August 14, 2010

rahmat ramadhan.

Posted by siti.zaimar at 8/14/2010 09:29:00 AM
Ramadhan datang lagi.

Bila dah semakin dewasa, semakin berkobar-kobar nak sambut Ramadhan. Kemeriahan beraya dah tak berapa dipentingkan sangat. Begitulah adatnya kan seorang manusia. Sebab tu lah ramai yang kita tengok masa mudanya ligat mengalahkan menda+yang+kena+ikat+di+bulan+puasa, tapi bila dah tua sejuk hati menengoknye. Tapi aku baik je dari dulu sampai sekarang. Tak caya tanya aku. Haha.

Tahun ni menyambut puasa di Gelugor. Tahun lepas di Bukit Jambul. Eleh macam jauh sangatlah bukan. Saja je buat bunyi ironi sikit. Dari bulan Jun hari tu aku dah stay dengan adik aku kat sini. Jadinya solat tarawih pun kat area sinilah. Kat sini ada surau berhampiran dengan Kuarters Marin. Dekat je sepelaung ja dari rumah adik aku. Ada masjid Gelugor jugak, tapi setakat ni belum pernah pergi sebab takut nak lalu kat kuborrr. Haha. Bukan begitu. Kecik-kecik pun sudah biasa lalu kawasan kubur bila balik mengaji. Cuma masjid tu jauh sikit, nak jalan amik masa jugak. Plus kawasan agak sunyi dan gelap. Kalau drive, malas pulak nak pakai proper suit, takkan nak drive dengan telekung bagai. Nanti tak pasal-pasal orang toleh dua kali.

Sebut pasal terawih, saban tahun aku cuba nak meningkatkan kualiti terawih aku, maksud aku dari segi kekhusyukkan nya lah.

Dalam solat sememangnya kita disarankan untuk memahami maksud setiap bacaan kita bagi mendapatkan khusyuk. InsyaAllah dalam solat fardhu kurang masalah sebab bacaan dan ayat lazim pendek yang kita baca tahu akan maknanya. Tapi dalam tarawih bila Imam mula baca ayat-ayat quran yang panjang, dok tak berapa lama fikiran melayang. Tanpa sedar rupanya dah terfikir perkara-perkara lain yang tak berkenaan, Susahnya nak khusyuk. Sungguh. Syaitan yang membisik di kanan dan kiri tak henti-henti. Cuma kekuatan hati je yang dapat menepisnya.

Mak bagi petua, dalam kes macam tu, ulang balik baca apa yang diperdengarkan oleh Imam. Aku dah cuba tapi selalunya terpelecok jugak ke lain. Memang sungguh besar fitnah seekor syaitan itu oh..

Nak buat tarawih sendirian di rumah? Memang bagus terutama untuk wanita tapi aku ni kurang bermotivasi kalau tak dipaksa. Lagipun bila ingat perkara yang sunat, tak buat pun tak apa. Nanti bila mengantuk, asyik skip ke malam esok, malam esok, malam esok. Last-last Ramadan berlalu macam tu saja. Rugi sangat kan. Tapi untuk orang yang semangatnya kuat tak jadi masalah. Baca ja mana-mana surah yang mampu. Demikianlah Allah mempermudahkan urusan ibadat untuk kita.

Sekarang ni pun masa sekejap saja. Pejam celik pejam celik tetiba dah sampai raya.

Muhasabahlah diri adakah kita masih mampu bersua Ramadhan sekali lagi?




 

~mind and thoughts~ Copyright © 2011 Designed by Ipietoon Blogger Template Sponsored by web hosting