Cuma yang aku perasan, lately aku kerap sangat emosional dan menangis kerana hal-hal yang kecik. Tambah-tambah bila melibatkan orang-orang tersayang. Yang sebelum pregnant aku tak peduli pun kalau hal tu berlaku. tapi sebab pregnant ni, huu susah nak kata.. Aku ingatkan dulu aku tak akan terkena sindrom emosi ni. Kadang-kadang rasa bahagia jugak tanpa sebab yang jelas. Sebab membawak, ye lah kan.
Dah dah la, be a strong mommy okeh. Bukan ada masalah apa pun cuma aku yang cepat terasa. Ingat senyuman si kecik dalam masa 4 bulan lagi.. InsyaAllah.
Ya Allah.. peliharakanlah anakku selama dalam kandungan dan sembuhkanlah ia. Engkau Maha Penyembuh, tiada sembuhan melainkan penawarMu, sembuh yang tidak meninggalkan kesan buruk. Ya Allah, lahirkanlah ia dari kandunganku dengan kelahiran yang mudah dan selamat. Jadikanlah ia sihat dan sempurna, cerdik berakal dan berilmu serta beramal soleh. Ya Allah, elokkanlah akhlaknya, fasihkanlah lidahnya dan perelokkan suaranya untuk membaca hadis dan Al-Quran dengan berkat Nabi Muhammad S.A.W. Amin.
Okey, update time..
Bayi akan mula mengeluarkan bahan berwarna putih yang tebal dan berkrim untuk menyelaputi keseluruh tubuhnya. Ia dikenali sebagai verniks dan berfungsi untuk melindungi kulitnya daripada cecair amniotik yang mengelilinginya. Jadi apabila bayi kita lahir kelak bayi kita tidak akan kelihatan seperti tidak mandi selama sembilan bulan. Sesetengah ibu akan berlaku kesan stretchmarks atau tanda calar pada bahagian perut. Hampir 90% wanita akan mengalaminya.Aku belum ada tanda-tanda stretchmarks lagi. Ada ke orang yang memang tak ada.. haha. Harap-harapnya kulitku mulus-mulus saja sampai bersalin. Ceh.