July 26, 2011

weekly updates: minggu ke-22

Posted by siti.zaimar at 7/26/2011 12:02:00 PM
Ya Allah, aku memang letih sangat-sangat. Ntah la kenapa, aku cuma fikir nak cuti seminggu dari beban kerja yang tak habis-habis ni. Cuti seminggu and tak diganggu oleh kerja. Aduh syoknya.. Kata orang masa 2nd trimester ni dah bertenaga, tapi aku sama je rasanya. Makan pun tak berapa 'gi' lagi. Sian anak aku. Mesti selalu lapar. Aku dah makan vitamin pun sama gak hasilnya.

Dulu balik kerja masih boleh buka laptop untuk wat kerja ofis, sekarang pas maghrib terus tetido tak ingat dunia. Biasanya pas terjaga la baru aku gi semayang Isyak, basuh kain, lipat kain, seterika kain. Apa yang aku harapkan bila ada baby nanti aku diberikan tenaga untuk menguruskannya. Harap-harap baby faham keadaan mummy dan tak banyak meragam ye sayang. Aku ingat nak cari makanan tambahan la, apa ye yang ok.

Worse thing aku asyik kena selsema, batuk, hidung tersumbat dan sakit kepala, rasa macam nak muntah lagi. Bila cakap kuat-kuat depan student adoyaii, naik mengah rasanya, nak bercakap lagi nak bernafas lagi. Takpe lah tu semua dugaan seorang ibu kan, kalau tidak orang tak umpamakan syurga di bawah telapak kaki ibu.

So tengok update minggu ke-22, minggu ni..

Seterusnya minggu ke-22. Struktur gigi bayi kita mula berkembang. Pergerakan bayi kita juga menjadi semakin aktif. Puan sebaiknya-baiknya memberikan tindakbalas dengan setiap gerakan, tendangan atau bunyi dalam uterus tersebut. Pada masa ini puan sudah boleh perdengarkannya dengan alunan zikir dan ayat-ayat suci Al-Quran untuk memberikan pendedahan dan didikan awal sejak dalam kandungan lagi. Dekatkan perakam atau pemain cakera padat dekat dengan perut puan. InsyaAllah bayi kita yang bakal lahir akan menjadi anak-anak yang pintar lagi soleh. Belailah gerakan bayi anda dengan penuh kasih sayang.

July 4, 2011

semester jun 2011.

Posted by siti.zaimar at 7/04/2011 10:56:00 AM
Hari ni bermulanya minggu terakhir sebelum sesi Jun 2011. Pelajar-pelajar baru mula mendaftar hari ni di Kamsis USM. Sunyi sepi opis. Diam tak diam dah dua tahun 3 bulan aku bekerja di sini. Sekejapnye. Pejam celik setahun berlalu. Memang tak sempat nak rasainye.

Untuk semester depan aku ditugaskan mengajar 7 kelas, 3 kelas Java Programming, 3 kelas Algorithm and Data Structure dan 1 kelas Digital Media. Mengah gak tu. Sebelum ni maksimum pun aku ajar 5 kelas je.

weekly updates: minggu ke-19

Posted by siti.zaimar at 7/04/2011 09:44:00 AM
Yeay!! a week before his/her half way in a long journey. Dari segi kehamilan, setakat ni tak da masalah, cuma sakit belakang yang membuatkan aku tak selesa kalau tidur dalam posisi yang sama kalau lebih 5 minit. Biasalah kan, berat di bahagian depan jadi weights tu kena ditanggung di bahagian belakang.

Cuma yang aku perasan, lately aku kerap sangat emosional dan menangis kerana hal-hal yang kecik. Tambah-tambah bila melibatkan orang-orang tersayang. Yang sebelum pregnant aku tak peduli pun kalau hal tu berlaku. tapi sebab pregnant ni, huu susah nak kata.. Aku ingatkan dulu aku tak akan terkena sindrom emosi ni. Kadang-kadang rasa bahagia jugak tanpa sebab yang jelas. Sebab membawak, ye lah kan.

Dah dah la, be a strong mommy okeh. Bukan ada masalah apa pun cuma aku yang cepat terasa. Ingat senyuman si kecik dalam masa 4 bulan lagi.. InsyaAllah.

Ya Allah.. peliharakanlah anakku selama dalam kandungan dan sembuhkanlah ia. Engkau Maha Penyembuh, tiada sembuhan melainkan penawarMu, sembuh yang tidak meninggalkan kesan buruk. Ya Allah, lahirkanlah ia dari kandunganku dengan kelahiran yang mudah dan selamat. Jadikanlah ia sihat dan sempurna, cerdik berakal dan berilmu serta beramal soleh. Ya Allah, elokkanlah akhlaknya, fasihkanlah lidahnya dan perelokkan suaranya untuk membaca hadis dan Al-Quran dengan berkat Nabi Muhammad S.A.W. Amin.

Okey, update time..

Bayi akan mula mengeluarkan bahan berwarna putih yang tebal dan berkrim untuk menyelaputi keseluruh tubuhnya. Ia dikenali sebagai verniks dan berfungsi untuk melindungi kulitnya daripada cecair amniotik yang mengelilinginya. Jadi apabila bayi kita lahir kelak bayi kita tidak akan kelihatan seperti tidak mandi selama sembilan bulan. Sesetengah ibu akan berlaku kesan stretchmarks atau tanda calar pada bahagian perut. Hampir 90% wanita akan mengalaminya.
Aku belum ada tanda-tanda stretchmarks lagi. Ada ke orang yang memang tak ada.. haha. Harap-harapnya kulitku mulus-mulus saja sampai bersalin. Ceh.

July 1, 2011

1 Julai

Posted by siti.zaimar at 7/01/2011 10:36:00 AM


[1]

Katakanlah (wahai Muhammad): “Aku berlindung kepada (Allah) Pemulihara sekalian manusia.
[2]
“Yang Menguasai sekalian manusia,
[3]
“Tuhan yang berhak disembah oleh sekalian manusia,
[4]
“Dari kejahatan pembisik penghasut yang timbul tenggelam, -
[5]
“Yang melemparkan bisikan dan hasutannya ke dalam hati manusia, -
[6]
“(Iaitu pembisik dan penghasut) dari kalangan jin dan manusia”.


Ya Allah, ku mohon berikanlah ketenangan dalam hati ini. Bebaskanlah aku dari bisikan syaitan yang dilaknat. Hanya pada taliMu aku berpaut, hanya pada lembayungMu ku berteduh. Kurniakanlah kami ketenangan, keberkatan dan kebahagiaan hidup di dunia dan akhirat.

Amin Ya Rabb..

*kenapa la jadi sangat sensitif.. pressure.. serabut jiwa sekarang............................... lemahnya aku Ya Rabb..
 

~mind and thoughts~ Copyright © 2011 Designed by Ipietoon Blogger Template Sponsored by web hosting