October 30, 2009

naik pangkat.

Posted by siti.zaimar at 10/30/2009 11:21:00 PM
Akhirnya. Mak dan ayah sudah bergelar Opah dan Wan selepas Muhammad Aisy Hafiy bin Muhammad Nazri lahir. Cucu pertama mestilah hati parents aku berbunga-bunga macam bougainvilla. Aik? Kenapa bougainvillea. Haha. Sebab baougainvillea sangat cantik ranum mekar indah berwarna berseri.Cukup ah Zae. Tak perlu nak berperibahasa bagai okek. Ingat kau bukan di era SPM lagi (kadang-kadang ada gak bermimpi ngeri bahawa diri ini masih bersekolah menengah dan baru nak amik SPM, tapi bila terjaga semua tu dah berlalu dan dah selamat menjawat jawatan tetap sekarang. Fuh lega..)

Kami semua juga dah naik pangkat.

Bari = Ayah.
Kak Lyn = Mak.
Basyam = Pak Long.
Aku = Mak Lang. Erk. Boleh tukar ka.
Da = Mak Teh.
Na = Mak Andak.
Mirul = Pak Andak.
Kak Chick = Mak Chick (Ibu ayam? Haih.)
Remy = Pak Su.

Aisy masih lagi dalam inkubator kerana lahir tak cukup bulan. Ada komplikasi pada Kak Lyn menyebabkan dia kena operate awal. Risau juga mulanya. Tapi alhamdulillah semuanya sudah selamat. Pandai pulak Aisy lahir sama macam birthdate Mak Teh Da dia. Hehe.

Nota: Internet line ini sangat annoying. Bom C****m Berokband!!

October 29, 2009

konvokesyen pertama yang bolehlah..

Posted by siti.zaimar at 10/29/2009 01:53:00 AM
(Rujuk kepada tajuk) Yang bolehlah apa.. Sila sambung sendiri untuk lengkapkan slogan. Hadiahnya ialah makan tengahari dirumah anda sendiri selama seumur hidup. Haha.

Konvokesyen Pertama Politeknik Balik Pulau telah pun berlalu pada 21 Oktober 2009 yang lalu. Keseluruhannya diberikan 3 bintang. Eh eh sapa yang bagi ni sukeheti kau je nak buat ranking. Ok tak payah bagi bintanglah majlis ini sederhana sahaja. Graduan pun cuma 27 orang. Yang begitu cantik berjubah hijau berbenang tekat.

Marilah kita melihat gambar sahaja kerana picture is a poem without words (ayat cover malas).

Backdrop Konvo 1 PBU.

Pertama sekali orang masuk dewan mesti tengok backdrop kan. Inilah backdrop yang telah diusahakan oleh designer-designer PBU (Apa punya ayat aku neh). Siapa designer tersebut. Biarlah rehsie. Haha.

Dalam kol 10 pagi ibubapa bersama graduan-graduan pun datang. Semuanya comei-comei belaka memakai pakaian putih bagi perempuan dan hitam bagi lelaki. Bila dikenakan dengan jubah nampak lebih mengancam. Perr ayat.

Pukul 11 pagi. VVIP pun datang dan dipakaikan jubah.

VVIP sedang berbincang termasuk seorang yang tak terkategori VVIP pun tetiba menyebok di tepi itu.

Budak perempuan (erk?) baju purple adalah tuan empunya blog. Sedang melihat urus tadbir majlis. Eh aku ni Jawatankuasa Jubah VVIP dan Graduanlah. Abes takkan nak pegi saja-saja sebok kat situ.

Tepat kul 11, VVIP pun masuk dan majlis pun dimulakan dengan penuh adat istiadat. Cumanya tak ada cokmar sajalah. Takpe. Mungkin yang kedua nanti ada.

Dimulakan dengan bacaan doa oleh Ustaz Anas yang sempoi, seterusnya ucapan Pengarah dan sampaikan Sijil Teknologi Maklumat pada pelajar. Sekejap sahaja 27 orang.

Ada persembahan Koir dengan lagu Nyalakan Tekad, Standing In The Eyes Of the World dan Samudera jugak.

Majlis diteruskan dengan penyampaian Anugerah Pengarah kepada pelajar cemerlang kurikulum dan aktif ko-kurikulum. Best la dapat piala, pingat, parents pulak dapat bouquet of flower dengan sebakul buah-buahan. Zaman aku diploma dulu tak de pun. Eh eh.

Last sekali ditutup dengan lagu Politeknik Malaysia, lagu kebangsaan Pulau Pinang dan Negaraku.

Memang simple je. Tapi sebab ini adalah Konvokesyen yang pertama dan aku pulak bekerja di sini, sikit sebanyak gumbiralah jugak dapat menjadi perintis. Cewah.

Mestilah kena bergambar dengan anak-anak sulung PBU.

Kena bergambar dengan anak-anak sulung aku jugak

VVVVVVVIP neh. Haha.

Hah. Ngantuk dah.

October 23, 2009

kenangan konvokesyen.

Posted by siti.zaimar at 10/23/2009 09:16:00 PM
~Diploma Pembangunan Manusia, Universiti Putra Malaysia, 2004~

~Ijazah Sarjana Muda Teknologi Maklumat (Kepujian), Universiti Utara Malaysia, 2008~

Terdetik ketika melihat pelajar-pelajarku berkonvokesyen baru-baru ini.

Aku masih ingat kata-kata mak sebaik sahaja aku keluar dari dewan konvokesyen dengan membawa sekeping ijazah kepujian kelas kedua tinggi. Mak mencium dahiku dan berkata "Terima kasih kak sebab tunaikan hajat mak". Detik itu masih aku ingat sampai ketika ini. Sebagai seorang yang mementingkan pendidikan dalam hidup, hari konvokesyen adalah satu detik yang sangat bermakna. Tarikh yang perlu diingat kerana setelah bersusah-payah (memang aku amalkan menuntut ilmu secara susah payah agar dapat merasakan manisnya sebuah kejayaan) mengharungi tiga tahun menuntut ilmu.

Melihat wajah pelajar-pelajarku yang begitu berseri-seri di hari konvokesyen, terasa seperti baru semalam aku melangkahkan kaki ke IPTA, menempuhi minggu suai kenal, tersesat mencari kelas, berjaga seminggu direct kerana menyiapkan final project, gemuruh nak present dan gementar nak dapat result. Macam-macam. Walaupun ketika tu memanglah pahit dan kadang kala sampai menangis sebab tertekan dengan karenah rakan sekumpulan yang 'sleeping partner' tetapi satu hari nanti kau akan tersenyum dan terharu. Itu adalah harga yang perlu di bayar untuk sebuah kejayaan.

Aku baru menempuh 2 konvokesyen. Juga menyimpan angan-angan untuk menempuh dua lagi konvokesyen. Hasrat aku agar dipanggil Dr.Siti Zaimar pada hari persaraan aku kelak. Hehe. InsyaAllah. Aku juga menyimpan cita-cita untuk menjadi pensyarah universiti dalam bidang Teknologi Maklumat. Tak mahu terlibat dalam bidang pentadbiran, sebaliknya nak tumpukan pada akademik semata-mata. Nak buat Research and Development untuk kebajikan sejagat.

Macam tinggi kan angan-angan. Tapi angan-angan sebenarnya satu pelan yang bijak jika kita aturkan dengan baik seterusnya merencana jalan yang betul ke arah itu. Seolah-olah kita nampak jalan yang terbentang di hadapan kan.

Eh eh sebenarnya nak cerita kenangan konvokesyen je. Dah melarat neh. Hehe.

Tamat.

October 20, 2009

raptai itu.

Posted by siti.zaimar at 10/20/2009 11:39:00 PM
Hari ini pergi ke Politeknik Seberang Perai untuk raptai Konvokesyen Pertama Politeknik Balik Pulau. Pukul 8 pagi sudah bergerak beramai-ramai bersama para pelajar yang berkoir dan berkompang menuju destinasi persinggahan. Chewah. Memandangkan tak ada kampus sendiri maka terpaksalah menumpang mana yang patut kan. Ntah bila lah nak siap kampus sendiri yang diwar-warkan oleh imaginasi pelukis semata setakat ni. Haha.

Bukan perasan tapi rasa sangat bangga bila backdrop yang dipengerusikan oleh Azray dan dikucar kacirkan oleh tangan Rozita dan aku menghiasi dinding pentas Politeknik Seberang Perai. Harganya owh man. Bleh tahan. Tapi masih boleh dianggap murah untuk imej sebesar 25 x 12 kaki. Ku pergi dekat-dekat. Ku raba-raba permukaannya. Cantiknya desktop publishing pertama yang dipentaskan ini. Haha. Tahniah untuk Rozita yang sudah pandai Illustrator.

Warna purple. Tak tau ape motif pilihan purple ni. Bukankah purple itu maksudnya MISTERI. Misterilah pulak persoalan kali ini. Untuk keseluruhannya, berlaku 2 raptai dan satu Anugerah Ketua Jabatan hari ini. Agak kucar kacir. Maklumlah kan. Kali pertama. Salah silap dibenarkan tanpa kompromi. Raptai kali pertama agak panjang kerana sambil raptai sambil bincang sambil tampal selotape kat pentas sambil belajar salam dan tunduk kat penganugerah sijil dan sambil mengkomen serba sedikit semua cukup rasa lah.

Selepas raptai kedua, pada petangnya Nisha menghidapi sikit masalah teknikal jadi kami 3stooges yang comel (aku, Rozita, Nisha) bertekad membantu beliau walau dalam hujan dan panas. Haha. Misi pertama cuba membuat DVD menggunakan laptop Ekin tidak begitu memberangsangkan sebab jam menunjukkan 3 jam baru siap burn 1 VCD. Sementelah DVD burner yang biasa macam NTI Maker pulak tak dapat mendetect format fail .avi untuk di burn. Apa yang diperlukan ialah Microsoft Vista Ultimate yang power macam ultraman dan mempunyai DVDMaker yang built-in didalamnya.

Jadi janji temu kedua dibuat bersama Chapit depan Public Bank dekat signbod Fresco Minuman Sekeluarga. Dengan ikhlasnya beliau datang membantu dengan membawa laptop yang ada Ultimate itu. Tapi aiseh, Nisha pulak tertakbawak balik dvd. Tertinggal di Politeknik Seberang Perai nun. Maka keluarlah lagu-lagu kecewa yang dialunkan Nisha secara sentimentol. Haha. Lapar pulak masa tu. Jadi, selepas berterima kasih dengan Chapit yang baik hati kami pun merentas laut untuk pergi makan di depan rumah aku. Sambil menyuap nasi goreng ayam dan bandung laici azan Maghrib telah pun berkumandang. Oh oh.

Begitulah penat lelah kami untuk mewujudkan dvd minus one untuk lagu Nyalakan Tekad Azam Membumbung. Haih. Selepas makan kenyang perut suka hati kami pun bergerak ke pejabat untuk meneruskan misi. Masa tu belum sedar yang PC di office tidak ada DVD Maker. Sumpah tak pernah check pun itu Microsoft Vista sesi keberapa. Halamak. Agak mengecewakanlah jugak. Tapi sebab 3 stooges yang comel ini gila-gila seket, jadi ketensionan itu dapat dibunuh. Aik ayat apa neh. Jadi kami pun mendownload segala software yang berkenaan, yang dapat mewujudkan DVD version. Adalah beberapa software yang tersenarai, until Nisha download DVD Maker Trial Version. Ada watermark pulak kat gambar dia, tapi takpe sebab nak audio je. Bukan video. Pastu tengok minitnya pulak 2 minit sumthing dah tamat padahal di videonya tulis duration 9 minit lebih. Jadi kitorang assume yang DVD Maker Trial Version tu memang hampeh, dah la watermark, pastu siap cut lagu pulak. Desperate sangat ke.Padahal built in dalam vista jer. Haha.Bold
Takpe baru pukul 8.30malam. Kami pun mencuba lagi dan Azam Berazam kalau sampai 9.30malam tak settle jugak maka by hook or by crook kami akan balik. Pastu aku pun mencuba tukar version .avi tu kepada version yang boleh dibaca oleh NTI Maker untuk buat VCD iaitu .mpeg1. Google dalam internetlah jenis fail yang compatible dengan VCD neh. Dan sebelum itu aku dah combine ketiga-lagu lagu persembahan guna Movie Maker, aku pun bajet 9 minit untuk settle lagu Nyalakan tekad.

Okeh, alhamdulillah. Dah boleh burn tapi dalam format VCD lah. Takpe kerana itu comel. Haha. Bila play saja selepas 2 minit lebih lagu pun habis.Rupanya lagu Nyalakan tekad tu memang 2 minit lebih saja. Dan DVD Maker Trial Version tu tak bersalah pun. Kami pun double check. Memang masa play Nyalakan tekad.avi laju bangat jam dia jalan. Macam pecut woh. Hai ada jugak video yang macam tu.T akpe, kerana kerja telah pun selesai dan objektif tercapai.

Alhamdulillah.

Begitulah cerita di hari raptai. Hari Konvokesyen esok entah bagaimana. Harap-harap semua berjalan lancar termasuk tugas aku sebagai Jawatankuasa Pakaian Graduan dan VVIP. Jubah ler tu. Nampak ok setakat ni.

Penat da.

October 19, 2009

hati beku.

Posted by siti.zaimar at 10/19/2009 11:22:00 PM
Agaknya perasaan aku ni dah beku di dalam. Hah ni ayat apa neh. Awal-awal dah buat havoc. Haha. It's ok it's all right. Go go go fight fight fight. Lagipun cuma diri sendiri yang nak baca. Dan. Menulis tentang apa yang kita rasa ni macam proses nak mengenali diri sendiri jugak la bukan.

Bukan apanya Limah, waktu orang lain buat something yang buruk pada aku, sekejap ja pastu aku dah lupakan. Aku jadi pelik dengan orang yang tak dapat lupakan apa yang orang buat pada dia. Atau dengan kata lain jadi PENDENDAM. Apa la sangat dosa sesama manusia ni. Kalau sampai membunuh mungkin kau sukar nak maafkan. Tapi kalau setakat hal yang kecik-kecik tak payahla nak simpan dendam. OUR LIFE IS SHORT SO MAKE IT PRECIOUS. Alangkan dosa kita yang sebesar gunung Allah Yang Maha Penyayang dapat ampunkan, inikan pulak dosa kita sesama manusia yang semuanya hina dina ni.

Aku dah lama amalkan memaafkan orang lain. Tak siapa-siapa yang aku dendam dalam hidup ni. Hakikatnya dengan berbuat macam tu, hidup aku rasa sungguh tenang dan damai. Tapi ntahlah kalau aku ada terbuat salah dengan sesiapa dan diorang tak maafkan aku, but I hope it is none.

Sebelum tidur aku tak ada ingat dah apa yang orang buat kat aku.Tapi kadang-kadang aku rasa macam tak normal pulak bila orang asyik cakap sesorang itu buat salah macam-macam(jahat atau bermasalah), sedangkan aku anggap dia OK je.

Adakah itu tanda perasaan yang sudah beku.

Mungkin aku ni suka baik sangka. Susah jugak kalau macam ni. Kadang-kadang orang ambil kesempatan. Tapi kalau dalam kes macam tu, kita niatkan kerja yang dia suruh kita buat kerana Allah. InsyaAllah Dia akan permudahkan kerja kita dan membolehkan kita buat kerja dalam keadaan tenang, lapang dan menggembirakan.

Begitulah.

Owh. Lagi satu. Menjelang dah umur 28 ni, ramailah yang sudah bertanya-tanya bila nak makan nasi minyak aku neh. Dalam hati aku ni, sesungguhnya aku belumlah desperate untuk berumahtangga. Tapi aku juga tidak menolak bila jodoh telah datang. Yang pastinya, aku bahagia dengan hidup aku sekarang dan tak hadapi apa-apa masalah yang besar. I love my job. Ada famili yang sangat sporting dan penyayang. Kawan-kawan yang memahami(sebahagian besar). Malah aku belumlah menghadapi apa-apa sindrom seperti suka marah-marah, hangin tak tentu pasal, menyinga dan seumpamanya yang dikaitkan dengan individu yang lambat berkahwin. Aku masih lagi baik-baik sahaja, emosi tenang dan hidup yang lapang. Suka senyum dan ketawa. Alhamdulillah. Sesungguhnya ini adalah satu nikmat.

Adakah itu tanda perasaan yang sudah beku.

Haih. Mana mungkin. Aku cuma ingin mendapatkan seorang yang baik untukku. Di dunia dan akhirat. Ada beberapa orang yang hulurkan salam perkenalan dengan niat tapi hati aku langsung tak tergerak untuk menerima. Ada yang guna mesej, email, guna kawan. Bila di selidik, adalah pelbagai sebab yang aku tak boleh senaraikan disini..

Biarlah aku dengan pendirian aku. Orang lain tak usahlah sibuk kan. Lagipun hidup ini Dia telah aturkan dengan sebaik-baiknya. Yang penting berbuat baik sesama insan. Jaga habluminannas dan habluminallah. InsyaAllah tak akan terasa sia-sia hidup ini dalam dakapan kasih sayangNya.

Sesungguhnya.

*Per.. dulu Google Page Rank aku pernah dapat 2/10 tu. Dasat gak. Tapi sekarang dah turun 0/10 balik. Ke diorang silap ranking.

oops! this link appears to be broken.

Posted by siti.zaimar at 10/19/2009 10:10:00 PM
Kau tahu tak. Aku macam bengkek ja guna c****m berokband kat cini. Huh. Kerana tinggal dalam Pigeon Hole yang ramai sangat manusia berorientasikan hidup berokband. Kemain lagi iklannye 384kbps le bagai, padahal bila bagi-bagi dengan serata penduduk kat sini serata negara, last-last tinggal 1.35kbps ja seorang. Untungnya bercambah kan, tapi fikir-fikirlah sikit kami customer di tempat yang ramai neh. Upgradeler sikit kualitinya. Damn la.

Huh. Macam pelik pulak aku nak marah-marah dalam ini belog. Kau tahu, bila nak laju kan, dia datang macam angin. Swoooshhh.. Laju ja macam nak ribut. Amik la kesempatan masa tu nak browsing. Kalau tak pun tunggu la pukul 12 ke atas nanti. Nasib baik taim aku guna kat kampung laju je, sebab aku sorang ja guna itu berokband dalam itu kampung. Haha.

Kesimpulan. Hidup mesti riang walau apa pun dugaan.

*Aku benci tengok perkataan loading... ada tak cara untuk hapus perkataan tu dari muka bumi ni.

*Macam mengidam cream puff la pulak.

October 15, 2009

itu. unik. kamu.

Posted by siti.zaimar at 10/15/2009 11:47:00 PM
Sedang menonton cerita yang agak membodohkan di TV2. Tadi mula ada Stephen Chow, semangatlah jugak untuk menontonnya. Tapi dah di tengah cerita ni, pelakon pun ntah sapa-sapa. Tak pahamlah pemikiran pengarah nih. Suka hatilah dah aku pengarah. Mesti dia cakap macam tu bila orang kompelin kan. Haha.

2 minggu selepas pulang dari Kem Pembangunan Sahsiah. Aku sangat buzy mengalahkan Tony Buzan. Haha. Kem tu keseluruhannya ok, cuma ada sedikit masalah dari segi komunikasi dan maklumat antara urusetia dan fasilitator. Aku ni fasilitator lah pulak. Masalahnya kalau ada sebarang aktiviti yang nak dibuat diorang tak maklumkan pada fasi-fasi ni. Semuanya arrangement last minute. Anti lah aku. Lagi satu hal makanan bebudak. Ramai bebudak yang tak cukup makanan sebab tak ada orang yang jaga kat tempat lauk tu. So, orang yang awal-awal ada yang amik lauk sampai 4-5 ketul seorang. Watdeheel. At least jaga la kat tempat yang lauk-lauk hot macam Ayam Masak merah, Ayam Goreng, atau Ayam Masak Kicap tu. Adoi. Kesian la ramai yang kena tunggu untuk makan. Makanan pun memang ala bajet mak limah la.

Tapi ada sumthing yang berharga aku dapat kat sana. Iaitu Ujian Personaliti yang berharga RM250 tapi peserta kem tersebut dapat buat secara percuma je. Dasat jugak ujian tu sebab aku rasa keputusan dia memang menepati lebih 90% kriteria aku. Per.. terel gile Doc yang buat mendalah tu. Lagipun ujian tu dah banyak kali diverifikasi dan memang telah di tentusahkan.

Personaliti aku (turutan dari skor tinggi ke rendah):

INTEGRITI TINGGI(99%).
Anda merupakan seorang pekerja yang amanah, jujur dan bertanggungjawab. Anda sanggup berkorban masa dan tenaga demi kepentingan dan keperluan organisasi tempat anda bekerja. Anda mempamerkan nilai dan disiplin diri yang tinggi.
Nota aku: Mungkin ini menjawab persoalan kenapa aku rasa aku seorang yang workaholic?

PRIHATIN TINGGI(94%).
Anda mempunyai perasaan empati, bertimbang rasa dan kasih sayang kepada semua orang tak kira siapa. Anda seorang yang baik hati dan mudah menghulurkan bantuan dan membuat kebaikan kepada orang lain.
Nota aku: Betul, deep in my heart, aku sayangkan semua orang. Aku nak membantu semua orang sedaya upaya yang mungkin. Eceh. Betul ni.

JATI DIRI TINGGI(85%).
Anda merupakan seorang yang sangat tinggi daya ketahanan emosi dan mental. Anda sangat bermotivasi dalam melaksanakan sesuatu tugas. Anda tidak mudah mengalah dan akan menerus kan tugas sehingga selesai.
Nota aku: I was fall once. Pernah di pandang rendah. Pernah gagal. But I grab my dream and standing again. Now I am achieving my dream. Gagal sekali tak bermakna gagal selamanya.

ANALITIKAL SEDERHANA (68%)
Anda merupakan seorang individu yang peka dan berminat dengan perkara-perkara yang berlaku di sekeliling anda. Kesannya anda akan membuat analisa tentang apa yang berlaku. Anda juga kadang kala berkati-hati apabila membuat keputusan.

KETERBUKAAN SEDERHANA (64%)
Secara umumnya, anda merupakan seorang yang mudah bergaul tetapi bergantung kepada situasi atau tempat. Pada satu ketika, anda menunjukkan sikap ingin bersendirian. Anda juga akan memilih rakan yang tertentu sahaja untuk berbual.

KRITIK DIRI SEDERHANA(64%)
Anda kadangkala merasa rendah diri, bimbang dan rasa bersalah dengan apa yang telah anda lakukan. Ada kalanya, anda merasa kurang yakin dengan apa yang telah anda lakukan.

INTELEKTUAL SEDERHANA (62%)
Anda kadang kala suka kepada sesuatu yang mencabar kemampuan anda dari segi intelektual, dan kadang kala tidak. Anda hanya akan menyertai perbincangan sekiranya keadaan memerlukan anda berbuat demikian.

PENCAPAIAN SEDERHANA (60%)
Anda sering merasakan status dan kuasa dalam pekerjaan merupakan sesuatu yang penting.
Anda kadang kala seorang yang bermotivasi dan bersemangat untuk bersaing.

KEPIMPINAN RENDAH (25%)
Anda merupakan pengikut yang setia dan selesa menerima kepemimpinan orang lain. Anda mudah akur dangan keputusan kumpulan dan mudah berkompromi.

ASERTIF RENDAH (19%)
Anda merupakan seorang individu yang agak pasif. Dalam kebanyakkan perkara, anda membiarkan diri anda dimanipulasikan oleh orang lain. Anda sanggup memendam perasaan anda daripada melahirkannya secara terus terang.

Begitulah adanya. Owh aku ni penyayang dan empati rupanya. Haha. Oklah kan, yang penting yang baik kita tingkatkan, yang buruk kita baiki lagi. Luckily I got something useful from the camp. Walaupun kes pergi macam kene paksa je.

Khtrhjjkkr.

Nak lay down on the bed dah. Wohoh.

October 11, 2009

25 jam.

Posted by siti.zaimar at 10/11/2009 03:47:00 PM
Apesal ntah. Saya rasa macam tak cukup masa sekarang ni. Banyaknya kerja yang perlu disiapkan. Bertimbun-timbun kalahkan ketinggian Ibrahim Pendek. Gian la sangat tangan ni nak menaip blog. Banyak sangat cerita dalam perut. Aik? Apesal dalam perut pulak. Haha. Banyak cerita nak ditulis. My thoughts. My experience. My job. Tapi bila buka je blogger nampak pulak nota belum buat lagi, assignment belum marking, tutorial dah bertimbun dalam kotak.

Kalau ada 25 jam sehari pun mesti tak cukup kan. Manusia.

October 6, 2009

dari lenggeng ke bayan.

Posted by siti.zaimar at 10/06/2009 12:38:00 AM
Hmm. Baru sampai dari Lenggeng, Negeri Sembilan. Menjadi pegawai pengiring kepada pelajar untuk mengikuti Kem Peningkatan Sahsiah Cemerlang dari 2 - 5 Oktober 2009.

Penat 8 jam dalam bas.

Mengantuk.

Blocking nose.

Saket pinggang sampai paha.

Lenguh tengkuk dan bahu.

ESOK KERJA.
 

~mind and thoughts~ Copyright © 2011 Designed by Ipietoon Blogger Template Sponsored by web hosting