June 26, 2011

weekly updates: minggu ke-18

Posted by siti.zaimar at 6/26/2011 10:03:00 PM
Minggu ni dah masuk minggu ke-18 pun. Perut pun dah nampak agak nyata tumbesarannya. Yang paling buat aku tak sabar nak tunggu bulan 11 adalah kerana sakit belakang, lenguh-lenguh dan mengah. Fuh.. bila time nak tidur sabar je lah, kadang-kadang bantal bawah kepala, kadang-kadang kat belakang, kadang-kadang-kadang bawah lutut. Sekarang ni sekali-sekala boleh meniarap lagi, tapi kena letak bantal la supaya ada ruang untuk perut. Nanti dah besar lagi tak dapat dah, kena guna kreativiti la untuk hilangkan lenguh-lenguh tu. Aku nak guna minyak panas tak berapa berani, tambah-tambah area tapak kaki dan perut. Orang kata tak da masalah, tapi ntah aku ni terlebih caring kot. Tapi tak pa, demi baby sanggup hadapi apa saja masalah. Huhu. Kerana apa yang akan diperolehi nanti adalah anugerah tak ternilai :)

Perkembangan Minggu ke-18


Pada minggu ke-18, walaupun matanya masih lagi tertutup, bayi dalam kandungan kita sudah dapat mengenalpasti cahaya terang menerusi dinding rahim. Bayi kita dapat mendengar degupan jantung kita pada masa ini. Bayi dalam kandungan juga telah mula berbaring pada lelemak yang boleh memanaskan badannya.

Pengaliran estrogen dan progesterone semakin meningkat dalam badan semasa kehamilan puan masuk minggu ke-18 ini. Ia bertujuan untuk melembutkan serta membesarkan serviks untuk proses bersalin. Kesan yang sama pada selaput mukus dihidung juga berlaku yang boleh menyebabkan berdarah.
Aku selalu mengalami gusi berdarah. Mungkin tak cukup kalsium. Selalu neglect nak minum susu. Oh lupa, rabu ni gi check gigi tau. Dah berapa minggu asyik bertangguh sebab bizi.
Ok bye.

weekly updates: minggu ke-17

Posted by siti.zaimar at 6/26/2011 09:19:00 PM
Sangat sibuk minggu lepas mengalahkan Jack The Builder, Who Can Fix It? *tetiba teringat animasi Jack The Builder*. 2 minggu lepas aku ke Langkawi untuk Bengkel Penulisan Penyelidikan Politeknik Zon Utara dari 15 hingga 17 Jun 2011. Nasib baik tak mabuk laut. Pas dah balik hari Jumaat, hari Ahad 19 Jun bertolak pulak ke KL untuk Mesyuarat Penyelarasan Lembaran Kerja di Heritage Office Tower Seri Kembangan. Bosan dok atas bas. Dah lame tak naik bas so kurang serasi la. Cewah..

21 dan 22 pulak amik cuti. Bila balik 23hb poli ape lagi, start Jadual Waktu pulak. Harap-harap dipermudahkan untuk menyiapkan Jadual Waktu kali ni. Dengan pengambilan yang akan bertambah 3 kelas lagi sem depan, pelajar repeat, kelas yang cukup-cukup dan subjek yang bertambah, semuanya memberi perisa masing-masing. Adodo verthu tillai. haha, aku pun tak tahu apekebende yang ditulis ni.

Sebelum tu, updates untuk perkembangan baby minggu 17;

Minggu 17..

Minggu ke-17, rambut, kening, bulu mata bayi kita mulai tumbuh sementara garis kulit pada hujung jari juga mula terbentuk. Antara keajaiban Allah s.w.t pada saat ini ialah bayi kita telah mempunyai cap carinya yang tersendiri. Walaupun pada masa ini panjang bayi hanya kira-kira 16 cm sahaja iaitu seperti sebatang pen. Puan mungkin akan alami sembelit akibat sistem usus yang perlahan. Rahim kita pula akan semakin membesar dan menekan pundi kencing. Jadi amalkan pada minggu ini, meminum lebih banyak air masak dan memakan makanan berserat, jus buah-buahan serta sayur-sayuran hijau.
Wah cergas betul, aku pada minggu ke-16 yang lepas dah mencapai panjang 16 cm. Kira normal lah bukan? Yang paling best pada minggu ni dah mula rasa pergerakan baby yang nyata, masa dok santai-santai tengok tv dengan abah pun rasa dia nguit. Masa dengar suara abah yang macho macam bagi ceramah politik pun dia nguit. Haha. Yang mana Mak Cik dia kata "baby mengeliat". Hehe, betoi jugak, lenguh gak dia kalau asyik dok ngerekot je.

June 25, 2011

Subhanallah.. Yang Maha Menciptakan..

Posted by siti.zaimar at 6/25/2011 07:52:00 PM

mama yang eksaited.

Posted by siti.zaimar at 6/25/2011 07:27:00 PM
Dari sehari ke sehari, semakin excited rasanya. Tambahan bila posing perasan depan cermin dan melihat perut yang semakin membesar. Cumilnya mama ni. Walau perut besar tetap cumil. Haha. Lagi excited bila perut diusap-usap oleh abah yang memanggil-manggil baby. Abah tak sabar nak rasa tendangan baby. Lambat lagi la abah, baby kecik lagi, tendang pun mama rasa macam baby mengeliat je.

"Bestnya tido.."

June 13, 2011

weekly updates: minggu ke-16

Posted by siti.zaimar at 6/13/2011 04:16:00 PM
Hari Isnin.

Hari ini aku menghabiskan 1/6 dari hari aku berada di klinik. Mula-mula ke klinik Bukit Jambul, sebab aku dah mintak Klinik Sg Dua refer aku ke sana, dekat dengan tempat kerja. Bila dah pergi sana, dia cakap buku aku belum di pass oleh Klinik Sungai Dua, and dia mintak aku ke Sungai Dua. Adess, dah la jalan jem tau tak. Kat roundabout Jln Dr Awang dah macam kena hurung kelkatu.

Tak pe lah, pegi jugak lah janji misi check-up hari ni terlunas. Per ayat. Sampai dapat nombor 186, tau dah mau kebas pung*** ni nunggu nye. Bila bagi buku pink, nak kena tunggu orang yang appointment hari ni settle baru aku leh masuk line.

Lepas 2 jam, baru namaku dipanggil.

Ukur berat, naik la 600gram. Haha macam nak beli sayur kangkung. Sekati. Tapi ok lah berat macam tu sebelum 20 minggu. 500gram alias setengah kg ja seminggu.

Tekanan darah ok, maintain 110/70. Dah setel satu bab. Menuju ke Makmal untuk urine test pulak. Ambik nombor lagi. Ambik sample urine pastu seterusnya ambik darah. Alhamdulillah Hb dah naik kepada 10.9 berbanding 10.3 sebelum. Kena jaga makan lagi nih.

Dah selesai kat Makmal, pergi pulak ke Bilik Ibu dan Anak, tunggu lagi. Nurse bagi nasihat untuk jaga pemakanan, biar seimbang. Ada jugak dia tanya dah ada baby movement ke belum. Normally at 20 weeks, baru rasa. Aku ade rasa perut nguit-nguit kadang-kadang tapi tak pasti betul ke tak. Tapi ok lah kan, aku baru 16 weeks, ade sebulan lagi. Tak sabarnya :)

Then nurse check perut aku, ukur janin. Dh 16cm tingginya. Sesuai dengan umurnya, alhamdulillah. Aku jugak kena scan untuk pertama kali hari ni. Wah mama suke suke suke.

Buat pertama kali jugak aku dapat melihat anakku. Dah ada kepala, kaki dan tangan yang sempurna. Alhamdulillah. Indahnya perasaan ini. Ada jugak kelip-kelip di tengah dadanya, yang Doktor bagitau sebagai jantung. Alhamdullillah..

Oklah, update untuk janin yang berusia 16 minggu macam ni ye..
Kehamilan puan kini sudah hampir 4 bulan. Pada masa ini badan kita perlu senantiasa sihat dan bertenaga. Bayi kita telah terbentuk sepenuhnya dan perlu diberikan nutrien yang secukupnya oleh plasenta. Bayi kita mula menerima nutrien dari plasenta sejak minggu ke-14. Kini bayi dalam kandungan telah mempunyai tulang yang kuat dan dia juga sudah boleh mendengar bunyi-bunyian untuk pertama kali.

Dah terfikir nama yang sesuai untuk baby boy. Semestinya mewarisi semangat abah, hehe. Nama baby girl nak fikir next week pulak.

Tata.

June 8, 2011

weekly updates: minggu ke-15

Posted by siti.zaimar at 6/08/2011 09:05:00 AM
Minggu ni.... ape yang baby develop kat dalam tu yer..

Minggu ke-15, bayi kita sudah mampu menggenggam tangannya dan menghisap ibu jari. Kelopak matanya masih tertutup dan akan terus kekal sedemikian sehingga minggu ke-26. Walaupun begitu bayi boleh mengetahui perubahan cahaya ketika ini. Bayi kita juga sudah boleh menelan. Puan akan merasa perubahan ketara kerana garis pinggang kita akan mengembang dan jantung mula berdegup 20% lebih pantas kerana isipadu darah mengalir dalam badan telah meningkat.

Jadi banyakkan senaman ringkas atau puan juga boleh melakukan aktiviti berenang untuk meringankan simptom kehamilan dan menyediakan stamina manjadi lebih kuat ketika proses kelahiran kelak.
cumilnya dah boleh hisap ibu jari dah.. nyonyot ye.. :p

June 4, 2011

argh!! gua pening bila melibatkan benda full-auto

Posted by siti.zaimar at 6/04/2011 08:15:00 PM
Bendanya ialah mesin basuh kat rumah aku.

Dua tiga hari lepas masa dok bersantai-santai menonton tv tetiba ada benda sejuk mencuit kaki aku. Apakah itu? Tengok-tengok air washing machine dah melimpah. Eh? apakes tak de tanda-tanda paip sumbat tetiba umah aku banjir. Adoi sangat stress tertekan teredam remuk rasa hati ni bila tengok umah banjir dan air melimpah ruah bawah tikar. Terpaksalah Mak Labu dan Enche Art jadi buruh kontrak menolak air kuar dari umah. Letih tau tak. Baru balik keja nak kena wat keja-keja kontrak nih.

Pas keja-keja mencari sumber kebanjiran tersebut, paip yang ada skru yang link kat paip umah plak tercabut. Arghh. Satu hal lagi. Paip tu susah gila nak skru tau. Kena tepat angle macam kena belajar Archi ke apatah. Aku dah la jenis kalau kerja-kerja domestik dalam umah aku tergendala macam nak basuh kain ke, nak basuh pinggan ke tapi tak leh buat, stressnya satu macam. Boleh sampai tahap mimpi-mimpian. Nak basuh manual pulak kena slow-slow la, kesian Mak Labu ni kan. Nak suh Enche Art pun, kawan dah la sakit gigi. Tak kalau dah tak boleh tak pasal-pasal gigi dia pulak yang diskrunya. Nak panggil plumber, macam tak logik.

Aduhai mesinku....

June 1, 2011

rase rajin sikit sebab dah hantar laporan dwitahunan 2009/2010.

Posted by siti.zaimar at 6/01/2011 03:41:00 PM
Ni lah yang dikatakan update blog 2 kali setahun. Macam sembahyang raya pun ada gak. Hehe. Bila dah malas tu jangan nak kata apalah. Sebenarnya sekarang agak free, baru lepas hantar draf laporan dwitahunan 2009/2010 Politeknik Balik Pulau untuk disemak oleh Dr. Zahari. Sumthing yang memang memenatkan dan jenuh nak cari masa dalam kesibukan pengajaran dan pembelajaran nak menyelesaikannye pun.

Now, aku mampu tersenyum. Apa sebelum ni tak mampukah? iye, macam dah melepaskan biawak terkepung, tak perlu dibagi makan dah. Haha. tak baiklah kan, tu lah salah satu kerja sampingan aku di samping tugas hakiki. Mka haruslah dilaksanakan dengan sebaik-baiknya.

Ni muka depan dia *angkat muka sikit*...


tak habes2 menunjuk karya di sini kan. Oklah, nak tunjuk perkembangan anak pulak. Minggu ni dah 14 minggu dia kat dalam tau. Only 26 weeks to go. Jom kita tengok perkembangan baby minggu ni.

Masuk minggu ke-14 degupan jantung bayi akan semakin kuat dan kita sudah boleh mendengarnya melalui ujian imbasan. Lajunya adalah 2 kali ganda kelajuan jantung kita. Pada masa ini bayi kelihatan kurus kerana belum terdapat lapisan lemak. Kulitnya juga sangat nipis sehingga kita dapat melihat saluran darahnya. Pada tahap ini juga biasanya ibu hamil akan mengalami masalah sembelit kerana pergerakan usus cenderung diperlahankan semasa hamil. Jadi elakkan daripada memakai pakaian yang ketat atau sendat agar puan-puan berada dalam keadaan yang selesa.

Sembelit? Memang masalah am ibu mengandung. Tapi kena banyakkan minum air dan makan buah masam-masam cicah kuah rojak. Nyam. Bila nak gi scan ye. nak tunggu baby besar sikit baru nampak pergerakan dia.

Okeh time to work. Kena arrange time table pulak.
 

~mind and thoughts~ Copyright © 2011 Designed by Ipietoon Blogger Template Sponsored by web hosting