan ikhlas. Ianya adalah ibadah kok.

Haha. Terel kan gw. Sebelum berhujah dengan lebih tak berfaedah lagi, aku tutup di sini sahaja. Nak gi masak nasik.

November 27, 2009

anugerah ketua jabatan.

Posted by siti.zaimar at 11/27/2009 02:56:00 AM
Pada hari Jumaat yang lalu bersamaan 20 November 2009, Politeknik Balik Pulau atau nama manjanya PBU telah mengadakan Majlis Anugerah Ketua Jabatan untuk meraikan pelajar-pelajar yang mendapat GPA 3.5 dan ke atas. Majlis yang sangat simple tapi bermakna untuk semua pihak.

En Khairul atau nama timangan Encik K selaku Ketua Program DIP bertindak sebagai VIP pada petang tersebut. Tuan empunya blog ini bertugas sebagai AJK Tugas-Tugas Khas untuk design slide dan back drop.

Marilah kita melihat gambar sahaja kerana macam biasa gambar is a poem without words.

Para pelajar yang menjadi harapan bangsa. Cewah. Hidup PBU!!


DIP2A.. First time diorang dapat neh. Tahniah..

DIP3A. Ramai jugak yang dapat second time. Ulangi kejayaan untuk sem depan yea.

Macam biasa bila budak dah balik. Tradisi. Keh Keh Keh.

Tamat.

November 26, 2009

dengan nafas Mu.

Posted by siti.zaimar at 11/26/2009 10:32:00 AM


Saat ku ucap kata taubat
Sebelum Kau memanggilku
Kembali padaMu
Menutup waktuku

Jika ku serukan namaMu
Sebelum nyawa dalam tubuhku
Kau ambil
Kembali padaMu

Karena ku tahu
Hanyalah pada diriMu
Tempatku mengadu
Tempatku mengeluh

Dan demi nafas
Yang telah kau hembuskan
Dalam kehidupanku
Ku berjanji
Ku akan menjadi yang terbaik
Jalankan segala perintahMu
Menjauh di segala laranganMu
Adalah sebaris doa ku untukMu

Saat ku ucap kata taubat
Sebelum kau memanggilku..

Tuhan, terima kasih kerana dakapan kasih sayangMu...

down.

Posted by siti.zaimar at 11/26/2009 08:29:00 AM
Memang geram kalau kita merancang nak siapkan kerja dengan cepat tetiba ada saja halangan yang melambatkan kerja tu. Halangan yang remeh-temeh pulak tu. Aku memang geram betul dengan binatang manja yang dipanggil virus ni. Yang suka menyesak dalam pendrive aku dan makan abis semua fail aku what the heels.


Geram! Geram!

Habis satu PC jadi slow macam kura-kura. Macam pagi ni, tak pasal-pasal habis masa aku tunggu nak siap format pendrive. Maklumlah pendrive ni cucuk saja di mana-mana, di pc orang, lab, laptop orang, berjangkitlah sudah. Nasib baik anak Pak Wahid ni membuat back-up seminggu sekali. So tak semua hilanglah. Alhamdulillah..

Petang semalam membuat set kedua Soalan Desktop Publishing. Aku tak tahu kena buat dua set. So bulan lepas buat satu ajelah. Ni baru nak buat yang kedua. Baru siap dua soalan dari enam, tu pun dah rasa nak muntah. Save dalam pendrive dan nasib baik terasa nak back-up dalam laptop semalam walaupun belum sampai masa rutin untuk back-up. Syukur kerana digerakkan hati olehNYA..

Emosilah pulak.

Fuh. Hidup ini penuh cabaran. Kecik atau besar. So hadapi dengan senyuman :)

November 22, 2009

bowling.

Posted by siti.zaimar at 11/22/2009 06:49:00 PM
Pagi Ahad (22 November 2009) ini telah selesailah lagi satu tugas sebagai penganjur. Dan kami semua (pelajar, staf dan pensyarah) berseronok-seronok membaling benda bulat atas lantai untuk menghentam pin. Kadang-kadang longkang pun menjadi sasaran.

Oh sungguh seronok bermain bowling beramai-ramai. Walaupun sudah 8 tahun aku tak memegang bola bowling secara konsisten, tapi masih mampu mengekalkan teknik mencuci longkang. Kadang-kadang kiri, kadang-kadang kanan. Haha. Don't expect me too bad ok. Ada jugak laa aku dapat strike dan spare. Okek takpa, pas ni aku akan mantapkan lagi eceh.

Seawal 8.30 kami telah berkumpul di Politeknik untuk memulakan hari yang penuh cabaran. Tapi disebabkan jalan yang agak jammed kerana Majlis Marathon, dalam pukul 10 pagi barulah majlis dapat dimulakan. Disertai 16 pasukan (4 orang/team) yang terdiri dari campuran pelajar, pensyarah dan staf.

Pukul 12.30 barulah semua team selesai mengerjakan kewajipan. Haha. Keputusan pun diumumkan untuk juara, tempat kedua dan tempat ketiga berpasukan dan individu, lelaki dan wanita. Berpasukan lelaki dimenangi pelajar dari kelas DIP1A dan berpasukan perempuan dari DIP2A. Terror diorang neh. Nanti kalau ada tournament antara poli blehla diorang jadi wakil PBU.

Keseluruhannya sangat enjoy, student pun enjoy dan dapat release tensen selepas habis PB dan sebelum final exam. Tahun depan Unit Sukan anjurkan lagi yeah!


November 21, 2009

pagi minggu yang tak berapa gelap.

Posted by siti.zaimar at 11/21/2009 09:58:00 AM
Hujung minggu ini terasa agak lapang. Cuma ambil masa sedikit untuk marking paper yang aneh. Makin banyak aku marking tapi timbunan assignment/ lab/ kuiz/ test/ tutorial tu tak surut-surut. Perr. Semalam juga telah memikul satu beg bawak balik rumah untuk di marking. Sebenarnya salah aku gak suka simpan kerja last minute. Blerghh. Apa nak jadi dengan aku ni.

(Dengan ini saya mengisytiharkan azam yang berada di ranking no 5 tahun depan ialah tak mau buat kerja last minute. No 1 hingga 4? biarlah rehsie.)

(Sebenarnya untuk berlaku jujur, no 1 hingga 4 pun tak ada azam apa-apa. Saja buat gimik. Haha.)

Pagi-pagi telah bangun mandi + membasuh, memasak dan mengemas. Pas tu mengadap internet. Gian rasanya nak update blog. Bukan apa. Seronok tengok apa yang dimerapukan terpapar di layar lebar. Gile ah kau guna layar lebar. Widescreen sebenarnya. Blogging sebenarnya satu kepuasan untuk diri sendiri. Nanti lagi sepuluh tahun kalau anak aku baca mesti dia terpegun tengok ummi dia begitu berkarisma HAHAHA.

Petang ni kalau tak hujan nak pegi main bowling di Bukit Jambul. Heh apa kena mengena bowling dengan hujan. Bukan kau nak main bowling padang atau nama manjanya petong. Read: Petanque. Kalau begitu hujan pun kena pergi jugak. Kerana pada minggu ini isteri orang itu tidak balik ke Terengganu angkara bowling tournament esok. Jadi beliau dalam kondisi keboringan tahap maksima. Sebab itulah kena temankan dia. Walaupun aku baling bola bowling sambil pejam mata pun boleh strike HAHAHAHAHAHA tapi best friend punya pasal aku turutkan jua.

Pastu nak pergi menonton 2012 again. Walaupun dah pergi menonton dengan jejaka yang baik hati pada hari Rabu lepas sebab sanggup pergi tiga shopping complex untuk dapatkan tiket 2012 (saya puji awak neh) HAHA, tapi takpa. Lagipun visual filem tersebut sangat best dan real combination of disaster. Volcano, tsunami and earthquake. Perrr.. CGI sungguh mengkagumkanlah bukan.

Ok mak pesan satu hari update 1 entry sahaja. Nanti kerja tak jalan.


phew.

Posted by siti.zaimar at 11/21/2009 01:25:00 AM
Semester pertama aku mengajar sudah hampir ke final exam. Summer 2010 akan mula mengajar untuk semester kedua dan seterusnya. Haha memang tak boleh blah kau bajet ngajar kat overseas la pulak. Semester pertama yang penuh dengan kekalutan dan kadang-kadang blank nak menyesuaikan diri dengan cara bekerja bawah organisasi kerajaan. Banyak betul prosedur, protokol, pandu arah dan angin lintang yang perlu diikuti. Semuanya sebab nak menjaga piawaian tahap pendidikan. Owh sangat bukan senang yang jaga piawaian untuk benda yang invisible neh. Bukan macam kau semak label.

Aku telah cuba sedaya upaya untuk membantu pelajar yang ingin membantu diri mereka sendiri untuk dapatkan ilmu pengetahuan. Dan secara tak langsung mendapatkan gred yang baik dalam peperiksaan. Tapi kepada pelajar yang malas dan tak mahu membantu diri sendiri it's up to you. Aku tak boleh memaksa kuda minum air. Apa kena mengena kuda dalam ini cerita. Baiklah. Pepatah Inggeris yang popular itulah yang berkata " Kau boleh bawa kuda minum air, tapi tak boleh paksa dia minum". Agaknya kuda itu sudah kembung. Kesian dia kerana disabitkan dalam ini pepatah. Haha.

Niat aku untuk belajar, aplikasi dan mengajar. Aku dapat melihat harapan dalam mata setiap pelajarku. Harapan untuk menangguk ilmu, seterusnya berjaya dalam hidup dan mengubah nasib diri sendiri dan keluarga. They are so sincere. So do I.

Selamat menghadapi Peperiksaan Akhir Semester Julai 2009 untuk semua pelajar yang sangat aku sayangi. Semoga kalian semua beroleh keberkatan dalam hidup, maju dalam kerjaya, dan menjadi insan yang dapat berbakti kepada agama, masyarakat dan negara.

Amin.

November 17, 2009

designer pedalaman.

Posted by siti.zaimar at 11/17/2009 01:35:00 AM
Akhernya siap jugak kerja aku malam ni. Membuat banner untuk pertandingan Bowling Terbuka anjuran Unit Sukan dan Ko-Kurikulum Politeknik pada hari Ahad ni. Dengan resource yang terhad sebab bekalan internet yang slow macam kura-kura, aku belasah je apa yang ada. Haha. Macam memasak lah pulak. Campak apa yang ada.

2,3 kali tengok macam design budak-budak pun ada. Especially untuk caps PBU tu. Tapi susah gak sebab nak kena rasterize type baru leh stylize. So, aku pun dah tak larat nak ulang banyak kali. Amik je apa-apa font yang senang nampak. Tapi nampak kurang profesional sebab kerning antara font caps PBU agak jauh.

Tambah-tambah baru lepas trace pin dengan bola bowling menggunakan Adobe Illustrator yang sangat memerlukan ketelitian. Huh. Guna mouse kau. Giler ah.

Sebenarnya cuma nak lari dari konsep banner biasa yang centralize je. Oklah tu. Janji orang tengok dah tahu.

Huhuhu.

ESOKNYA:

Kena edit gak ah sket. Rasa tak sedap hati nak display banner yang 'semacam' tu. Heheh.
Hasil terbaru.


Dah dah. Malas nak tengok dah.

November 3, 2009

alih.

Posted by siti.zaimar at 11/03/2009 01:51:00 AM
Alih. Bila kau terbeban dengan banyak kerja, sampaikan hati tak tenang. Bila pegang satu kerja, tetiba teringat pulak kerja yang lain. Kerja yang dah lama diberi tapi masih belum sempat disentuh, memang membebankan hati perut dan jantung.

*sigh*

Kau cuma perlu bermula sedikit sahaja untuk dapatkan tali semangat. Bila kau dah mula, kau akan rasa lega. Sekurang-kurangnya walaupun belum siap, tapi kau ada cara ke arah itu. Kau dah berusaha keluar dari zon selesa.

Bila kau dah mula. Senang saja.
 

~mind and thoughts~ Copyright © 2011 Designed by Ipietoon Blogger Template Sponsored by web hosting