
Bila faham tanggungjawab dan menunaikannya dengan baik, baru rumahtangga harmoni kan. Cewah. Tu lah yang amat diharapkan, rumahtangga yang menjadi tempat mawaddah, penyejuk hati, mendapatkan ketenangan dan kedamaian dalam hidup, mengembangkan zuriat, tempat mencurah rasa cinta dan kasih pada insan yang disayangi, tempat mengadu dan menghilangkan tekanan...betapa besarnya hikmah sebuah perkahwinan dan betapa ruginya insan yang menolak anugerah Allah ini. Maksud aku bukan kepada mereka yang tiada jodoh, tapi lebih kepada orang yang sengaja menolak sebab lebih selesa membujang.
Memetik kata Ustaz Hasrizal dalam blognya di http://saifulislam.com; yang mana beliau mendapatkan nasihat dari seniornya perihal jodoh;
“Dalam soal berumah tangga, janganlah hanya mencari yang paling sempurna. Jika kita mahu yang paling sempurna, maka nanti apabila kita membuat keputusan untuk menerima seseorang, kita menganggapnya sebagai seorang yang sempurna. Jika rumah tangga dibina atas fikiran seperti itu, kita tidak expect sebarang kekurangan. Maka selepas berumah tangga, hanya kekurangan isteri sahajalah yang sering terlihat di mata, kerana kita menjangkakan kesempurnaan. Terimalah seseorang, seadanya. Kebaikannya disyukuri, kekurangannya diredhai”,
Atau pendek kata, terimalah seseorang seadanya. Sebagaimana dia yang asal. Sesungguhnya itu pasti tidak akan membebankan mata dan hati kita yang sentiasa dihembus bisikan syaitan yang mahu menghancurkan masjid yang dibina atas tapak mawaddah dan rahmah. Sesungguhnya bersederhana dalam Islam itu adalah satu keindahan.
Lastly..marilah bersama jalani cinta kita apa adanya, saling mengerti dan sudi menerima, kita manusia biasa, marilah menjaga, kesucian cinta rahmat yang Kuasa...