Bunyi tajuknya macam sentimental. Tapi cerita sebenarnya menyakitkan hati. Hari ni tak pasal-pasal gajah kesayangan aku dapat beberapa garis calar akibat dilanggar pemandu yang tak pandai pandang belakang bila reverse. Undang-undang reverse: Pandang belakang! Tak kirala dalam cermin or nak menjengok or what so ever lah.
Memang jalan tu agak sempit. Dia nak jugak reverse sampai keta dia straight. Padahal ruang dah cukup besar untuk dia jalan. Aku pulak tak leh nak reverse dah sebab belakang ada lori lalu. Nak bunyikan hon pun dah tak sempat sebab panik dan kejadian tu berlaku dengan pantasnya.
Nasib baik mamat tu turun dan minta maaf. Menggigil rasa tangan aku ni, dah lama aku tak rasa marah secara tiba-tiba macam tu. Aku rasa nak bambu je tapi hei aku memang tak pandai marahlah. Kesian pulak tengok muka dia yang dah naik biru kehijau-hijauan tu. Lastly aku let go je, sebab dia datang jumpa aku dan cakap dengan baik. Tak pa lah, anggap je takdir kan.
Sebut pasal pemandu, kadang-kadang aku perasan gak sikap sesetengah orang yang suka membezakan gender masa memandu. Ramai yang bias dengan sikap pemandu pempuan dianggap tidak mahir. Bawak slow macam siput. Haha. Ye ke. Tapi ramai gak driver lelaki yang aku jumpa bawak slow. Tapi orang ramai tak cakap apa pun kat diorang. Memang bias kan.
Aku pun belum pakar dalam memandu ni, cuma ikut peraturan jalanraya. Aku berpegang pada kata-kata ayah, jangan langgar peraturan, takut jadi apa-apa nanti kita tak boleh dipersalahkan sebab kita dah ikut peraturan. Contohnya bagi signal masa nak tukar lorong or membelok, dan seumpamanyalah. Walaupun nampak leceh, tapi kesan dia besar. Tak kisahlah, apalah sangat setakat nak ikut peraturan kan.
Bagi aku sendiri, pempuan bawak slow sebab diorang cermat dan berhati-hati. Sikap perempuan secara semulajadi adalah cermat, everything must gonna be perfect. Mesti ikut peraturan, lepas tu kalau kat kawasan jalan kampung yang bengkang bengkok dan berbukit (macam jalan nak masuk kampung aku) kebanyakannya tak berani nak potong lori secara berkeyakinan macam lelaki.
Sikap berhati-hati pemandu pempuan ni dapat dilihat masa di tempat yang merbahaya macam nak masuk simpang atau nak memotong. Walaupun nampak menyebabkan kesesakan jalan raya, tapi dari sudut lain mereka menjadikan keadaan disitu lebih selamat. Buktinya, kebanyakan berita di surat kabar melaporkan kebanyakan kemalangan disebabkan pemandu lelaki dan bukannya pemandu wanita. Sebilangan pemandu lelaki memang memandu laju, kurang sabar dan tak mengikut peraturan. Heh bias pulak aku.
Satu lagi masalah pemandu pempuan adalah kurangnya keyakinan diri. Haha. Betul nih. Selalu pemandu pempuan ni rasa macam akan dilanggar atau melanggar kenderaan lain, cepat panik, gelabah dan risau akan perkara yang belum pasti terjadi pun. Aku pulak selalu risau masa nak side parking atau parking di jalan sempit. Pada aku, baik 'srett' tiang dari 'srett' keta orang. Takut woo. Harap-harap pengalaman akan semakin mematangkan aku dalam driving, kan cikgu Art kan?
Apa-apapun, pada aku setiap gender ada kelebihan masing-masing. Tak dinafikan lelaki lebih cekap, kerana keyakinan dan fokus yang tinggi masa memandu. Lain dengan wanita yang lebih emosi dan kerap memikirkan macam-macam perkara masa driving. Banyak sangat benda yang perlu mereka selesaikan dengan bertambahnya cabaran kehidupan hari ni.
Harap-harap segaris kenangan dari Ipoh tu stay macam tu saja. Jangan di tambah calar lagi. Sian si gajah. :P