November 5, 2010

i'm not single anymore!

Posted by siti.zaimar at 11/05/2010 11:34:00 AM
Akhirnya selamat sudah semuanya. Pada satu petang yang bersejarah bertarikh 17 Oktober 2010 kami sudah selamat diijabkabulkan. Syukur alhamdulillah atas kurniaanNya ini.

Kenduri dijadualkan pada 20 November 2010 di rumah aku dan 28 November 2010 di rumah suami. Sekarang memang agak sibuk menguruskan perihal kenduri, bak kata orang, lepas kenduri barulah legaaa semuanya.

Perasaan? Mestilah rasa bahagia, dan paling penting rasa tenang sebab ada seseorang di sisi untuk menempuh segala dugaan hidup yang mencabar ni. Jujurnya, aku bersyukur sangat kerana dijodohkan dengan insan sepertinya. Mungkin kerana ada keserasian dan 'happy together'. Alhamdulillah.

Bila dah berumahtangga ni, kenalah banyak fikirkan tentang kepentingan pasangan kita. Bukan diri sendiri saja kan. Perkara kecil janganlah dibesar-besarkan, hiduplah apa adanya, bersyukur dengan segala pemberian, dan hidup lebih bererti bila dapat memberi tanpa meminta balasan. Apa yang diharapkan semoga Allah merahmati ikatan suci ini, dikurniakan dengan zuriat yang soleh dan solehah, dan berkekalan ke hujung usia.

Amin.
 

~mind and thoughts~ Copyright © 2011 Designed by Ipietoon Blogger Template Sponsored by web hosting