Minggu ni dah masuk minggu ke-18 pun. Perut pun dah nampak agak nyata tumbesarannya. Yang paling buat aku tak sabar nak tunggu bulan 11 adalah kerana sakit belakang, lenguh-lenguh dan mengah. Fuh.. bila time nak tidur sabar je lah, kadang-kadang bantal bawah kepala, kadang-kadang kat belakang, kadang-kadang-kadang bawah lutut. Sekarang ni sekali-sekala boleh meniarap lagi, tapi kena letak bantal la supaya ada ruang untuk perut. Nanti dah besar lagi tak dapat dah, kena guna kreativiti la untuk hilangkan lenguh-lenguh tu. Aku nak guna minyak panas tak berapa berani, tambah-tambah area tapak kaki dan perut. Orang kata tak da masalah, tapi ntah aku ni terlebih
caring kot. Tapi tak pa, demi baby sanggup hadapi apa saja masalah. Huhu. Kerana apa yang akan diperolehi nanti adalah anugerah tak ternilai :)
Perkembangan Minggu ke-18
Pada minggu ke-18, walaupun matanya masih lagi tertutup, bayi dalam kandungan kita sudah dapat mengenalpasti cahaya terang menerusi dinding rahim. Bayi kita dapat mendengar degupan jantung kita pada masa ini. Bayi dalam kandungan juga telah mula berbaring pada lelemak yang boleh memanaskan badannya.
Pengaliran estrogen dan progesterone semakin meningkat dalam badan semasa kehamilan puan masuk minggu ke-18 ini. Ia bertujuan untuk melembutkan serta membesarkan serviks untuk proses bersalin. Kesan yang sama pada selaput mukus dihidung juga berlaku yang boleh menyebabkan berdarah.
Aku selalu mengalami gusi berdarah. Mungkin tak cukup kalsium. Selalu
neglect nak minum susu. Oh lupa, rabu ni gi check gigi tau. Dah berapa minggu asyik bertangguh sebab bizi.
Ok bye.