October 23, 2009

kenangan konvokesyen.

Posted by siti.zaimar at 10/23/2009 09:16:00 PM
~Diploma Pembangunan Manusia, Universiti Putra Malaysia, 2004~

~Ijazah Sarjana Muda Teknologi Maklumat (Kepujian), Universiti Utara Malaysia, 2008~

Terdetik ketika melihat pelajar-pelajarku berkonvokesyen baru-baru ini.

Aku masih ingat kata-kata mak sebaik sahaja aku keluar dari dewan konvokesyen dengan membawa sekeping ijazah kepujian kelas kedua tinggi. Mak mencium dahiku dan berkata "Terima kasih kak sebab tunaikan hajat mak". Detik itu masih aku ingat sampai ketika ini. Sebagai seorang yang mementingkan pendidikan dalam hidup, hari konvokesyen adalah satu detik yang sangat bermakna. Tarikh yang perlu diingat kerana setelah bersusah-payah (memang aku amalkan menuntut ilmu secara susah payah agar dapat merasakan manisnya sebuah kejayaan) mengharungi tiga tahun menuntut ilmu.

Melihat wajah pelajar-pelajarku yang begitu berseri-seri di hari konvokesyen, terasa seperti baru semalam aku melangkahkan kaki ke IPTA, menempuhi minggu suai kenal, tersesat mencari kelas, berjaga seminggu direct kerana menyiapkan final project, gemuruh nak present dan gementar nak dapat result. Macam-macam. Walaupun ketika tu memanglah pahit dan kadang kala sampai menangis sebab tertekan dengan karenah rakan sekumpulan yang 'sleeping partner' tetapi satu hari nanti kau akan tersenyum dan terharu. Itu adalah harga yang perlu di bayar untuk sebuah kejayaan.

Aku baru menempuh 2 konvokesyen. Juga menyimpan angan-angan untuk menempuh dua lagi konvokesyen. Hasrat aku agar dipanggil Dr.Siti Zaimar pada hari persaraan aku kelak. Hehe. InsyaAllah. Aku juga menyimpan cita-cita untuk menjadi pensyarah universiti dalam bidang Teknologi Maklumat. Tak mahu terlibat dalam bidang pentadbiran, sebaliknya nak tumpukan pada akademik semata-mata. Nak buat Research and Development untuk kebajikan sejagat.

Macam tinggi kan angan-angan. Tapi angan-angan sebenarnya satu pelan yang bijak jika kita aturkan dengan baik seterusnya merencana jalan yang betul ke arah itu. Seolah-olah kita nampak jalan yang terbentang di hadapan kan.

Eh eh sebenarnya nak cerita kenangan konvokesyen je. Dah melarat neh. Hehe.

Tamat.
 

~mind and thoughts~ Copyright © 2011 Designed by Ipietoon Blogger Template Sponsored by web hosting